MUDAHNYA PENDUDUK KAMPUNG DITIPU DAP MENERUSI 'IMPIAN SARAWAK' DENGAN PROJEK-PROJEK MEREKA YANG TAK BERGUNA!

Tuesday 31 March 2015

DAP telah mengambil risiko dan berbelanja besar dalam usaha untuk menawan Sarawak dan menawan lebih banyak kerusi bagi membolehkan DAP merampas takhta pemerintahan negeri daripada kaum Bumiputera dan warga Pribumi.

Untuk itu, DAP telah melancarkan 'IMPIAN SARAWAK' yang cuba mempotretkan DAP sebagai pemberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan walaupun mereka sebenarnya menumpang projek Kerajaan Negeri Barisan Nasional serta mencuri kredit.

Blog ini akan mendedahkan satu persatu dan dari semasa ke semasa PROJEK-PROJEK SEPARUH MASAK DAP yang hanya bertujuan untuk propaganda dan menipu masyarakat pengundi tempatan selain memberikan gambaran positif kepada pengundi-pengundi di seluruh Sarawak yang berada di luar kawasan tetapi mempunyai akses Internet.

Kita mulakan dengan projek GRAVITY FED WATER SYSTEM di Kampung Beriwan Kito dan Kampung Tunas Baru, Lawas. Projek 'mega DAP' itu telah bermula pada 20 September 2014 sehingga 28 September 2014. Berdasarkan dokumen yang diperolehi, projek tersebut bernilai RM47,801.00 keseluruhannya.

Penyaluran paip tersebut kononnya meliputi 16 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Beriwan Kito dan 24 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Tunas Baru. Kedua-dua kampung tersebut terletak di kawasan Lawas.

Setelah diberikan pelbagai publisiti termasuklah iklan mendapatkan sukarelawan yang perlu membayar tambang sendiri selain membeli insuran, selain menggambarkan betapa prihatinnya DAP yang dapat mengesan dua buah kampung jauh di pedalaman Lawas yang tidak memperolehi bekalan air bersih JKR yang hanya berakhir di Kampung Beriwan Tengah yang terletak 2 kilometer dari Kampung Beriwan Kito, hakikatnya, air graviti DAP juga tidak dapat digunakan oleh penduduk di kedua-dua kampung.

Yang mereka dapat hanyalah berita, dan nama kampung mereka dipergunakan selain gambar-gambar yang menunjukkan kerja-kerja memasang paip air. Airnya tetap tidak ada.

ADUN Lawas adalah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dari PBB.

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah merancang projek bekalan air luar bandar (BALB) di Lawas semenjak dari tahun 2010 lagi. Antaranya termasuklah pembinaan di Lawas Damit Intake dan Loji Rawatan Air Gelugus Lawas. Bagaimanapun, beberapa masalah teknikal timbul termasuklah pembelian dua genset berkapasiti 150KVA dan 200KVA yang dibeli pada harga RM275,000 tidak mampu menghidupkan pam air di muka sauk Lawas Damit dan Sungai Gaya, menyebabkan projek bekalan air di kawasan Lawas distatuskan oleh Jabatan Audit Negara sebagai kurang memuaskan.

Mengambil kesempatan daripada situasi itulah, DAP bertindak bagaikan pembangkai yang cuba mencuri kredit dan usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat walaupun hakikatnya, paip air mereka tidak pun dapat menyalurkan air kepada penduduk.

Penipuan terancang DAP menerusi IMPIAN SARAWAK merupakan paling licik. Apabila projek BALB siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik, DAP akan segera menyatakan, air yang disalurkan itu adalah air dari paip air graviti mereka!

Projek separuh masak DAP boleh dilihat dalam setiap projek infrastruktur IMPIAN SARAWAK yang cuba mencuri kredit apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mula memasukkan projek di kawasan-kawasan sasaran mereka. Mereka mendahului, mengambil gambar, berlakon dan mempropagandakannya selain mempublisitikannya seolah-olah apabila projek Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat siap nanti, merekalah yang akan mendapat nama.

0 comments:

Post a Comment

MUDAHNYA PENDUDUK KAMPUNG DITIPU DAP MENERUSI 'IMPIAN SARAWAK' DENGAN PROJEK-PROJEK MEREKA YANG TAK BERGUNA!

Tuesday 31 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks