NGA KOR MING Sepatutnya Lebih BERTELUR Dengan Pertikaikan Peruntukan Untuk Umat Islam Malaysia Berbanding Pertikaikan Peruntukan Kepada JAKIM

Monday 30 November 2015

Perlembagaan Malaysia terutama dalam Artikel 3 menyatakan bahawa Agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Dan sebagai agama rasmi persekutuan, bermakna Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk pengurusan dan pentadbiran halehwal Islam dan umatnya di negara ini.

Umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkan bantuan dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, baik kepada sekolah-sekolah vernakular yang seharusnya dijalankan di bawah penyeliaan dan pengurusan pentadbir mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan, mahupun kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam yang tidak ada langsung peruntukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP seringkali mendabik dada, kononnya mereka tidak RASIS dan mereka juga amat kuat menyokong dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, setiap peruntukan Perlembagaan yang ada peruntukan untuk Islam, Melayu dan Bumiputera, bahkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mereka akan jungkirkan tanpa sedikit pun tindakan dikenakan ke atas mereka, walhal menentang dan mempersoalkan Perlembagaan merupakan pengisytiharan perang ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong!

Dalam hal JAKIM sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal umat Islam dan pentadbiran Islam di Malaysia, nampaknya telah menjadi bahan terbaik untuk DAP, khususnya Nga Kor Ming menzahirkan kebencian dan penentangannya.

Orang ini jugalah yang telah mempersoalkan peruntukan untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ketika DAP menjadi Kerajaan Negeri Perak berproksikan Nizar Jamaluddin. Orang ini jugalah yang mempersoalkan peruntukan untuk masjid-masjid dan surau-surau, lantas mahu mewujudkan peruntukan yang sama untuk rumah-rumah ibadat dan institusi-institusi bukan Islam lain. Malah orang inilah juga yang mempersoalkan peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan yang tidak sekata dengan peruntukan untuk sekolah-sekolah vernakular, khususnya SJKC. Dia bagaimanapun, bertaichi dan berselindung dengan pelbagai alasan walaupun maksud kenyataannya dirujuk sebagai mempersoalkan kewujudan masjid berbanding TOKONG BESAR (RUJUK SINI)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak terbabit bagaimana peruntukan JAKIM telah digunakan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan dana lebih RM1 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan umat Islam dan memerangi mereka yang menafikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi "radikal" dan "pelampau".

Beliau memberi contoh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sebahagian daripada ideologi radikal.

"Selain menguruskan elaun guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain) yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, jumlah peruntukan Jakim dilihat relevan malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.

"Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini yang mana dapat membuka mata kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan Jakim pada tahun hadapan bagi menampung keperluan yang semakin kritikal khususnya dalam menangani golongan yang cuba menafikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini. (SUMBER)

0 comments:

Post a Comment

NGA KOR MING Sepatutnya Lebih BERTELUR Dengan Pertikaikan Peruntukan Untuk Umat Islam Malaysia Berbanding Pertikaikan Peruntukan Kepada JAKIM

Monday 30 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks