GAMBAR MUHYIDDIN DALAM BARISAN BERSAMA GUAN ENG, ADA SERIBU MAKNA!

Monday 7 March 2016



Ketika ini, gambar Muhyiddin Yassin berjalan bersama-sama barisan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sedang viral dan diperkatakan di Facebook dan Instagram. Sekaligus menimbulkan lagi spekulasi tentang pengubahan peranan Muhyiddin daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Ahli Parlimen yang akan duduk di bangku Pembangkang atau BEBAS menyertai Khalid Ibrahim.

Desakan agar Muhyiddin dilempar keluar dari UMNO semakin kuat terutama daripada akar umbi UMNO yang tidak dapat menerima hakikat, Timbalan Presiden UMNO sendiri bergabung dengan barisan pembangkang untuk menggulingkan Presiden parti.

Walaupun sudah beberapa kali Muhyiddin menyatakan bahawa Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir, tidak bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya satu desakan agar Najib melepaskan jawatan, hakikatnya proses demokrasi di negara ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dideklarasikan.

Ini adalah kerana Najib dipersetujui oleh keseluruhan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Barisan Nasional sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dan Najib juga mendapat mandat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, sekaligus menjadikan Deklarasi Anti-Najib adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Majlis Tertinggi UMNO sudah pasti akan berkumpul dan bermesyuarat lagi sekali untuk membuat keputusan membabitkan Mahyuddin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal.

Apakah gambar yang sedang viral sekarang merupakan satu persediaan kepada Mahyuddin yang akan berpaling daripada totok UMNO seperti yang diakuinya kepada sesuatu yang menguntungkan DAP-PKR.


4 comments:

  1. Maknanya BN akan berkubur!!!

    Credit to PM USD1 BIllion!!!

    ReplyDelete
  2. Tak kisahlah nak jalan dengan sesiapa pun asal kebatilan dapat diperbetulkan. Cai apa kira. Batil pun batil lah asal dapat dedak peduli apa dengan orang lain

    ReplyDelete
  3. Belum tentu berkubur. Sebaliknya UMNO dan BN bertambah kuat. Rakyat menyampah melihat TUN Mahadhir bersekongkul dengan DAP. DAP pula bersekongkul dengan Israel.
    Sokong DAP bermakna sokong Israel. Fikir dangan logik dan fakta bukan auta.

    ReplyDelete
  4. DSMY tak punyai aura sebagaimana DS Anwar. Kerosakan pasti akan berlaku tetapi tidak seteruk 1998. Namun itulah ujian buat UMNO untuk terus kekal berkuasa.

    ReplyDelete

GAMBAR MUHYIDDIN DALAM BARISAN BERSAMA GUAN ENG, ADA SERIBU MAKNA!

Monday 7 March 2016 ·



Ketika ini, gambar Muhyiddin Yassin berjalan bersama-sama barisan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sedang viral dan diperkatakan di Facebook dan Instagram. Sekaligus menimbulkan lagi spekulasi tentang pengubahan peranan Muhyiddin daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Ahli Parlimen yang akan duduk di bangku Pembangkang atau BEBAS menyertai Khalid Ibrahim.

Desakan agar Muhyiddin dilempar keluar dari UMNO semakin kuat terutama daripada akar umbi UMNO yang tidak dapat menerima hakikat, Timbalan Presiden UMNO sendiri bergabung dengan barisan pembangkang untuk menggulingkan Presiden parti.

Walaupun sudah beberapa kali Muhyiddin menyatakan bahawa Deklarasi yang diketuai oleh Mahathir, tidak bertujuan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional sebaliknya satu desakan agar Najib melepaskan jawatan, hakikatnya proses demokrasi di negara ini tidak akan berlaku sebagaimana yang dideklarasikan.

Ini adalah kerana Najib dipersetujui oleh keseluruhan Barisan Nasional untuk menjadi Pengerusi Barisan Nasional sekaligus Perdana Menteri Malaysia. Dan Najib juga mendapat mandat sokongan daripada Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara, sekaligus menjadikan Deklarasi Anti-Najib adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Majlis Tertinggi UMNO sudah pasti akan berkumpul dan bermesyuarat lagi sekali untuk membuat keputusan membabitkan Mahyuddin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal.

Apakah gambar yang sedang viral sekarang merupakan satu persediaan kepada Mahyuddin yang akan berpaling daripada totok UMNO seperti yang diakuinya kepada sesuatu yang menguntungkan DAP-PKR.


4 comments:

Anonymous said...
7 March 2016 at 14:33  

Maknanya BN akan berkubur!!!

Credit to PM USD1 BIllion!!!

Anonymous said...
7 March 2016 at 14:53  

Tak kisahlah nak jalan dengan sesiapa pun asal kebatilan dapat diperbetulkan. Cai apa kira. Batil pun batil lah asal dapat dedak peduli apa dengan orang lain

Anonymous said...
7 March 2016 at 15:33  

Belum tentu berkubur. Sebaliknya UMNO dan BN bertambah kuat. Rakyat menyampah melihat TUN Mahadhir bersekongkul dengan DAP. DAP pula bersekongkul dengan Israel.
Sokong DAP bermakna sokong Israel. Fikir dangan logik dan fakta bukan auta.

Anonymous said...
8 March 2016 at 14:41  

DSMY tak punyai aura sebagaimana DS Anwar. Kerosakan pasti akan berlaku tetapi tidak seteruk 1998. Namun itulah ujian buat UMNO untuk terus kekal berkuasa.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks