Lim Guan Eng Berbohong Lagi Tentang Hudud... Sudah Ada Perjanjian Antara PAS-DAP Berhubung Hudud

Sunday 11 May 2014



Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendedahkan dokumen yang telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng bersama-sama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud. Terkejut dengan pendedahan tersebut, Lim Guan Eng segera mengeluarkan kenyataan menerusi blognya (DI SINI) dan menuduh Teng Chang Yeow berbohong.

Lim Guan Eng ternyata telah terlupa bahawa sebelum posting berkenaan, dia telah pun menerbitkan sebuah artikel di blog yang sama, yang menuduh Abdul Hadi Awang berbohong apabila Presiden PAS itu menyatakan, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud di Kelantan. Lim Guan Eng dengan nada bongkak dan angkuh telah menyelar dan menuduh Presiden PAS sebagai PEMBOHONG dan PENIPU.

Dalam dokumen yang ditandatangani oleh Lim Guan Eng dan Hadi Awang, jelas menunjukkan bahawa PAS dan DAP secara dasarnya bersetuju untuk berjuang mengikut kaedah masing-masing. PAS dengan kewujudan Negara Islam, manakala DAP pula dengan Malaysian Malaysianya.

Artikel terbaru Lim Guan Eng itu mengesahkan bahawa DAP menerusi dia sendiri, telah mengesahkan perjuangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dan di Malaysia.

Menariknya, Lim Guan Eng cuba bertaici dan menyalahkan UMNO pula walhal dia sendiri menyatakan:
"“In the statement signed by both PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang and myself, why did Teng not mention that our respective struggle and co-operation is subject to the Federal Constitution?”


Sememangnya tepat!

Kerjasama tersebut tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan membolehkan penggubalan Kanun Keseksaan dengan hanya simple majoriti di Parlimen, sekaligus membolehkan hukuman hudud dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mahupun agama.

Sekaligus membuktikan bahawa Abdul Hadi Awang dan Tian Chua tidak berbohong apabila mereka berkata, DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud. Sebaliknya yang berbohong adalah Lim Guan Eng sendiri.

3 comments:

  1. Bila dah tandatangan kemudian kata tak setuju maknanya LGE memang penipu besar.
    Sayangnya PAS kepada LGE sampai samakan dia dengan Saidina Umar.
    PAS dah jadi hampas.

    UMNO pun tak terkecuali sebab sayangkan MCA yg terangan pro-DAP, maknanya anti-BN.
    Akhbar Star tu MCA punya tapi berita pro-DAP dan anti-BN.

    Kita sering kata PAS patut tinggalkan PR.
    Kita juga patut kat UMNO patut pecat MCA dari BN.

    Kita wajib kata UMNO dan PAS MESTI ikut perinta ALLAH diayat akhir surah al-Fath.
    Bukan gugurkan UMNO/PAS tapi PAS/UMNO bersatu dalam banyak hal.
    Mencari kesamaan.

    Insya ALLAH selamat.

    ReplyDelete
  2. masalahnya...Presiden Pas dah declare dlm Quran takde sebut negara islam...yg ade negara kebajikan.... pada aku Hudud ni hanya lawak jenaka mainan politik.... dan itu buat aku sedih...

    Bangsa lain tengah sibuk kaut kuasa ekonomi ...kita masih berbalah...

    ReplyDelete
  3. Gaduh la melayu kau orang.....dah 50 tahun gaduh x sudah sudah..hampa ni bila nak sedar ioiii...malulah aku jadi mcm hampa

    ReplyDelete

Lim Guan Eng Berbohong Lagi Tentang Hudud... Sudah Ada Perjanjian Antara PAS-DAP Berhubung Hudud

Sunday 11 May 2014 ·



Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mendedahkan dokumen yang telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng bersama-sama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud. Terkejut dengan pendedahan tersebut, Lim Guan Eng segera mengeluarkan kenyataan menerusi blognya (DI SINI) dan menuduh Teng Chang Yeow berbohong.

Lim Guan Eng ternyata telah terlupa bahawa sebelum posting berkenaan, dia telah pun menerbitkan sebuah artikel di blog yang sama, yang menuduh Abdul Hadi Awang berbohong apabila Presiden PAS itu menyatakan, Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud di Kelantan. Lim Guan Eng dengan nada bongkak dan angkuh telah menyelar dan menuduh Presiden PAS sebagai PEMBOHONG dan PENIPU.

Dalam dokumen yang ditandatangani oleh Lim Guan Eng dan Hadi Awang, jelas menunjukkan bahawa PAS dan DAP secara dasarnya bersetuju untuk berjuang mengikut kaedah masing-masing. PAS dengan kewujudan Negara Islam, manakala DAP pula dengan Malaysian Malaysianya.

Artikel terbaru Lim Guan Eng itu mengesahkan bahawa DAP menerusi dia sendiri, telah mengesahkan perjuangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dan di Malaysia.

Menariknya, Lim Guan Eng cuba bertaici dan menyalahkan UMNO pula walhal dia sendiri menyatakan:
"“In the statement signed by both PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang and myself, why did Teng not mention that our respective struggle and co-operation is subject to the Federal Constitution?”


Sememangnya tepat!

Kerjasama tersebut tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan di mana Perlembagaan Persekutuan membolehkan penggubalan Kanun Keseksaan dengan hanya simple majoriti di Parlimen, sekaligus membolehkan hukuman hudud dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mahupun agama.

Sekaligus membuktikan bahawa Abdul Hadi Awang dan Tian Chua tidak berbohong apabila mereka berkata, DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud. Sebaliknya yang berbohong adalah Lim Guan Eng sendiri.

3 comments:

Anonymous said...
11 May 2014 at 12:59  

Bila dah tandatangan kemudian kata tak setuju maknanya LGE memang penipu besar.
Sayangnya PAS kepada LGE sampai samakan dia dengan Saidina Umar.
PAS dah jadi hampas.

UMNO pun tak terkecuali sebab sayangkan MCA yg terangan pro-DAP, maknanya anti-BN.
Akhbar Star tu MCA punya tapi berita pro-DAP dan anti-BN.

Kita sering kata PAS patut tinggalkan PR.
Kita juga patut kat UMNO patut pecat MCA dari BN.

Kita wajib kata UMNO dan PAS MESTI ikut perinta ALLAH diayat akhir surah al-Fath.
Bukan gugurkan UMNO/PAS tapi PAS/UMNO bersatu dalam banyak hal.
Mencari kesamaan.

Insya ALLAH selamat.

Anonymous said...
11 May 2014 at 13:24  

masalahnya...Presiden Pas dah declare dlm Quran takde sebut negara islam...yg ade negara kebajikan.... pada aku Hudud ni hanya lawak jenaka mainan politik.... dan itu buat aku sedih...

Bangsa lain tengah sibuk kaut kuasa ekonomi ...kita masih berbalah...

Anonymous said...
11 May 2014 at 14:27  

Gaduh la melayu kau orang.....dah 50 tahun gaduh x sudah sudah..hampa ni bila nak sedar ioiii...malulah aku jadi mcm hampa

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks