Para Menteri Kabinet Berhenti Mengarut! Tak Dapat Pengajaran Lagi Daripada Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Thursday 19 November 2015

Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, keadaan di dalam negara tidak menjadi lebih baik sebagaimana yang diteorikan oleh para penentang ISA. Bahkan DAP dan PKR selain kumpulan-kumpulan kecil seperti SSKM dan S4S mengambil kesempatan untuk melakukan pelbagai kerja subversif selepas akta berkenaan dihapuskan.

Hubungan antara kaum juga menjadi tegang. Begitu juga dengan kerja-kerja sabotaj ekonomi sepertimana yang dilakukan oleh gerombolan DAP dan PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan Tony Pua, seolah-olah gagal ditangani oleh Kerajaan.

Begitu juga dengan pembocoran maklumat di luar negara seperti yang dilakukan oleh Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang serta Lim Guan Eng, malah dalam isu terbaru, Nurul Izzah yang menzahirkan hubungan secara langsung dengan Jacel Kiram yang merupakan jurucakap lanun-lanun Sulu, juga nampaknya tidak mampu ditangani walaupun pada masa yang sama, SOSMA dikatakan lebih baik berbanding ISA.

Akta Keselamatan Dalam Negeri yang amat ditentang oleh PKR dan DAP, telah banyak berjasa kepada negara ini, terutama pada zaman darurat sehinggalah kepada zaman selepas Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 selepas puak-puak chauvinist yang diketuai oleh DAP di bawah kepimpinan Lim Kit Siang mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan.

Terlalu banyak toleransi sepertimana yang diamalkan oleh kerajaan negara ini, tidak mendatangkan kebaikan, apatah lagi dari sehari ke sehari, kita dapat melihat bagaimana sekelompok masyarakat khususnya Melayu-Bumiputera terpaksa berkorban apa-apa sahaja, termasuklah perkampungan dan kawasan tempat tinggal mereka untuk memberi laluan kepada pembangunan, manakala sekelompok yang lain, yang tidak pernah bersusah payah dan hanya mengambil nama selepas sesuatu kawasan itu maju, dengan megah bercakap tentang hak sama rata tetapi enggan berkongsi, bahkan sanggup melakukan pelbagai kerja-kerja sabotaj sepertimana yang mereka lakukan ke atas NFCorps, termasuklah yang terbaru YAPEIM apabila pasaran emas dan pajak gadai konvensional yang mereka kuasai seratus peratus kini disaingi oleh YAPEIM.

Cadangan menghapuskan HUKUMAN MATI MANDATORI sekali lagi mengundang pertanyaan, terdesak benarkah Kerajaan Malaysia untuk mendapat pengiktirafan daripada Negara-Negara Barat, khususnya Amerika Syarikat sedangkan Amerika Syarikat sendiri menguatkuasakan hukuman mati di kebanyakan negeri-negerinya.

Walaupun belum dikuatkuasakan, dengan alasan yang diberikan iaitu untuk mengelakkan hakim-hakim mahkamah daripada berada dalam keadaan serba-salah, seharusnya Menteri terbabit turut memikirkan keadilan yang perlu diberikan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Apatah lagi dengan kedudukan geopolitik dan geografi Malaysia yang sangat strategik untuk dijadikan sebagai HUB HARAM, penghapusan hukuman mati di negara ini pasti akan menjadikan Malaysia tidak ubah sebagai sebuah negara koboi yang sesiapa pun bebas melakukan jenayah-jenayah berat termasuklah mengukuhkan jaringan pengedaran dan penjualan dadah di rantau Asia Pasifik selain pemerdagangan manusia dan jenayah-jenayah lain.

Tolonglah wahai pak-pak menteri!

Berhentilah daripada mengeluarkan pelbagai kenyataan yang akhirnya realitinya ditanggung oleh rakyat marhein. Tolonglah jangan akur sangat dengan tekanan kelompok minoriti khususnya barisan peguam yang sudah tentu mahu menjadikan sektor undang-undang sebagai sesuatu yang amat menguntungkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Para Menteri Kabinet Berhenti Mengarut! Tak Dapat Pengajaran Lagi Daripada Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri?

Thursday 19 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks