Sama seperti dokumen KAJANG MOVE yang berjaya didedahkan, kesilapan besar dan kekantoian mula berlaku apabila Rafizi Ramli buka mulut dan cuba 'membetulkan'nya. Apa yang berlaku selepas itu ialah, semakin banyak pendedahan dan cop PENIPU terpahat di dahi jendul Rafizi Ramli.
Sehingga kini, Rafizi Ramli gagal membuat laporan polis walaupun dia menafikan dokumen KAJANG MOVE yang didedahkan kepada umum itu adalah palsu. Dan lebih menarik lagi ialah, setiap pergerakan PKR, semuanya menepati sebagaimana yang terdapat dalam naskhah KAJANG MOVE itu termasuklah serangan ke atas 1MDB, Ringgit Malaysia, Rosmah Mansor, sistem perundangan, SPR, PDRM, GST dan sebagainya.
Surat semalam
Hari ini, pagi-pagi lagi, para pecacai PKR cuba membetulkan keadaan dengan memaparkan kepada umum tentang 'surat sebenar' Rafizi Ramli. Sebahagian besar isi kandungan surat yang didedahkan semalam, telah dibuang dan disingkatkan.
Surat Hari Ini
Kalut sangat nampaknya untuk cuba menafikan pemberian dan penyediaan RM150 dan RM500 kepada para peserta demonstrasi serta Cabang yang menyediakan kekuatan untuk demonstrasi jalanan pada 7 Mac 2015 nanti.
0 comments:
Post a Comment