BEKAS PEMBANTU Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Ke Atas NURUL IZZAH!

Saturday 21 November 2015

Bekas pembantu peguam peribadi Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay telah membuat laporan polis ke atas Nurul Izzah kerana pertemuannya dengan anak perempuan bekas individu yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang telah mengarahkan serangan ke atas Sabah.

Yuktes membuat laporan di balai polis Kelang pada Jumaaat dan berkata, perkara tersebut perlu disiasat bagi memastikan insiden berdarah di Lahad Datu tidak berulang.

Gambar-gambar Nurul Izzah bersama-sama Jacel Kiram memegang plakad bertulis 'RELEASE ANWAR IMMEDIATELY' yang dimuatnaik oleh Jacel Kiram di laman Facebook peribadinya telah menjadi viral, menyebabkan banyak pihak khususnya rakyat Sabah yang tidak berpuas hati dan mengutuk Nurul Izzah.

Terdapat juga desakan agar Nurul Izzah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Sabah lagi. Malah ada juga desakan agar kerajaan khususnya KDN mengambil tindakan POTA atau SOSMA ke atas Nurul Izzah kerana bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh rakyat negara ini.

Pada Mac 2013, Kiram telah mengarahkan lebih kurang 200 orang lanunnya yang lengkap bersenjata menyusup dan melakukan pembunuhan di Sabah. Jacel Kiram menjadi jurucakap kumpulan tersebut dan cuba menipu dunia kononnya, lanun-lanunnya berjaya menguasai Sabah dan membunuh ramai anggota keselamatan Malaysia, walaupun hakikatnya, lebih separuh daripada lanun-lanunnya berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.

"Walaupun bapanya adalah dalang pencerobohan Lahad Datu, tidak dapat dinafikan bahawa Jacel mempunyai niat buruk kerana dia mahukan Sabah berpisah dari Malaysia dan menganggap negara kita sebagai pencuri. Tidak itu sahaja, 'Menuntut Sabah' adalah salah satu daripada janji-janji yang telah ditulis dalam manifesto pilihanraya untuk memenangi jawatan Senator di Filipina," kata Yuktes dalam laporan polisnya.

Gambar-gambar tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Malaysia apabila mereka mempersoalkan motif Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bertemu dengan Jacel pada 9 November di Filipina.

Dalam salah satu gambar, Nurul dilihat sedang makan malam bersama-sama Jacel dan seorang lelaki yang tidak dikenali, manakala dalam dua gambar yang lain, Nurul bergambar bersama-sama Jacel sambil memegang poster, 'Release Anwar Immediately'.

Nurul Izzah mempertahankan pertemuannya dengan Jacel Kiram dan berkata, pertemuan tersebut telah diatur oleh pihak berkuasa Filipina. Naib Presiden PKR itu juga berkata, dia ke Filipina bersama-sama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi PKR untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik utama di negara tersebut.

Menurut Nurul Izzah lagi, kesemua orang yang ditemuinya di majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin sah dan pemimpin bagi masyarakat sivil.

Antara mereka termasuklah Gabenor Batangas dan Ahli Kongres Hermilando Mandanas, Anggota Kongress Regina Reyes dan Slvestre Bello, Dekan Undang-Undang Amading Valdez, bekas Anggota Kabinet Romy Nery, bekas Setiausaha Rendah Perundangan Wencie Andanar dan kakitangan Naib Presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

Menurutnya lagi, senarai tersebut telah diputuskan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Demokrasi Asian, pejabat Datuk Bandar Kota Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

2 comments:

  1. SUDAHLAH MALAYSIA KINI MANA ADA BETUL!!
    SEJAK DR MAHATHIR STEP DOWN, MEMANG MALAYSIA SEPERTI KAPAL BOCOR YANG HANYA TUNGGU MASA UNTUK TENGGELAM. KALAU TIDAK KERANA DOA SEGELINTIR MEREKA YANG MASIH BERIMAN,

    ReplyDelete
  2. izzah ni tdk kenal perangai orang sulu , dia ingat orang sulu tu macam perangai mak dia kot ..

    kalau tak kenal perangai , tak kenal hati budi orang sulu baik jangan sesekali berkawan dengan mereka, jangan letak kepercayaan samasekali, jangan berikan harapan kepada mereka , kerana bangsa ini ingat ..bangsa ini akan tagih segala yg kita pernah cakap, mereka akan tagih dan minta apa yg pernah kita katakan samada kita serius atau sekadar main-main ,
    ini bangsa pendendam sampai kiamat , tak dapat kita , mak atau ayah kita dia hentam , tak dapat juga anak kita dia baham, asal sahaja ada kaitan dengan kita dia akan belasah ,

    izzah bermain dengan ular sawa atau ular sawa sedang mempermainkan izzah , ular sawa akan berubah jadi naga jika kehendak dia tak tertunai ..

    ReplyDelete

BEKAS PEMBANTU Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Ke Atas NURUL IZZAH!

Saturday 21 November 2015 ·

Anonymous said...
21 November 2015 at 16:08  

SUDAHLAH MALAYSIA KINI MANA ADA BETUL!!
SEJAK DR MAHATHIR STEP DOWN, MEMANG MALAYSIA SEPERTI KAPAL BOCOR YANG HANYA TUNGGU MASA UNTUK TENGGELAM. KALAU TIDAK KERANA DOA SEGELINTIR MEREKA YANG MASIH BERIMAN,

Anonymous said...
21 November 2015 at 16:15  

izzah ni tdk kenal perangai orang sulu , dia ingat orang sulu tu macam perangai mak dia kot ..

kalau tak kenal perangai , tak kenal hati budi orang sulu baik jangan sesekali berkawan dengan mereka, jangan letak kepercayaan samasekali, jangan berikan harapan kepada mereka , kerana bangsa ini ingat ..bangsa ini akan tagih segala yg kita pernah cakap, mereka akan tagih dan minta apa yg pernah kita katakan samada kita serius atau sekadar main-main ,
ini bangsa pendendam sampai kiamat , tak dapat kita , mak atau ayah kita dia hentam , tak dapat juga anak kita dia baham, asal sahaja ada kaitan dengan kita dia akan belasah ,

izzah bermain dengan ular sawa atau ular sawa sedang mempermainkan izzah , ular sawa akan berubah jadi naga jika kehendak dia tak tertunai ..

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks