RAFIZI RAMLI Wajar Dipenjarakan Kerana Tubuh Syarikat dan Kutip Derma Secara Haram!

Wednesday 27 May 2015


Selepas BAFIA, nampaknya Rafizi Ramli mencabar AMLA dan Akta yang berkaitan Bank Negara Malaysia. 

Kes BAFIAnya belum pun bermula, malah Rafizi Ramli enggan meneruskan perbicaraan dengan membuat pelbagai perangai termasuklah melambat-lambatkan proses perbicaraannya dengan cubaan untuk mengenepikan kes dan rayuan ke peringkat lebih tinggi untuk buang kes. 

Tetapi sekarang, Rafizi Ramli sendiri mengaku dia telah melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu MEMUNGUT WANG SECARA HARAM menerusi syarikat Sdn. Bhd. RM2. 

Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal.

Secara tidak langsung, Rafizi Ramli dan syarikat di mana dia adalah pengarah dan memegang kepentingan 50% itu telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram. 

Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan selama hampir 3 tahun, ia telah beroperasi mengutip derma tanpa sebarang tindakan, dan tidak pernah menyerahkan sebarang akaun yang siap diaudit kepada SSM.

Baca bagaimana angkuhnya Rafizi Ramli untuk mentertawakan undang-undang Malaysia:

"Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafii Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB,".

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif,

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

"Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya.
(SUMBER)


2 comments:

  1. Ini anak murid TABUNG MAMALI ler! Errk ! kuat bunyi SENDAWA YB kita ni! Tanda kenyang atau dah mula kebong perut? Kutip wang dari orang kena permit/kalau syarikat yg buat mesti "bidang perniagaan" syarikat tu. Ini bukan kutipan derma di masjid/kuil/tok kong/gereja/ ceramah PR. YB "RAKUSZI" kena jawab ler....,

    ReplyDelete
  2. Senyumlah - senyumlah, ahai YB MOLEK.....1 ringgit/2 ringgit/3 ringgit......Ribu-ribu ringit.....jangan mula main judi....nanti merana diri.....

    ReplyDelete

RAFIZI RAMLI Wajar Dipenjarakan Kerana Tubuh Syarikat dan Kutip Derma Secara Haram!

Wednesday 27 May 2015 ·


Selepas BAFIA, nampaknya Rafizi Ramli mencabar AMLA dan Akta yang berkaitan Bank Negara Malaysia. 

Kes BAFIAnya belum pun bermula, malah Rafizi Ramli enggan meneruskan perbicaraan dengan membuat pelbagai perangai termasuklah melambat-lambatkan proses perbicaraannya dengan cubaan untuk mengenepikan kes dan rayuan ke peringkat lebih tinggi untuk buang kes. 

Tetapi sekarang, Rafizi Ramli sendiri mengaku dia telah melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu MEMUNGUT WANG SECARA HARAM menerusi syarikat Sdn. Bhd. RM2. 

Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal.

Secara tidak langsung, Rafizi Ramli dan syarikat di mana dia adalah pengarah dan memegang kepentingan 50% itu telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram. 

Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan selama hampir 3 tahun, ia telah beroperasi mengutip derma tanpa sebarang tindakan, dan tidak pernah menyerahkan sebarang akaun yang siap diaudit kepada SSM.

Baca bagaimana angkuhnya Rafizi Ramli untuk mentertawakan undang-undang Malaysia:

"Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafii Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB,".

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif,

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

"Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya.
(SUMBER)


2 comments:

Anonymous said...
27 May 2015 at 22:09  

Ini anak murid TABUNG MAMALI ler! Errk ! kuat bunyi SENDAWA YB kita ni! Tanda kenyang atau dah mula kebong perut? Kutip wang dari orang kena permit/kalau syarikat yg buat mesti "bidang perniagaan" syarikat tu. Ini bukan kutipan derma di masjid/kuil/tok kong/gereja/ ceramah PR. YB "RAKUSZI" kena jawab ler....,

Anonymous said...
27 May 2015 at 22:14  

Senyumlah - senyumlah, ahai YB MOLEK.....1 ringgit/2 ringgit/3 ringgit......Ribu-ribu ringit.....jangan mula main judi....nanti merana diri.....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks