BESAR BETUL KEISTIMEWAAN ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SUNGAI BULOH... MEETING DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN PULAK DI PENJARA SUNGAI BULOH!

Tuesday 31 March 2015

Layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim serta peranan yang dimainkan oleh seorang pegawai Penjara Sungai Buloh yang sudah dikenalpasti merupakan kroni Anwar Ibrahim, telah lama diperkatakan iaitu apabila Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk dihukum penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Cakap-cakap sebegitu semakin kuat kedengaran apabila Anwar Ibrahim disahkan tidak lagi dikurung di sel biasa, sebaliknya ditempatkan di sel yang dikhaskan untuk banduan yang menjalani rawatan.

Berbeza dengan layanan kepada banduan-banduan lain, Anwar Ibrahim menikmati pelbagai keistimewaan, termasuklah dibenarkan berhubung dengan sesiapa sahaja di luar penjara, diberikan keselesaan yang melebihi standard sebuah hospital, memilih menu makanannya sendiri, malah dibeli dari luar, boleh bergerak bebas tanpa kurungan dan BERMAIN PING PONG, permainan yang amat digemari dan dimahirinya.

Dari dalam PKR sendiri menyebut, hari ini, jam 1:00 tengah hari, Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kompleks Penjara Sungai Buloh. Mereka akan bermesyuarat dan sudah tentulah ia membabitkan perkembangan terkini hudud PAS dan perpecahan antara DAP-PKR dengan PAS di beberapa buah negeri kecuali di Selangor.

Dan tidak mustahil juga, ia turut membabitkan tentang PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung tidak lama lagi setelah permohonan ampunnya dilupuskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana tidak menepati syarat terutama sekali ianya bukanlah permohonan daripada Anwar Ibrahim dan tidak ditandatangani oleh Anwar.

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?

9 comments:

  1. Kalau mcm tu, lagi baik bebaskan Nuar ni.

    Duduk penjara boleh bebas guna blog, meeting serupa mcm duduk rumah aje.

    ReplyDelete
  2. Macam kat mexico lak.. untung karpet merah... lagu indon "semut merah" kegemaran Mustaza Maah, satu ketika kelolaan nya di radio- tak pernah miss, hanya untuk kita-kita je...he..he..

    Harap ada pencipta lagu untuk judul "karpet merah" lak...

    ReplyDelete
  3. Yang lagi best, sorang Tok Guru yang baru meninggal dunia pun masih aktif FB.. Hebat puak PR ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi puak haram taik PAS, ini dinamakan el-mukjizaaat!!

      Delete
  4. Apa komen Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab?

    Apa komen Ketua Pengarah Penjara Malaysia selaku ketua jabatan yang bertanggungjawab?

    Apa komen Pengarah Penjara Sungai Buloh kerana berlaku di premis di bawah kawalannya?

    Kalau masing-masing tak tau nak jaga amanah, lebih baik letak jawatan sahajalah, perilaku lebih hina dari mat pet dan penyamun, harap jawatan sahaja besar, tapi perangai sangat buruk dan hodoh! Taraf orang-orang yang bertanggungjawab itu lebih teruk dari Pembantu Operasi H11 yang bertugas di Penjara Sungai Buloh kerana Pembantu Operasi Gred 11 itu pun tak buat kelakuan keji seperti Menteri, Ketua Pengarah Penjara, serta Pengarah Penjara Sungai Buloh itu.

    Saya dah cadangkan supaya disediakan sel penjara yang berbentuk banglo mewah ada 10 bilik tidur, 5 bilik karaoke, 5 kelab malam, ada set perabot mewah, makanan dari hotel 10 bintang, ada pecacai yang terdiri dari pegawai atasan penjara yang menjadi tukang jilat kaki dan tukang basuh jubor banduan VVIP seperti Anwar itu, Menteri Dalam Negeri serta Timbalan Menteri Dalam Negeri boleh jadi Pecacai Tukang Angkat Makanan dan Pecacai Tukang Basuh Pinggan Mangkuk selepas banduan VVIP yang terhormat itu selesai mentekedarah sesuka hatinya.

    Bila undang-undang diperkosa, dicabul, dinodai, dirogol, diliwat oleh orang yang diberi amanah untuk pelihara undang-undang itu, lebih baik adakan acara bakar sahaja buku undang-undang itu oleh Menteri serta pegawai yang bertanggungjawab di atas perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Esok kalau ketua penyamun di penjara Sungai Buloh nak bermesyuarat dengan kuncu-kuncu bagi menjalankan rompakan bersenjata di mana-mana, sila Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara Sungai Buloh beri kebenaran, sediakan bilik mesyuarat bertaraf 10 bintang, makanan mewah, serta pegawai atasan menjadi pecacai yang mengawal keselamatan mesyuarat penyamun-penyamun itu di luar bilik mesyuarat.

    Macam sampah sahajalah aku tengok orang atasan yang perangai sangat teruk dan buruk, sibuk berlagak dengan orang bawahan, tapi orang atasan itu lebih hina dan jijik serta memalukan, lebih hina dari mat pet dan pondan dan pelacur yang memperdagangkan diri di tepi lorong-lorong.

    ReplyDelete
  6. JIka benar, 1. Pengarah Penjara Sg Buloh hendaklah ditukarkan sertamerta 2. Tindakan menggantung tugas perlu diambil dan baru buat siasatan atau pihak polis memohon kepada mahkamah suapay nuar ditukarkan kepenjara lain yang kurang kemudahan asas mungkin dipenjara penjara lama yang dibina sebelum merdeka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu dirujuk kepada pihak SPRM untuk siasatan salah laku.

      Delete
  7. Mana SPRM ada telor..dgn marhaen berani lah..macam segan dia orang ni..tak kan tak belajar dari siri pertama dulu. Sepatutnya sesiapa segan yg bersubahat tu dibuang kerja...ramai lagi rakyat malaysia yg duduk tunggu peluang pekerjaan...tak kan Menteri KDN buta kot.

    ReplyDelete

BESAR BETUL KEISTIMEWAAN ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SUNGAI BULOH... MEETING DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN PULAK DI PENJARA SUNGAI BULOH!

Tuesday 31 March 2015 ·

Layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim serta peranan yang dimainkan oleh seorang pegawai Penjara Sungai Buloh yang sudah dikenalpasti merupakan kroni Anwar Ibrahim, telah lama diperkatakan iaitu apabila Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk dihukum penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Cakap-cakap sebegitu semakin kuat kedengaran apabila Anwar Ibrahim disahkan tidak lagi dikurung di sel biasa, sebaliknya ditempatkan di sel yang dikhaskan untuk banduan yang menjalani rawatan.

Berbeza dengan layanan kepada banduan-banduan lain, Anwar Ibrahim menikmati pelbagai keistimewaan, termasuklah dibenarkan berhubung dengan sesiapa sahaja di luar penjara, diberikan keselesaan yang melebihi standard sebuah hospital, memilih menu makanannya sendiri, malah dibeli dari luar, boleh bergerak bebas tanpa kurungan dan BERMAIN PING PONG, permainan yang amat digemari dan dimahirinya.

Dari dalam PKR sendiri menyebut, hari ini, jam 1:00 tengah hari, Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kompleks Penjara Sungai Buloh. Mereka akan bermesyuarat dan sudah tentulah ia membabitkan perkembangan terkini hudud PAS dan perpecahan antara DAP-PKR dengan PAS di beberapa buah negeri kecuali di Selangor.

Dan tidak mustahil juga, ia turut membabitkan tentang PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung tidak lama lagi setelah permohonan ampunnya dilupuskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana tidak menepati syarat terutama sekali ianya bukanlah permohonan daripada Anwar Ibrahim dan tidak ditandatangani oleh Anwar.

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?

9 comments:

Anonymous said...
31 March 2015 at 12:06  

Kalau mcm tu, lagi baik bebaskan Nuar ni.

Duduk penjara boleh bebas guna blog, meeting serupa mcm duduk rumah aje.

maae said...
31 March 2015 at 12:41  

Macam kat mexico lak.. untung karpet merah... lagu indon "semut merah" kegemaran Mustaza Maah, satu ketika kelolaan nya di radio- tak pernah miss, hanya untuk kita-kita je...he..he..

Harap ada pencipta lagu untuk judul "karpet merah" lak...

Anonymous said...
31 March 2015 at 13:30  

Yang lagi best, sorang Tok Guru yang baru meninggal dunia pun masih aktif FB.. Hebat puak PR ni...

Anonymous said...
31 March 2015 at 14:12  

Apa komen Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab?

Apa komen Ketua Pengarah Penjara Malaysia selaku ketua jabatan yang bertanggungjawab?

Apa komen Pengarah Penjara Sungai Buloh kerana berlaku di premis di bawah kawalannya?

Kalau masing-masing tak tau nak jaga amanah, lebih baik letak jawatan sahajalah, perilaku lebih hina dari mat pet dan penyamun, harap jawatan sahaja besar, tapi perangai sangat buruk dan hodoh! Taraf orang-orang yang bertanggungjawab itu lebih teruk dari Pembantu Operasi H11 yang bertugas di Penjara Sungai Buloh kerana Pembantu Operasi Gred 11 itu pun tak buat kelakuan keji seperti Menteri, Ketua Pengarah Penjara, serta Pengarah Penjara Sungai Buloh itu.

Saya dah cadangkan supaya disediakan sel penjara yang berbentuk banglo mewah ada 10 bilik tidur, 5 bilik karaoke, 5 kelab malam, ada set perabot mewah, makanan dari hotel 10 bintang, ada pecacai yang terdiri dari pegawai atasan penjara yang menjadi tukang jilat kaki dan tukang basuh jubor banduan VVIP seperti Anwar itu, Menteri Dalam Negeri serta Timbalan Menteri Dalam Negeri boleh jadi Pecacai Tukang Angkat Makanan dan Pecacai Tukang Basuh Pinggan Mangkuk selepas banduan VVIP yang terhormat itu selesai mentekedarah sesuka hatinya.

Bila undang-undang diperkosa, dicabul, dinodai, dirogol, diliwat oleh orang yang diberi amanah untuk pelihara undang-undang itu, lebih baik adakan acara bakar sahaja buku undang-undang itu oleh Menteri serta pegawai yang bertanggungjawab di atas perkara ini.

Anonymous said...
31 March 2015 at 14:21  

Esok kalau ketua penyamun di penjara Sungai Buloh nak bermesyuarat dengan kuncu-kuncu bagi menjalankan rompakan bersenjata di mana-mana, sila Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarah Penjara Sungai Buloh beri kebenaran, sediakan bilik mesyuarat bertaraf 10 bintang, makanan mewah, serta pegawai atasan menjadi pecacai yang mengawal keselamatan mesyuarat penyamun-penyamun itu di luar bilik mesyuarat.

Macam sampah sahajalah aku tengok orang atasan yang perangai sangat teruk dan buruk, sibuk berlagak dengan orang bawahan, tapi orang atasan itu lebih hina dan jijik serta memalukan, lebih hina dari mat pet dan pondan dan pelacur yang memperdagangkan diri di tepi lorong-lorong.

Anonymous said...
31 March 2015 at 14:53  

JIka benar, 1. Pengarah Penjara Sg Buloh hendaklah ditukarkan sertamerta 2. Tindakan menggantung tugas perlu diambil dan baru buat siasatan atau pihak polis memohon kepada mahkamah suapay nuar ditukarkan kepenjara lain yang kurang kemudahan asas mungkin dipenjara penjara lama yang dibina sebelum merdeka

Anonymous said...
31 March 2015 at 16:52  

Perlu dirujuk kepada pihak SPRM untuk siasatan salah laku.

Anonymous said...
31 March 2015 at 18:20  

Mana SPRM ada telor..dgn marhaen berani lah..macam segan dia orang ni..tak kan tak belajar dari siri pertama dulu. Sepatutnya sesiapa segan yg bersubahat tu dibuang kerja...ramai lagi rakyat malaysia yg duduk tunggu peluang pekerjaan...tak kan Menteri KDN buta kot.

Anonymous said...
31 March 2015 at 20:16  

Bagi puak haram taik PAS, ini dinamakan el-mukjizaaat!!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks