Semenjak itu, pihak berkuasa telah melakukan usaha-usaha pembebasan Zakiah. Tanpa banyak publisiti, usaha yang tidak mengenal jemu itu akhirnya membuahkan hasil apabila semalam, Zakiah dibebaskan oleh penculik dan selamat sampai ke Sandakan pada jam 7:03 pagi tadi.
Berita pembebasan Zakiah telah diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah yang merupakan antara tenaga penting selain Perdana Menteri, Najib Abdul Razak bersama-sama PDRM dalam usaha membebaskan Zakiah.
Beberapa penculikan melibatkan lanun-lanun Sulu telah berlaku di Sabah sebelum ini. Gerak kerja aktif akhirnya telah membebaskan mereka, sekalipun pada masa yang sama, barisan Pembangkang menuduh Kerajaan telah membazirkan puluhan juta ringgit untuk menebus tebusan-tebusan tersebut dari tangan penculik.
Sempadan Sabah-Filipina merupakan antara yang terumit memandangkan geografi laut. Apatah lagi dengan hubungan tradisi dan kekeluargaan sebahagian daripada suku di Sabah dengan suku di selatan Filipina menambahkan lagi kompleksiti tersebut.
Pada 25 Mac 2013, beberapa hari selepas lanun-lanun Sulu menyerang Sabah, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan ESSZONE (Zon Selamat Sabah Timur) dan ESSCOM. Gelombang kedua serangan lanun-lanun Sulu yang mahu menawan Sabah, berjaya dipatahkan. Bagaimanapun lanun-lanun Sulu bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menceroboh Sabah untuk melakukan penculikan.
Selain rondaan, kuatkuasa undang-undang perintah berkurung di perairan Sabah juga telah mengekang banyak penjarahan lanun-lanun Sulu. Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah memberikan perhatian khusus kepada keselamatan Sabah dan penduduknya dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Tak kan pengganas nak lepaskan dia secara percuma . Tak tau laa berapa juta kerajaan bayar wang tebusan .
ReplyDeletedah bebas bising ..
Deletetak bebas .. bising jugak ..
kalo ya pun kerajaan bayar juta juta .... duit abah ko ker .. ??
yang keluarga Nuar Al Jubo tapau duit rakyat dulu ko tak bising pulak ..??
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/11/akaun-akaun-anwar-dibank-of-israel.html
tu mana datangnya duit bebanyak tu ... menabung dari bayi lagi ... ??
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
DeleteKLIK=> BOCORAN ANGKA TOGEL
tak pasti la pulak..tp kalo kena byr pun logik gak...takkan nak berperang luar sempadan..tk pasal2 perang lain pulak
ReplyDelete