BILA LAGI TINDAKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI BERHUBUNG FITNAH 'JET PERIBADINYA' AKAN DIAMBIL?

Tuesday 17 March 2015


Ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melakukan kesilapan apabila banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja dengan harapan fitnah tersebut akan lenyap perlahan-lahan. Dan kalaupun tindakan diambil, ia sudah terlalu terlambat kerana terlalu lama untuk membuat keputusan berkenaan.

Contoh terbaik ialah dalam isu NFC. Sehingga kini, para pecacai Pakatan masih lagi bercakap kononya Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya telah merompak wang rakyat berjumlah RM250 juta sekalipun, wang tersebut telah dipulangkan kepada kerajaan manakala firma yang menjalankan urusniaga fidlot lembu bagi membekalkan daging halal ke pasaran domestik, telah dihentikan operasinya, sekaligus membolehkan pasaran daging di Malaysia terus dikawal dan dikuasai oleh kartel-kartel yang membeli daging kerbau dari Asia Selatan.

Rafizi Ramli sekalipun mempunyai banyak kes mahkamah yang tergantung khususnya BAFIA, sehingga kini terus bebas menfitnah. Malah dia langsung tidak gusar seolah-olah cukup yakin, mahkamah akan membuang kesnya kerana dia adalah salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Terkini, Rafizi Ramli melakukan fitnah ke atas Perdana Menteri menerusi pembelian jet baru yang menurutnya tindakan jahat Perdana Menteri menggunakan wang negara untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah.

Penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri bahawa pembelian jet baru itu sebenarnya untuk menggantikan sebuah pesawat usang kegunaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tidak menghalang Rafizi Ramli daripada meneruskan kerja-kerja fitnahnya.

Rafizi Ramli mendakwa dia mempunyai senarai sebut harga bagi pembelian tersebut. Dia cuba menggunakan angka-angka yang terdapat dalam details yang dibocorkan oleh 'orang dalam' untuk menimbulkan sentimen di kalangan rakyat agar membenci Kerajaan, sekaligus menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan dengan sengaja telah menggunakan wang rakyat untuk kemewahan para pemimpin.

Dituduh membeli JET PERIBADI menggunakan wang cukai rakyat, Perdana Menteri seharusnya mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Rafizi Ramli sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura, malah yang diamalkan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP sendiri.

Taktik enggan mengambil tindakan undang-undang kerana alasannya Perdana Menteri harus berjiwa besar dan terbuka kepada kritikan, seharusnya diketepikan kerana dalam kes ini sangat jelas, Rafizi Ramli melakukan fitnah dengan bantuan daripada  para pemimpin DAP seperti Teresa Kok.

Apatah lagi, benda yang difitnah oleh meka itu adalah membabitkan keselamatan Raja-Raja Melayu!

9 comments:

  1. Saman rm500 juta.....suka fitnah si rafizi ni..berniat jahat....x takut mati ke..

    ReplyDelete
  2. Bagi aku...penjelasan setakat disuratkhabar tak akan menjernihkan kes berat ini.Setakat minta rakyat jangan percaya pada si Rafizi melalui suratkhabar adalah cara memang ada kesalahan pada Najib.
    Secara peribadi kalau tak der tindakan dari Najib secara undang undang....maaflah kata aku sendiri terpaksa mengiyakan tuduhan Rafizi pada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahim satria. sy sokong anda. bukan saja tentang perkara ini, banyak lagi perkara lain pun macam tu juga.

      Delete
    2. Saman rafisi takda untung. Sementara ada kuasa ni lebih baik cari peluang yg boleh tambah pendapatan. Rakyat meluat dia punya pasal. Janji masyuk. Tahun depan belum tentu. Peluang cuma datang sekali.
      Esok kalau umno dah lemah kita masuk pkr. Rakyat nasin ar. Janji keturunan aku kaya.

      Delete
  3. NAJIB ADA KAPAL TERBANG SENDIRI, KAYA BETUL DIA. MACAM JUTAWAN ARAB. RAFIZI KALAU NAK BOHONG PUN JGN IKUT ANWAR IBRAHIM, ITUKAN KAPAL TERBANG KERAJAAN YANGMANA TAK SEMPAT DINAIK OLIH ANWAR IBRAHIM. HARI2 KAU BERBOHONG. NAK KESUNGAI BULOH KE.

    ReplyDelete
  4. Anon 14:26....tepat pada sasaran atau lebih tepat 'BULLSEYE'...rafizi patutnya sudah dihantar ke sg. buloh da

    ReplyDelete
  5. ala..kata nx PRU PR bleh menang...untung pe...sapa jd PM terus merasa jet baru..berbanding PM sebelum ni pakai jet lama...

    ..cuma...sapa nx PM dr PR ye..?

    -smh-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANWSR PUTIH MATA. LIM KIT SIANG TAK LAMA LG PEJAM MATA.
      SAMPAI KIAMAT AR TAK MERASA.
      GILA TALAK JER AR.

      Delete
  6. Kalau najid tak mahu saman Rafizi, Rafizi patut cari jalan saman najid pula.

    ReplyDelete

BILA LAGI TINDAKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI BERHUBUNG FITNAH 'JET PERIBADINYA' AKAN DIAMBIL?

Tuesday 17 March 2015 ·


Ramai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melakukan kesilapan apabila banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja dengan harapan fitnah tersebut akan lenyap perlahan-lahan. Dan kalaupun tindakan diambil, ia sudah terlalu terlambat kerana terlalu lama untuk membuat keputusan berkenaan.

Contoh terbaik ialah dalam isu NFC. Sehingga kini, para pecacai Pakatan masih lagi bercakap kononya Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya telah merompak wang rakyat berjumlah RM250 juta sekalipun, wang tersebut telah dipulangkan kepada kerajaan manakala firma yang menjalankan urusniaga fidlot lembu bagi membekalkan daging halal ke pasaran domestik, telah dihentikan operasinya, sekaligus membolehkan pasaran daging di Malaysia terus dikawal dan dikuasai oleh kartel-kartel yang membeli daging kerbau dari Asia Selatan.

Rafizi Ramli sekalipun mempunyai banyak kes mahkamah yang tergantung khususnya BAFIA, sehingga kini terus bebas menfitnah. Malah dia langsung tidak gusar seolah-olah cukup yakin, mahkamah akan membuang kesnya kerana dia adalah salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Terkini, Rafizi Ramli melakukan fitnah ke atas Perdana Menteri menerusi pembelian jet baru yang menurutnya tindakan jahat Perdana Menteri menggunakan wang negara untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah.

Penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri bahawa pembelian jet baru itu sebenarnya untuk menggantikan sebuah pesawat usang kegunaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, tidak menghalang Rafizi Ramli daripada meneruskan kerja-kerja fitnahnya.

Rafizi Ramli mendakwa dia mempunyai senarai sebut harga bagi pembelian tersebut. Dia cuba menggunakan angka-angka yang terdapat dalam details yang dibocorkan oleh 'orang dalam' untuk menimbulkan sentimen di kalangan rakyat agar membenci Kerajaan, sekaligus menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan dengan sengaja telah menggunakan wang rakyat untuk kemewahan para pemimpin.

Dituduh membeli JET PERIBADI menggunakan wang cukai rakyat, Perdana Menteri seharusnya mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Rafizi Ramli sepertimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura, malah yang diamalkan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP sendiri.

Taktik enggan mengambil tindakan undang-undang kerana alasannya Perdana Menteri harus berjiwa besar dan terbuka kepada kritikan, seharusnya diketepikan kerana dalam kes ini sangat jelas, Rafizi Ramli melakukan fitnah dengan bantuan daripada  para pemimpin DAP seperti Teresa Kok.

Apatah lagi, benda yang difitnah oleh meka itu adalah membabitkan keselamatan Raja-Raja Melayu!

9 comments:

Anonymous said...
17 March 2015 at 21:34  

Saman rm500 juta.....suka fitnah si rafizi ni..berniat jahat....x takut mati ke..

Unknown said...
17 March 2015 at 22:10  

Bagi aku...penjelasan setakat disuratkhabar tak akan menjernihkan kes berat ini.Setakat minta rakyat jangan percaya pada si Rafizi melalui suratkhabar adalah cara memang ada kesalahan pada Najib.
Secara peribadi kalau tak der tindakan dari Najib secara undang undang....maaflah kata aku sendiri terpaksa mengiyakan tuduhan Rafizi pada Najib.

Anonymous said...
18 March 2015 at 07:18  

rahim satria. sy sokong anda. bukan saja tentang perkara ini, banyak lagi perkara lain pun macam tu juga.

Anonymous said...
18 March 2015 at 11:39  

Saman rafisi takda untung. Sementara ada kuasa ni lebih baik cari peluang yg boleh tambah pendapatan. Rakyat meluat dia punya pasal. Janji masyuk. Tahun depan belum tentu. Peluang cuma datang sekali.
Esok kalau umno dah lemah kita masuk pkr. Rakyat nasin ar. Janji keturunan aku kaya.

Anonymous said...
18 March 2015 at 14:26  

NAJIB ADA KAPAL TERBANG SENDIRI, KAYA BETUL DIA. MACAM JUTAWAN ARAB. RAFIZI KALAU NAK BOHONG PUN JGN IKUT ANWAR IBRAHIM, ITUKAN KAPAL TERBANG KERAJAAN YANGMANA TAK SEMPAT DINAIK OLIH ANWAR IBRAHIM. HARI2 KAU BERBOHONG. NAK KESUNGAI BULOH KE.

anakmalaysia said...
18 March 2015 at 16:39  

Anon 14:26....tepat pada sasaran atau lebih tepat 'BULLSEYE'...rafizi patutnya sudah dihantar ke sg. buloh da

Anonymous said...
19 March 2015 at 11:06  

ala..kata nx PRU PR bleh menang...untung pe...sapa jd PM terus merasa jet baru..berbanding PM sebelum ni pakai jet lama...

..cuma...sapa nx PM dr PR ye..?

-smh-

Anonymous said...
19 March 2015 at 13:49  

ANWSR PUTIH MATA. LIM KIT SIANG TAK LAMA LG PEJAM MATA.
SAMPAI KIAMAT AR TAK MERASA.
GILA TALAK JER AR.

Anonymous said...
19 November 2015 at 07:07  

Kalau najid tak mahu saman Rafizi, Rafizi patut cari jalan saman najid pula.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks