HUDUD NYAWA PAS: HARON DIN MULA BERSUARA, BIDAS LIM GUAN ENG DALAM ISU HUDUD

Monday 22 December 2014

"Dia (Guan Eng) tidak pernah menimbulkan isu hudud sebelum Pakatan Rakyat dibentuk. Mengapa dibangkitkan sekarang? Apa motif dia?"

Itu pertanyaan Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba berlagak seperti Maharaja kepada PAS dalam Pakatan Rakyat.

DAP cukup kalut dan cuba campurtangan hal ehwal Islam di Kelantan. Selepas Lim Guan Eng dibidas oleh orang Cina sendiri kerana cuba menipu dalam hal 40 kalimah yang dilarang ke atas bukan Islam dalam enakmen syariah Pulau Pinang, kerja-kerja mengalih perhatian segera dilakukan dan 'mangsanya' adalah Hudud dan PAS di Kelantan.

Cubaan DAP dan Lim Guan Eng untuk mempolemikkan hudud terutama menjelang sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember ini, telah dipertingkatkan. Ini adalah kerana UMNO Kelantan yang merupakan bahagian kedua dalam Kerajaan Negeri Kelantan, telah menyatakan persetujuan dan menyokong usul PAS Kelantan untuk mewujudkan hukuman hudud di negeri itu. Tentangan yang diharapkan oleh DAP menerusi UMNO, tidak berlaku sekaligus merosakkan rancangan awal DAP.

Disebabkan itu, kata Haron Din kepada Guan Eng, sekiranya DAP tidak selesa dengan rancangan politik PAS, DAP perlu mencari haluan mereka sendiri serta tidak terus-menerus melakukan serangan demi serangan ke atas PAS dengan menjadi hudud sebagai isunya.

Hudud menurut Haron Din, merupakan nadi hidup PAS dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi. "Kita tidak akan membatalkannya semata-mata kerana komen-komen negatif."

"Sekiranya DAP berterusan menyerang PAS dalam isu hudud ini, merekalah yang bertanggungjawab memusnahkan Pakatan Rakyat memandangkan Pakatan Rakyat telah menerima dokumen tahaluf siyasi pada tahun 2008," kata Haron Din sambil menegaskan bahawa sememangnya terdapat perjanjian 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang telah ditandatangani melibatkan PAS-DAP.

PAS menurutnya lagi tidak akan tunduk kepada komen-komen kawan dan lawan. Hudud adalah nadi kehidupan PAS, dan merupakan teras perjuangan parti itu. Menurutnya, tiada sebarang kompromi untuk perkaraan berkenaan. Hudud akan diteruskan di Kelantan.

Haron Din turut mengungkit yang PAS tidak pernah mempersoalkan DAP contohnya dalam hal komitmen DAP kepada sosialisme demokratik dan Malaysian Malaysia. Justeru, hak apa pula DAP untuk mempertikaikan PAS.

Pada Ahad lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyerang PAS dengan menyatakan hudud akan memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dibina atas dasar konsensus selain menegaskan bahawa hudud tidak terdapat langsung dalam prinsip asas Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Lim Guan Eng dalam Konvensyen Kebangsaan DAP 2014, mendesak PR untuk menolak hudud secara tegas dengan alasan ia adalah aspirasi pengundi majoriti. Ini merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat menerusi undi popular tahun lepas dengan mengutip 53% undi keseluruhan.

0 comments:

Post a Comment

HUDUD NYAWA PAS: HARON DIN MULA BERSUARA, BIDAS LIM GUAN ENG DALAM ISU HUDUD

Monday 22 December 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks