PEMUDA UMNO SRI GADING KECAM CADANGAN KWSP DAN KATA JANGAN RAMPAS HAK PENCARUM!

Friday 17 April 2015

BATU PAHAT - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading hari ini mendesak agar kerajaan menghalang cadangan dan perbincangan terhadap kenaikan had umur pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada umur 60 tahun daripada 55 tahun.

Ketuanya Sdr Lassim Burhan berkata, KWSP sepatutnya menghormati dan lebih melihat kepada kebajikan pencarum-pencarumnya. Rata-rata pekerja syarikat swasta yang membuat caruman bersara pada umur 55 tahun oleh kerana tidak diteruskan kontrak atau perjawatan oleh majikan dan jikalau KWSP menahan simpanan mereka, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Selain daripada itu juga mengikut lazimnya ramai dikalangan mereka ini juga memerlukan perbelanjaan perubatan serta masih menguruskan perbelanjaan pengajian anak masing-masing.

Walaupun Kerajaan telah menaikkan had minima persaraan dari umur 55 tahun sebelum ini kepada umur 60 tahun melalui Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang telah diluluskan Parlimen dan diwartakan, masih lagi banyak majikan yang tidak mengikut had minima pesaraan tersebut.

KWSP tidak boleh menjadikan alasan hanya kerana skim ini untuk simpanan persaraan pekerja, maka mewajarkan pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kononnya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan dan tanggungan sara hidup apabila tidak bekerja.

KWSP juga perlu menjaga imejnya sebagai sebuah institusi keselamatan sosial unggul yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai dan juga diakui menyediakan sistem yang efisien serta mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Oleh itu KWSP tidak sepatutnya menjadikan alasan apabila kerajaan menaikkan had umur persaraan wajib kepada 60 tahun lantas memutuskan umur yang dibenar mengeluarkan wang KWSP juga mestilah 60 tahun dan ke atas itu sebagai penghalal cara menahan caruman pekerja.

Kita tidak mahu pencarum-pencarum ini rasa dizalimi seperti mana semua orang tahu wang simpanan itu hak pencarum. Oleh itu cadangan ini tidak releven dan hanya membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan menyebabkan kredibiliti KWSP tercemar sebagai badan yang cekap mengurus simpanan pekerja di negara ini.

Lassim Burhan 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.

1 comment:

  1. KWSP tidak perlu ubah polisi pengeluaran yang sedia ada. Walaupun umur pencen 60 tahun ia nya tidak ada sebarang impak kepada pencarum. Polisi dan guideline sekarang sekarang sudah cukup baik. Kalau nak ubah polisi pengeluaran, biar rakyat yang bangun dan meminta bukan KWSP. Pengleuaran pada umur 55 tahun dah cantik dah agar pencarum boleh guna wang tersebut untuk keperluan masing2, termasuk simpanan dan pelaburan. Kalau KWSP nak bantu pencarum, KWSP tambah nilai perkhidmatan dengan sediakan produk2 berciri pelaburan dan skim mirip pencen. Tapi biar lah ini sebagai produk pilihan kepada pencarum yang mahu menabung untuk masadepan mereka.

    ReplyDelete

PEMUDA UMNO SRI GADING KECAM CADANGAN KWSP DAN KATA JANGAN RAMPAS HAK PENCARUM!

Friday 17 April 2015 ·

BATU PAHAT - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading hari ini mendesak agar kerajaan menghalang cadangan dan perbincangan terhadap kenaikan had umur pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada umur 60 tahun daripada 55 tahun.

Ketuanya Sdr Lassim Burhan berkata, KWSP sepatutnya menghormati dan lebih melihat kepada kebajikan pencarum-pencarumnya. Rata-rata pekerja syarikat swasta yang membuat caruman bersara pada umur 55 tahun oleh kerana tidak diteruskan kontrak atau perjawatan oleh majikan dan jikalau KWSP menahan simpanan mereka, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan. Selain daripada itu juga mengikut lazimnya ramai dikalangan mereka ini juga memerlukan perbelanjaan perubatan serta masih menguruskan perbelanjaan pengajian anak masing-masing.

Walaupun Kerajaan telah menaikkan had minima persaraan dari umur 55 tahun sebelum ini kepada umur 60 tahun melalui Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang telah diluluskan Parlimen dan diwartakan, masih lagi banyak majikan yang tidak mengikut had minima pesaraan tersebut.

KWSP tidak boleh menjadikan alasan hanya kerana skim ini untuk simpanan persaraan pekerja, maka mewajarkan pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun kononnya untuk memastikan ahli mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan dan tanggungan sara hidup apabila tidak bekerja.

KWSP juga perlu menjaga imejnya sebagai sebuah institusi keselamatan sosial unggul yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai dan juga diakui menyediakan sistem yang efisien serta mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Oleh itu KWSP tidak sepatutnya menjadikan alasan apabila kerajaan menaikkan had umur persaraan wajib kepada 60 tahun lantas memutuskan umur yang dibenar mengeluarkan wang KWSP juga mestilah 60 tahun dan ke atas itu sebagai penghalal cara menahan caruman pekerja.

Kita tidak mahu pencarum-pencarum ini rasa dizalimi seperti mana semua orang tahu wang simpanan itu hak pencarum. Oleh itu cadangan ini tidak releven dan hanya membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan dan menyebabkan kredibiliti KWSP tercemar sebagai badan yang cekap mengurus simpanan pekerja di negara ini.

Lassim Burhan 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sri Gading.

1 comments:

Anonymous said...
18 April 2015 at 00:08  

KWSP tidak perlu ubah polisi pengeluaran yang sedia ada. Walaupun umur pencen 60 tahun ia nya tidak ada sebarang impak kepada pencarum. Polisi dan guideline sekarang sekarang sudah cukup baik. Kalau nak ubah polisi pengeluaran, biar rakyat yang bangun dan meminta bukan KWSP. Pengleuaran pada umur 55 tahun dah cantik dah agar pencarum boleh guna wang tersebut untuk keperluan masing2, termasuk simpanan dan pelaburan. Kalau KWSP nak bantu pencarum, KWSP tambah nilai perkhidmatan dengan sediakan produk2 berciri pelaburan dan skim mirip pencen. Tapi biar lah ini sebagai produk pilihan kepada pencarum yang mahu menabung untuk masadepan mereka.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks