ROMBAKAN KABINET 2014.... G.PALANIVEL Pasti Digugurkan Kerana Prestasi Teruk!

Wednesday 11 June 2014

Pembentukan semula menteri-menteri kabinet dalam tempoh terdekat ini, tidak dapat tidak akan memperlihatkan kepada kita arah dan haluan negara ini di bawah kepimpinan Najib Abdul Razak. Sekaligus menafikan kata-kata sebelum ini bahawa Kabinet hanya memberikan ruang dan tempat kepada Presiden-Presiden parti komponen Barisan Nasional walaupun sebahagian daripada mereka tidak boleh bekerja langsung.

Semuanya berlaku apabila Najib dikatakan akan membuat rombakan besar-besaran apabila memasukkan Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Mah Siew Keong ke dalam kabinetnya. Secepat-cepatnya, kabinet baru tersebut akan dibentuk pada Jumaat ini dan paling lewat pun selepas Hari Raya Aidil Fitri yang akan berlangsung dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang.

Rombakan itu juga turut melibatkan kedudukan ketiga-tiga orang Naib Presiden UMNO - Hishamuddin, Shafie dan Zahid Hamidi. Secara tradisinya, ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu akan menempati jawatan-jawatan Menteri Kanan dalam Kabinet.

Ada khabar-khabar angin yang menyatakan Najib akan melantik sepupunya, Hishamuddin ke jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh Najib semenjak September 2008 ketika dia masih lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Hishamuddin kini memegang jawatan Menteri Pertahanan dan memangku jawatan Menteri Pengangkutan. Jawatan Menteri Pengangkutan 'digantung' buat seketika untuk membolehkan MCA membuat keputusan menyertai Kabinet semula.

Zahid Hamid yang sekarang ini memegang jawatan Menteri Dalam Negeri akan kembali ke jawatan Menteri Pertahanan. Jawatan Menteri Dalam Negeri bagaimanapun disandang oleh Najib sendiri.

Shafie Apdal pula dikatakan akan kekal memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Bagaimanapun, ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan, Shafie besar kemungkinan akan dipindahkan ke Kementerian Pertanian menggantikan Ismail Sabri.
Beberapa orang Menteri dari UMNO yang kurang menunjukkan prestasi dijangka akan digugurkan. Sumber turut berkata, salah seorang daripada mereka masih lagi memegang jawatan kanan dalam parti dan dijangka terpaksa melepaskan jawatannya sekarang bagi memberi perhatian untuk mentadbir UMNO bagi menghadapi PRU akan datang.

Seorang lagi Menteri UMNO akan digantikan dengan Menteri Besar negerinya. Menteri Besar yang sudah berkhidmat selama beberapa penggal itu, dikatakan lebih berkualiti sebagai Menteri Kabinet terutama sekali pengalamannya dalam bidang ekonomi.

Liow pula dijangka akan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, jawatan yang dikhususkan untuk MCA dalam pentadbiran Persekutuan. Cuma persoalannya, adakah MCA yang sebelum ini memegang empat portfolio Kabinet sebelum ini akan mendesak agar Najib menyediakan tiga lagi jawatan untuk pemimpin MCA, sekalipun Najib telah meuar-uwarkan secara terbuka bahawa, dia hanya menyediakan satu tempat sebagai Menteri untuk MCA.

Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong pula walaupun sebelum ini berpeluang menjadi Menteri tetapi kini peluangnya hanyalah untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan yang dianggap jawatan paling kanan di kalangan Timbalan-Timbalan Menteri.

Mah Siew Keong pula akan dilantik menjadi Menteri yang mengendalikan PEMANDU dan beberapa portfolio red-tape yang lain yang sekarang ini dipegang oleh Paul Low. Dalam bahasa yang lebih mudah, Mah Siew Keong akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan kembalinya Mah dan Liow, Kabinet terbaru akan mempunyai tiga orang wakil Cina. Sumber-sumber turut menyatakan, Najib sedang menimbang untuk menawarkan tiga jawatan Timbalan Menteri kepada MCA.
Paling bermasalah dan paling tergugat sekarang adalah Presiden MIC, G.Palanivel yang prestasi kerjanya terlalu teruk dan langsung tidak boleh dibanggakan. Berbeza pula dengan Timbalan Presiden MIC, S.Subramaniam yang dilihat lebih konsisten, Palanivel yang sangat lemah dan gagal mengawal serta mengendalikan partinya sendiri, dilihat merupakan antara calon yang bakal digugurkan daripada jawatan yang disandang.

Palanivel sepatutnya sudah pun melepaskan jawatan Presiden MIC kepada Subramaniam setelah bersetuju untuk memegang jawatan tersebut selama sepenggal dalam konflik dalaman MIC yang hampir membawa kepada kemusnahan parti berkenaan.

Diberitakan, penyokong kedua-dua pemimpin MIC itu sekarang ini sedang melobi Najib untuk menggugurkan lawan masing-masing dalam rombakan Kabinet terbaru.

Walaupun penyokong-penyokong Palanivel mendakwa, S.Subramaniam tidak mempunyai sokongan akar umbi, hakikatnya ialah G.Palanivel sebenarnya yang tidak mempunyai sokongan akar umbi. Palanivel sekarang hanyalah simbol Presiden parti sedangkan segala urusan parti dijalankan oleh S.Subramaniam yang lebih konsisten. Apatah lagi dengan prestasinya selaku Menteri, G.Palanivel bukanlah calon yang sesuai untuk mana-mana jawatan Menteri.

Dari Sarawak, sebahagian daripada penyokong kuat Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak akan dipindahkan ke Pusat. Najib turut mengambil kira penubuhan TERAS, sebuah parti baru dan 11 orang ADUN Sarawak yang menyertai parti tersebut dari beberapa buah parti komponen BN di Sarawak.

Diketuai oleh William Mawan, TERAS yang mengisytiharkan sebagai parti mesra-BN dan sekiranya dibenarkan menyertai BN akan menjadi parti kedua terbesar.
Najib bagaimanapun, dijangka mengekalkan enam orang Menteri dari Sarawak tetapi jawatan Timbalan Menteri dari Sarawak pula akan dirombak.

Sabah turut tidak berhadapan dengan masalah kuota dalam Kabinet baru ini. Malahan Sabah menjadi negeri yang paling banyak 'membekalkan' Menteri untuk Kabinet Persekutuan.
Sekarang ini, selain Shafie Apdal, Menteri-Menteri dari Sabah yang lain adalah Anifah Aman (Kementerian Luar), Abdul Rahman Dahlan (Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar), Joseph Kurup (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Maximus Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

1 comment:

  1. Aku harap YAB PM MENGGUGURkan si LIBERAL-mamat-kari yg. memang makin MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, yg. asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam/umatnya! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/11/Khairy-police-must-uphold-law/ , Khairy: Police have a duty to uphold the law, by michelle tam June 11, 2014!

    Dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete

ROMBAKAN KABINET 2014.... G.PALANIVEL Pasti Digugurkan Kerana Prestasi Teruk!

Wednesday 11 June 2014 ·

1 comments:

Anonymous said...
11 June 2014 at 22:06  

Aku harap YAB PM MENGGUGURkan si LIBERAL-mamat-kari yg. memang makin MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, yg. asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam/umatnya! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/11/Khairy-police-must-uphold-law/ , Khairy: Police have a duty to uphold the law, by michelle tam June 11, 2014!

Dan kita patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Kalau pemimpin Islam/Melayu dlm. UMNO/PAS dah tak boleh bela lagi nasib BUMIPUTERA Islam/Melayu; pd. Kesultanan Melayulah, kita harus berpaling untuk minta pertolongan!

Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks