'ANAK SIRUL AZHAR' DAH TUTUP AKAUN FACEBOOKNYA, KECEWALAH PENYOKONG PAKATAN

Friday 23 January 2015

Semalam, bukan main galak lagi para penyokong Pakatan Rakyat menyebarluaskan posting seseorang yang mengaku anak Koperal Sirul Azhar, anggota polis yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan ke atas seorang warga Mongolia. Kononnya, 'anak lelaki' Sirul Azhar yang mengaku sedang berada di Australia itu tahu serba-serbi tentang fakta-fakta kes pembunuhan tersebut dan hanya menunggu masa untuk membongkarkannya bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Malah, ada juga yang kelihatan pro-UMNO tetapi amat kuat menentang dan menuduh Najib Abdul Razak terlibat atau mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut, mengeluarkan pelbagai teori termasuklah konspirasi dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan TANDATANYA (?). Posting dan akaun Facebook 'Shuk SZ' telah dijadikan sebagai hujah kukuh mereka untuk menyatakan Najib terkait dan bersalah sebagai perancang.


Namun akaun berkenaan cuma bertahan sehingga semalam. Hari akaun Facebook atas nama 'Shuk Sz' telah ditiadakan dan dilupuskan. Barangkali troll dan keinginan untuk 'bergurau' telah menyebabkan si pemilik akaun tersebut terdedah kepada masalah perundangan menyebabkan dia perlu mengambil tindakan yang lebih pantas dengan memadamkannya terus walaupun sebelum ini mendakwa berada di Australia!

Siasatan juga mendapati, anak Sirul berada di Perak, berusia 16 tahun, dijaga oleh neneknya dan tidak terlibat langsung dengan akaun Facebook tersebut. Sekaligus menunjukkan ada puak penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan fitnah ke atas anak Sirul Azhar untuk mencapai matlamat mereka memperlekehkan selain mewujudkan persepsi negatif ke atas Najib Abdul Razak.

Mungkin memikirkan sudah selamat, tetapi individu berkenaan dipercayai akan mengulangi semula kesalahannya menerusi Facebook menggunakan akaun-akaun yang lain.

2 comments:

  1. PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina Cina Ekstremis Komunis Kapir DAP/MCA/GERAKAN

    PEMIMPIN BANGSAT
    MELAYU MEREMPAT
    ISLAM TERJERAT

    ReplyDelete
  2. Sentiasa lah ingat bahawa Allah sentiasa melihat kite. Cukuplah jangan buat fitnah kalo nak selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete

'ANAK SIRUL AZHAR' DAH TUTUP AKAUN FACEBOOKNYA, KECEWALAH PENYOKONG PAKATAN

Friday 23 January 2015 ·

Semalam, bukan main galak lagi para penyokong Pakatan Rakyat menyebarluaskan posting seseorang yang mengaku anak Koperal Sirul Azhar, anggota polis yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana melakukan pembunuhan ke atas seorang warga Mongolia. Kononnya, 'anak lelaki' Sirul Azhar yang mengaku sedang berada di Australia itu tahu serba-serbi tentang fakta-fakta kes pembunuhan tersebut dan hanya menunggu masa untuk membongkarkannya bagi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.

Malah, ada juga yang kelihatan pro-UMNO tetapi amat kuat menentang dan menuduh Najib Abdul Razak terlibat atau mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut, mengeluarkan pelbagai teori termasuklah konspirasi dan sebagainya yang akhirnya disudahi dengan TANDATANYA (?). Posting dan akaun Facebook 'Shuk SZ' telah dijadikan sebagai hujah kukuh mereka untuk menyatakan Najib terkait dan bersalah sebagai perancang.


Namun akaun berkenaan cuma bertahan sehingga semalam. Hari akaun Facebook atas nama 'Shuk Sz' telah ditiadakan dan dilupuskan. Barangkali troll dan keinginan untuk 'bergurau' telah menyebabkan si pemilik akaun tersebut terdedah kepada masalah perundangan menyebabkan dia perlu mengambil tindakan yang lebih pantas dengan memadamkannya terus walaupun sebelum ini mendakwa berada di Australia!

Siasatan juga mendapati, anak Sirul berada di Perak, berusia 16 tahun, dijaga oleh neneknya dan tidak terlibat langsung dengan akaun Facebook tersebut. Sekaligus menunjukkan ada puak penyokong Pakatan Rakyat yang cuba mengambil kesempatan dengan melakukan fitnah ke atas anak Sirul Azhar untuk mencapai matlamat mereka memperlekehkan selain mewujudkan persepsi negatif ke atas Najib Abdul Razak.

Mungkin memikirkan sudah selamat, tetapi individu berkenaan dipercayai akan mengulangi semula kesalahannya menerusi Facebook menggunakan akaun-akaun yang lain.

2 comments:

Anonymous said...
23 January 2015 at 21:03  

PAS=UMNO=PKR=Penjilat Tegar Cina Cina Ekstremis Komunis Kapir DAP/MCA/GERAKAN

PEMIMPIN BANGSAT
MELAYU MEREMPAT
ISLAM TERJERAT

Anonymous said...
24 January 2015 at 08:39  

Sentiasa lah ingat bahawa Allah sentiasa melihat kite. Cukuplah jangan buat fitnah kalo nak selamat dunia akhirat.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks