TUNJUK PERASAAN ANTI NURUL IZZAH-TIAN CHUA DI SABAH... Penunjuk Perasaan Ikrar Akan Halang Nurul dan Tian Chua Daripada Jejak Kaki ke Sabah!

Wednesday 25 November 2015

Dengan lebih 200 laporan polis dibuat ke atas Nurul Izzah, sebahagian rakyat Sabah yang marah dengan dolak dalik Nurul Izzah serta Tian Chua, meluahkan kemarahan mereka menerusi demonstrasi aman pagi tadi.

Bertempat di pekarangan pagar pintu masuk DUN Likas, Kota Kinabalu, lebih 100 orang penunjuk perasaan berkumpul untuk meluahkan perasaan marah mereka kepada Nurul Izzah dan Tian Chua.

Antara yang turut hadir adalah Mohd Dzuliqyan yang merupakan Ketua NGO Pro-Barisan Nasional Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah, Elvin Ligaspi yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah dan Erwahandy Rani yang merupakan AJK NGO Pro BN Sabah.

Dalam sidang media selepas demonstrasi tersebut, dinyatakan bahawa seluruh rakyat Sabah termasuk Sarawak, amat terkesan dengan pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram, ketua lanun Sulu Mindanao yang telah menyerang Lahad Datu pada tahun 2013.

Walaupun serangan yang dibuat oleh lebih 200 orang lanun Kiram itu berjaya ditangkis, ancaman keselamatan rakyat Sabah daripada pihak musuh masih berterusan sehingga kini terutama membabitkan jenayah penculikan dan pembunuhan.

Saki baki lanun Sulu Mindanao yang melakukan serangan ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu, masih dalam proses perbicaraan di Sabah pada ketika ini. Sedangkan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah serta beberapa orang pemimpin Pakatan untuk menghalalkan pertemuan dengan Jacel Kiram adalah, Nurul Izzah tidak mengenali siapa Jacel Kiram.

Para penunjuk perasaan itu juga mendesak Nurul Izzah menerangkan bagaimana dia boleh mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram sambil memegang poster bertulis, "Bebaskan Anwar" sepertimana gambar yang dimuatnaik ke laman sosial oleh Jacel Kiram.

Mereka turut mendesak PDRM menyiasat kaitan poster 'Bebaskan Anwar' dengan Jacel Kiram selain Tian Chua yang turut ke Filipina bertemu dengan anak perempuan Jacel Kiram yang menjadikan tuntutan ke atas Sabah sebagai manifesto pilihanrayanya.

Selain itu, mereka turut menyatakan akan menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Sabah agar Nurul Izzah dan Tian Chua tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki ke Sabah. Bahkan mereka berikrar akan menghalang serta menghalau Nurul Izzah dan Tian Chua sekiranya kedua-duanya tidak dihalang oleh Kerajaan Negeri daripada memasuki Sabah.

"Kami meminta pihak polis mewujudkan pasukan khas menyiasat apa sebenarnya motif di sebalik pertemuan ini. Kami juga meminta seluruh rakyat Sabah membuka mata dan bertanya siapa di kalangan pemimpin-pemimpin PKR itu yang sanggup bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram yang telah mencemarkan kedaulatan Negara," kata ANDIE ZULKARNIN BAHARUDDIN bin MAHDAR yang mengetuai perhimpunan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

TUNJUK PERASAAN ANTI NURUL IZZAH-TIAN CHUA DI SABAH... Penunjuk Perasaan Ikrar Akan Halang Nurul dan Tian Chua Daripada Jejak Kaki ke Sabah!

Wednesday 25 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks