TAK MALU LAGIKAH PAS BILA DIHINA SEPERTI ANJING KURAP OLEH LIM GUAN ENG DI PULAU PINANG?

Wednesday 18 November 2015

Berapa banyak lagi penghinaan yang perlu diterima oleh PAS? Dimanakah maruah diri anda? Perlukah anda terus sujud kepada mereka? Bak kata pepatah Melayu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Namun itu lah realiti orang Melayu di Pulau Pinang, bila mereka tidak diperlukan lagi maka tempat mereka adalah “tong sampah”.

Akhirnya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang baru-baru ini melepaskan jawatan mereka sebenarnya dipecat.

Sebelum ini PAS Kepala Batas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan JKKK dalam kawasan Parlimen itu berkuat kuasa serta-merta. Yang DiPertuanya, Bukhori Ghazali berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa sebab, antaranya PAS bukan lagi dalam kepimpinan kerajaan Pulau Pinang selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi DAP, mereka dilihat seolah-olah mahu menjatuhkan maruah PAS sehabis-habisnya apabila tampil membuat kenyataan yang kumpulan JKKK PAS ini sebenarnya dipecat dan bukannnya meletakkan jawatan. Mereka langsung enggan “bagi muka” kepada PAS yang pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini.

Mungkin DAP telah lupa bahawasanya pada pilihanraya umum tahun 2013, calon-calon DAP telah pergi ke pusat penamaan calon dengan dua surat watikah – satu ditandatangani oleh DAP dan satu lagi ditandatangani oleh PAS. Mereka tidak pasti sama ada surat watikah DAP sah memandangkan ianya telah ditandatangani oleh Ketua Setiausaha yang tidak dilantik secara sah.

Untuk makluman, pada Disember 2012, pilihanraya parti DAP telah diisytiharkan tidak sah kerana kehadiran beratus-ratus perwakilan pengundi haram dan pada April 2013, sebulan sebelum pilihanraya umum, DAP telah diberitahu untuk memperbetulkan masalah ini dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pilihanraya parti sekali lagi, dan pastikan kali ini ianya dibuat dengan betul.

Namun Jasa PAS ini tidak membawa sebarang makna kepada DAP. “Hati Kering” DAP langsung tidak memberi sebarang ruang simpati kepada PAS. Dalam hal ini PAS sepatutnya dapat menilai hati budi DAP yang sebenarnya.

Berbalik kepada JKKK PAS di Pulau Pinang, menurut kerajaan DAP Pulau Pinang, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing. Hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur. Jawatan mereka akan digantikan dengan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH).

Kami berpendapat, ianya memang merupakan langkah yang baik apabila mereka tidak lagi berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan samada mereka meletakkan jawatan ataupun dipecat. Namun rakyat masih lagi menilai PAS sebagi pihak yang tamakkan kuasa apabila enggan melepaskan kedudukan mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Adakah mereka menunggu untuk dipecat sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang? Adakah masih belum cukup PAS dimalukan oleh DAP sebelum ini? Berundurlah sementara masih lagi ada sedikit maruah yang boleh dibawa bersama anda.

0 comments:

Post a Comment

TAK MALU LAGIKAH PAS BILA DIHINA SEPERTI ANJING KURAP OLEH LIM GUAN ENG DI PULAU PINANG?

Wednesday 18 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks