Mampukah Penafian Zuraidah Kamaruddin Yang Adam Rosly Adalah Pegawai Khasnya, Akan Menyelamatkannya Sekali Lagi?

Thursday 20 April 2017

Esok, Ketua AMK Ampang, Adam Rosly akan dikenakan 13 pertuduhan oleh SPRM. Rumahnya ala-Disneyland di Ampang juga telah disita malam tadi. Sebelum ini, beberapa hari lepas, SPRM turut memburu aset-aset dan wang tunai Adam lain yang mungkin telah disembunyikan.

Antara tuduhan yang bakal dikenakan kepada Adam Rosly ialah mengikut Seksyen 32 (8) (c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen pasu ketika proses siasatan SPRM.

Zuraidah Kamaruddin dalam satu kenyataan menafikan Adam Rosly adalah Pegawai Khasnya.

Sementara itu, BNBBC.my melaporkan Zuraida kini sedang berusaha keras untuk memadamkan rekod-rekod lama perkaitannya dengan Adam selepas Ketua AMK Ampang itu ditahan SPRM.

“Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.

“Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.

“Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.

“Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.

“Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan,”lapor portal itu.

Pada tahun 2012, sebuah portal berita mendedahkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Zuraidah Kamaruddin yang menurut portal berita tersebut, Zuraidah yang sebelum menjadi Ahli Parlimen Ampang hanya memiliki sebuah Myvi, tiba-tiba mempunyai pelbagai jenis kereta mewah. (RUJUK SINI)

Penangkapan dan pendakwaan ke atas Adam Rosly, sebenarnya memberi kesan yang cukup mendalam kepada Zuraidah Kamaruddin yang tidak dapat menjawab tentang pemilikan kenderaan-kenderaan mewahnya dahulu.

Jamal Mohd Yunos beberapa hari lepas telah pun membuat laporan kepada SPRM dengan mengepilkan bersama-sama dokumen yang menyokong laporannya terhadap salahguna serta penyelewengan yang melibatkan Zuraidah Kamaruddin dan syarikat adik-beradiknya.

0 comments:

Post a Comment

Mampukah Penafian Zuraidah Kamaruddin Yang Adam Rosly Adalah Pegawai Khasnya, Akan Menyelamatkannya Sekali Lagi?

Thursday 20 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks