RAFIZI RAMLI KANTOI BERBOHONG LAGI, KALI INI BABITKAN ISU JET PERIBADI NAJIB

Monday, 16 March 2015

Setelah gagal memerangkap Najib untuk menari dengannya menerusi isu 1MDB walaupun pada masa yang sama, Najib telah menyaman fitnah ke atas Tony Pua dengan sebutan kes adalah pada April nanti, Rafizi Ramli kembali dengan fitnah terbarunya, membabitkan pesawat eksklusif yang dilabelkannya sebagai JET PERIBADI PERDANA MENTERI.

Ketiadaan penguatkuasaan undang-undang mahupun kes-kes fitnahnya terus tergantung seperti BAFIA dan NFC, menyebabkan Rafizi Ramli menjadi besar kepala dan beranggapan dia sangat kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Oleh kerana itu, dia bebas berbuat sekehendak hati dan mencipta fitnah yang kemudiannya akan dipercayai oleh para zombie Pakatan Rakyat.

Pembelian pesawat 9H-AWK bagi menggantikan BBJ737-700NG yang telah berusia lebih 20 tahun untuk kegunaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selain turut digunakan oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri bagi kegunaan rasmi sekiranya pesawat rasmi Kerajaan ACJ319 mengalami kerosakan atau diselanggarakan, cuba dipolitikkan oleh Rafizi Ramli dan Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Beberapa orang pemimpin DAP seperti Charles Santiago, Ahli Parlimen Kelang telah pun mengeluarkan Twitter mempersenda-sendakan pembelian pesawat berkenaan. Bagaimanapun, menyedari bahawa Rafizi Ramli telah melakukan fitnah menerusi penjelasan bahawa pembelian pesawat tersebut adalah untuk menggantikan pesawat usang yang digunakan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, twitter-twitter tersebut telah ditarik balik.

Jet yang diperkatakan oleh Rafizi Ramli merupakan jet kedua kerajaan Malaysia yang telah lama dibeli dan berusia lebih 20 tahun. Disebabkan itulah, kos penyelenggaraan jet berkenaan amat tinggidan jet tersebut juga sering menghadapi masalah teknikal.

Tahun lepas, ketika membawa DYMM Permaisuri Agong, jet tersebut menghadapi masalah teknikal ketika sedang terbang menyebabkan ianya kehilangan ketinggian secara mendadak. Semua penumpang termasuk DYMM Permaisuri Agong, pengsan.

Jet berkenaan juga pernah terbabas kerana masalah kerosakan enjin ketika mendarat di Lapangan Terbang Alor Star beberapa tahun lepas. Mujurlah pada ketika itu tiada seorang pun penumpang.

Jet berkenaan kerap digunakan oleh VVIP seperti DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong selain Perdana Menteri. Jet itu asalnya milik Tan Sri Tajuddin Ramli. Oleh kerana beberapa masalah kewangan, jet berkenaan telah dijual kepada kerajaan dengan persetujuan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Kalau Guan Eng membeli kereta baru setelah menerima kereta baru hanya tiga bulan sebelum pembelian Mercedez mewah tanpa sebarang rungutan daripada Rafizi Ramli dan Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya kewangan Negeri Pulau Pinang berada dalam keadaan yang sangat teruk, mengapa pembelian jet yang menggantikan sebuah jet usang berusia lebih 20 tahun, dipertikaikan?

Apakah sebenarnya Rafizi Ramli menjalankan peranan untuk melihat Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM terbunuh akibat kemalangan udara?

0 comments:

Post a Comment

RAFIZI RAMLI KANTOI BERBOHONG LAGI, KALI INI BABITKAN ISU JET PERIBADI NAJIB

Monday, 16 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks