Bagaimanapun, di Tuaran, Polis Diraja Malaysia telah pun memulakan peperangan menentang SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) dengan menghadapkan empat orang penyokong Doris Jones ke mahkamah sesyen pagi tadi.
Menariknya, sekalipun kepala-kepala SSKM dan dalang di sebalik kempen mengeluarkan Sabah dari Malaysia bukanlah Bumiputera, tetapi yang didapati menjadi macai adalah Bumiputera dan Pribumi yang tidak sedar, mereka sedang bermain api menerusi kemusnahan Sabah atas nama perjuangan kononnya.
Pagi tadi, pada jam 9:00 pagi, di Tingkat 1, Mahkamah Sesyen 4, Kota Kinabalu, telah berlangsung kes perbicaraan terhadap empat individu bersabit kes tangkapan flash mob, edar risalah dan kutip tandatangan di Tamu Mingguan Pekan Tuaran.
Keempat-empat individu yang dihadapkan ke mahkamah itu adalah:
(1) Azrie Situ - Ahli SAPP
(2) Jemmy Liku Makus - Ahli SAPP
(3) Enrick Jack William - Ali SAPP
(4) Joseph Kolis - Ahli SAPP
Perbicaraan pada jam 9:00 pagi juga turut dihadiri oleh:
(1) Yong Teck Lee - Presiden SAPP
(2) Mohd Nor Mansur - Penasihat SAPP
(3) Stephen Gaimin - SAPP
(4) Jamain Sarudin - Ketua Pemuda SAPP
(5) Foo Fook Ming - Timbalan 1 Pengerusi Tetap
(6) Tony Minggir - AJK STAR/UBF
(7) Minis Junais - Setiausaha Agung AGARAS
(8) James Langungang - UBF
Keempat-empat individu tersebut telah dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 iaitu kesalahan memiliki risalah kandungan secara salah. Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh tersebut enggan mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan.
Pendakwaraya telah memohon dan mencadangkan keempat-empat tertuduh ditahan di bawah Akta Hasutan kerana secara fizikal mengambil bahagian dalam flash-mob tersebut dengan mengedar risalah yang mengandungi hasutan ke atas masyarakat. Hakim Dean Wayne Daily bagaimanapun menyatakan kes tersebut tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengandungi 30 saksi dan perlu dibicarakan di bawah Seksyen 389 KPJ.
Keempat-empat tertuduh telah diarahkan diikatjamin sebanyak RM20 ribu dengan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah. Rayuan telah dibuat dan akhirnya mereka dibenarkan membayar wang pendahuluan sebanyak RM10 ribu bagi kesemua tertuduh. Peguam bela, Arthur Ler telah meminta agar wang jaminan dikurangkan menjadi RM300 bagi setiap orang tertuduh. Bagaimanapun, hakim menetapkan RM10 ribu sebagai bayaran atau kesemua mereka ditahan di dalam penjara.
Perbicaraan penuh akan dijalankan pada 15 April 2015 dengan seramai 30 orang saksi akan dipanggil.
Jam 10:30 pagi, di pekarangan mahkamah, penyokong SSKM seramai 60 orang tunjuk biadap. Mereka berkumpul, bergambar sambil menayangkan 6 keping plakad dan 2 helai bendera Sabah.
Sebenarnya perbicaraan ini merupakan kesinambungan daripada isu tangkapan yang telah dibuat oleh Polis Tuaran ke atas beberapa orang ahli SSKM di Tuaran.
Ketika penghujahan berlangsung, Yong Teck Lee menyatakan bantahan kerana bon jaminan RM20 ribu dianggapnya terlalu tinggi dan para tertuduh tidak diberikan keterangan pertuduhan. Dan sepanjang tempoh perbicaraan dilangsungkan juga, para penyokong SSKM berasa kurang senang dengan keputusan mahkamah yang mengenakan bon jaminan yang kata mereka terlalu tinggi. Mereka meramalkan bon jaminan yang dikenakan hanyalah di bawah RM2 ribu sahaja.
Blog ini mengucapkan ribuan TAHNIAH KEPADA TUAN OCPD TUARAN dan pasukannya atas kerja keras walaupun dikatakan kurang mendapat sokongan dan bantuan sewajarnya dalam usaha memastikan Tuaran bebas daripada gejala subversif seperti SSKM!
it will be a Chinese state eventually..local become coolie, as what happned in Singapore & penang..don't ever ever dream these people were very compassionate & kindhearted.
ReplyDeleteSomebody is talking as if the current gomen is doing a fantastic job in taking care of the people's welfare... oh please wake up from your dream... out country is at the brink of destruction because of all morons governing this country
ReplyDelete