Ramai Pesakit Jiwa Percaya CHARLES MORAIS Lari Kelam-Kabut Ke Luar Negara Kerana Takut Dibunuh Berbanding Malu Selepas Terkantoi!

Sunday 29 November 2015



Kumpulan yang pro dengan teori 'NAJIB BUNUH ORANG' sekarang ini dengan bebasnya memberikan alasan mengapa Charles Morais melarikan diri setelah membuat sidang akhbar dan melakukan pelbagai tuduhan keji.

Mereka tidak mampu menghadam cerita tentang Charles Morais yang mengalami masalah kewangan yang teruk dan sakit hati dengan saudara-saudara lelakinya yang lain apabila namanya tidak tersenarai langsung sebagai penerima wasiat mendiang abangnya, Kevin Morais.

Malah mereka juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa Charles Morais melarikan diri setelah saudara-saudaranya sendiri mendedahkan bahawa dia telah terputus hubungan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutama mendiang Kevin Morais selama bertahun-tahun selain pendedahan tentang isu bangkrapnya di Amerika Syarikat dan buruan pihak berkuasa pemungut cukai di negara tersebut ke atasnya.


Sebaliknya mereka memberi alasan dan hujah yang paling mudah iaitu Charles Morais melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh dan disimen di dalam tong berisi simen konkrit.

Manakala sebahagian pula, hanya kerana Richard Morais menerangkan maksudnya membuka 'pekung' keluarga sendiri sebagai mempertahankan Perdana Menteri dan Kerajaan daripada tuduhan liar saudara lelakinya yang telah muflis di Amerika Syarikat, telah menjadikan alasan tersebut untuk mereka menyimpulkan bahawa Charles telah melaksanakan kebenaran.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila ada pula yang mahu Charles menghantar butiran yang ada padanya kepada Sarawak Report untuk diterbitkan dan disiarkan, walaupun sebenarnya Sarawak Report sendiri telah terbukti melakukan fitnah dengan menyiarkan kertas pendakwaan ke atas Najib Abdul Razak yang kononnya telah disediakan oleh mendiang Kevin sedangkan siasatan belum pun dijalankan lagi pada waktu itu.


Dalam temubualnya, Richard Morais berkata, dia mencabar kesahihan Akuan Bersumpah Charles malah menegaskan bahawa Charles telah berbohong sewaktu membuat Akuan Bersumpah.

Charles dalam Akuan Bersumpahnya berkata, Kevin telah mengaku yang dia terlibat dalam kes membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor. Malah Kevin telah menyerahkan fail-fail di dalam pena pemacu kepadanya yang menurut Charles, disimpan dengan selamat di Amerika Syarikat.

Kevin juga didakwa telah membuat draf kertas pendakwaan ke atas Najib dalam siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB yang kemudian didakwa telah dihantar kepada Sarawak Report. Pihak berkuasa kemudiannya menyatakan kertas pendakwaan tersebut adalah palsu memandangkan Kevin tidak terlibat langsung dalam siasatan berkenaan, malah mana mungkin kertas siasatan disiapkan sebelum sebarang siasatan dijalankan dan dilengkapkan.


1 comment:

  1. Jangan buat cerita gila. Ada bukti boleh percaya. Pakai cakap ajer itu kalau percaya gila. Tapi pelik, ada bukti, mahkamah dah jatuhkan hukukam - hukuman jenayah kepada penjenayah, tapi ada pihak tak percaya pulak. Yang kerajaan pun tak tahu kernapa - layanan banduan penjenayah. Ape dia besar sangat ke. Kalau semua penjenayah demand macam penjenayah liwat ni aku tak tau lah mana warden penjkara nak kerja. Pergi mampus dengan penjenayah liwat.

    ReplyDelete

Ramai Pesakit Jiwa Percaya CHARLES MORAIS Lari Kelam-Kabut Ke Luar Negara Kerana Takut Dibunuh Berbanding Malu Selepas Terkantoi!

Sunday 29 November 2015 ·



Kumpulan yang pro dengan teori 'NAJIB BUNUH ORANG' sekarang ini dengan bebasnya memberikan alasan mengapa Charles Morais melarikan diri setelah membuat sidang akhbar dan melakukan pelbagai tuduhan keji.

Mereka tidak mampu menghadam cerita tentang Charles Morais yang mengalami masalah kewangan yang teruk dan sakit hati dengan saudara-saudara lelakinya yang lain apabila namanya tidak tersenarai langsung sebagai penerima wasiat mendiang abangnya, Kevin Morais.

Malah mereka juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa Charles Morais melarikan diri setelah saudara-saudaranya sendiri mendedahkan bahawa dia telah terputus hubungan dengan saudara-saudaranya yang lain, terutama mendiang Kevin Morais selama bertahun-tahun selain pendedahan tentang isu bangkrapnya di Amerika Syarikat dan buruan pihak berkuasa pemungut cukai di negara tersebut ke atasnya.


Sebaliknya mereka memberi alasan dan hujah yang paling mudah iaitu Charles Morais melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh dan disimen di dalam tong berisi simen konkrit.

Manakala sebahagian pula, hanya kerana Richard Morais menerangkan maksudnya membuka 'pekung' keluarga sendiri sebagai mempertahankan Perdana Menteri dan Kerajaan daripada tuduhan liar saudara lelakinya yang telah muflis di Amerika Syarikat, telah menjadikan alasan tersebut untuk mereka menyimpulkan bahawa Charles telah melaksanakan kebenaran.

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila ada pula yang mahu Charles menghantar butiran yang ada padanya kepada Sarawak Report untuk diterbitkan dan disiarkan, walaupun sebenarnya Sarawak Report sendiri telah terbukti melakukan fitnah dengan menyiarkan kertas pendakwaan ke atas Najib Abdul Razak yang kononnya telah disediakan oleh mendiang Kevin sedangkan siasatan belum pun dijalankan lagi pada waktu itu.


Dalam temubualnya, Richard Morais berkata, dia mencabar kesahihan Akuan Bersumpah Charles malah menegaskan bahawa Charles telah berbohong sewaktu membuat Akuan Bersumpah.

Charles dalam Akuan Bersumpahnya berkata, Kevin telah mengaku yang dia terlibat dalam kes membabitkan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor. Malah Kevin telah menyerahkan fail-fail di dalam pena pemacu kepadanya yang menurut Charles, disimpan dengan selamat di Amerika Syarikat.

Kevin juga didakwa telah membuat draf kertas pendakwaan ke atas Najib dalam siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB yang kemudian didakwa telah dihantar kepada Sarawak Report. Pihak berkuasa kemudiannya menyatakan kertas pendakwaan tersebut adalah palsu memandangkan Kevin tidak terlibat langsung dalam siasatan berkenaan, malah mana mungkin kertas siasatan disiapkan sebelum sebarang siasatan dijalankan dan dilengkapkan.


1 comments:

iskandar said...
30 November 2015 at 00:08  

Jangan buat cerita gila. Ada bukti boleh percaya. Pakai cakap ajer itu kalau percaya gila. Tapi pelik, ada bukti, mahkamah dah jatuhkan hukukam - hukuman jenayah kepada penjenayah, tapi ada pihak tak percaya pulak. Yang kerajaan pun tak tahu kernapa - layanan banduan penjenayah. Ape dia besar sangat ke. Kalau semua penjenayah demand macam penjenayah liwat ni aku tak tau lah mana warden penjkara nak kerja. Pergi mampus dengan penjenayah liwat.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks