MALU KENA TIBAI, AKHIRNYA SYED SHADDIQ BAGI ALASAN, POLIS CAWANGAN KHAS SURUH TUTUP MULUT

Friday 4 March 2016


Pendebat yang menang tiga kali berturut-turut, Syed Saddiq berasakan kuasa debatnya boleh mengubah putaran dunia dan mencipta trend baru. Fikirnya, kuasa debat boleh menyebabkan orang akan terpengaruh dan kagum. Dan fikirnya, kuasa debat itu jugalah yang akan berjaya mengumpulkan rangkaian pengikut yang akan menjulang serta menghidupkan peluangnya dalam dunia politik walaupun hakikatnya, dia mempunyai tugas yang jauh lebih besar iaitu sebagai pelajar universiti!!!

Semalam, Syed Saddiq serta beberapa orang kawannya yang cuba mencari glamer dalam satu perkumpulan yang mereka namakan sebagai THE CHALLENGER bukan main ranggi lagi dengan pengumuman tentang penentangan mereka ke atas Najib Abdul Razak.

Hari ini, berita tentang The Challenger langsung tidak tercatat di mana-mana. Jadi, untuk menghidupkan peluang dan terus mendapatkan sokongan, perlu ada satu kaitan yang cukup kuat dan sensasi bagi menggesa simpati yang mencetuskan sokongan.

Alasan terbaik yang boleh digunakan adalah POLIS CAWANGAN KHAS!

CAWANGAN KHAS atau SB merupakan alasan yang paling standard digunakan oleh mana-mana entiti penentang. Kegagalan mereka, biasanya akan disandarkan kepada SB walaupun mereka sendiri tidak tahu apa itu CAWANGAN KHAS.

Menurut Syed Saddiq, kelantangannya menentang Najib Abdul Razak perlu dibayar dengan 'harga tinggi'. Dia telah didatangi pegawai-pegawai polis Cawangan Khas yang telah 'menasihatinya' kerana kenyataan-kenyataan kerasnya yang disiarkan oleh Challenger, kumpulan yang mengandungi 25 orang pemimpin belia dan aktivis di mana dia sendiri adalah jurucakap mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook, Challenger mengisytiharkan hilang keyakinan mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurutnya, sekitar jam 10:00 pagi Rabu, beberapa selepas kenyataannya dikeluarkan, dia telah menerima panggilan mengarahkannya untuk bertemu dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa. (UIAM).

Pertemuan tersebut berlangsung selama dua jam di mana dia diberitahu untuk bertemu untuk bertemu pegawai-pegawai Cawangan Khas keesokan harinya.

"Mereka menggelarkannya sebagai sesi kaunseling dan sekalipun mereka profesional dan tidak terlalu menekan, saya sedih kerana kerana saya telah dilabelkan sebagai 'ancaman nasional'."

Kekerapan penggunaan SB atau CAWANGAN KHAS sebagai alasan untuk menunjukkan betapa penting dan betapa berpengaruhnya kewujudan mana-mana entiti sudah sampai ke tahap tepu. Dan kalaupun ianya benar, tugas polis sememangnya menjaga keselamatan negara ini dan bagi mengelakkan huru-hara serta kerosakan yang lebih besar, bukannya berpihak kepada mereka yang berasakan perjuangan mereka adalah untuk rakyat, walaupun hakikatnya, rakyat yang dimaksudkan adalah taukeh-taukeh kaya yang hidup berkonglemerat dan boleh menaja majlis harijadi Dr. Mahathir berharga jutaan ringgit.

Sikit-sikit SB... sikit-sikit SB... macam dah tak ada alasan lain!




5 comments:

  1. Baru kena panggil sessi kaunseling dah terkencing dalam seluar! Kepetahan lidah patau untuk kebaikan bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Kalau rasa dipihak yang benar, lebih baik takutkan Allah dari takutkan SB. Jangan cari alasan kebudak-budakan hanya nak menutup kemaluan yang kamu sebenarnya lembu dicucuk hidung oleh mamak and geng

    ReplyDelete
  3. budak tin kosong...tunjuk lagak..

    ReplyDelete
  4. berani adam adli lagi, kah kah kah

    ReplyDelete
  5. KALU STAKAT KECEK LAGU TU TAK MANA NYER SB NAK AMIK KISAH.TAK USAH DOK KECEK BLAWOK LAA.

    ReplyDelete

MALU KENA TIBAI, AKHIRNYA SYED SHADDIQ BAGI ALASAN, POLIS CAWANGAN KHAS SURUH TUTUP MULUT

Friday 4 March 2016 ·


Pendebat yang menang tiga kali berturut-turut, Syed Saddiq berasakan kuasa debatnya boleh mengubah putaran dunia dan mencipta trend baru. Fikirnya, kuasa debat boleh menyebabkan orang akan terpengaruh dan kagum. Dan fikirnya, kuasa debat itu jugalah yang akan berjaya mengumpulkan rangkaian pengikut yang akan menjulang serta menghidupkan peluangnya dalam dunia politik walaupun hakikatnya, dia mempunyai tugas yang jauh lebih besar iaitu sebagai pelajar universiti!!!

Semalam, Syed Saddiq serta beberapa orang kawannya yang cuba mencari glamer dalam satu perkumpulan yang mereka namakan sebagai THE CHALLENGER bukan main ranggi lagi dengan pengumuman tentang penentangan mereka ke atas Najib Abdul Razak.

Hari ini, berita tentang The Challenger langsung tidak tercatat di mana-mana. Jadi, untuk menghidupkan peluang dan terus mendapatkan sokongan, perlu ada satu kaitan yang cukup kuat dan sensasi bagi menggesa simpati yang mencetuskan sokongan.

Alasan terbaik yang boleh digunakan adalah POLIS CAWANGAN KHAS!

CAWANGAN KHAS atau SB merupakan alasan yang paling standard digunakan oleh mana-mana entiti penentang. Kegagalan mereka, biasanya akan disandarkan kepada SB walaupun mereka sendiri tidak tahu apa itu CAWANGAN KHAS.

Menurut Syed Saddiq, kelantangannya menentang Najib Abdul Razak perlu dibayar dengan 'harga tinggi'. Dia telah didatangi pegawai-pegawai polis Cawangan Khas yang telah 'menasihatinya' kerana kenyataan-kenyataan kerasnya yang disiarkan oleh Challenger, kumpulan yang mengandungi 25 orang pemimpin belia dan aktivis di mana dia sendiri adalah jurucakap mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook, Challenger mengisytiharkan hilang keyakinan mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menurutnya, sekitar jam 10:00 pagi Rabu, beberapa selepas kenyataannya dikeluarkan, dia telah menerima panggilan mengarahkannya untuk bertemu dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa. (UIAM).

Pertemuan tersebut berlangsung selama dua jam di mana dia diberitahu untuk bertemu untuk bertemu pegawai-pegawai Cawangan Khas keesokan harinya.

"Mereka menggelarkannya sebagai sesi kaunseling dan sekalipun mereka profesional dan tidak terlalu menekan, saya sedih kerana kerana saya telah dilabelkan sebagai 'ancaman nasional'."

Kekerapan penggunaan SB atau CAWANGAN KHAS sebagai alasan untuk menunjukkan betapa penting dan betapa berpengaruhnya kewujudan mana-mana entiti sudah sampai ke tahap tepu. Dan kalaupun ianya benar, tugas polis sememangnya menjaga keselamatan negara ini dan bagi mengelakkan huru-hara serta kerosakan yang lebih besar, bukannya berpihak kepada mereka yang berasakan perjuangan mereka adalah untuk rakyat, walaupun hakikatnya, rakyat yang dimaksudkan adalah taukeh-taukeh kaya yang hidup berkonglemerat dan boleh menaja majlis harijadi Dr. Mahathir berharga jutaan ringgit.

Sikit-sikit SB... sikit-sikit SB... macam dah tak ada alasan lain!




5 comments:

Anonymous said...
4 March 2016 at 16:18  

Baru kena panggil sessi kaunseling dah terkencing dalam seluar! Kepetahan lidah patau untuk kebaikan bukan sebaliknya.

Anonymous said...
4 March 2016 at 18:06  

Kalau rasa dipihak yang benar, lebih baik takutkan Allah dari takutkan SB. Jangan cari alasan kebudak-budakan hanya nak menutup kemaluan yang kamu sebenarnya lembu dicucuk hidung oleh mamak and geng

Anonymous said...
4 March 2016 at 18:47  

budak tin kosong...tunjuk lagak..

Anonymous said...
4 March 2016 at 18:52  

berani adam adli lagi, kah kah kah

Anonymous said...
4 March 2016 at 20:14  

KALU STAKAT KECEK LAGU TU TAK MANA NYER SB NAK AMIK KISAH.TAK USAH DOK KECEK BLAWOK LAA.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks