Kata Rafizi Ramli lagi, dia hanya mendengar 'khabar-khabar' tersebut menerusi Astro Awani yang katanya telah disensasikan. Rafizi menolak khabar-khabar tersebut dan menyatakan ia hanyalah dari sumber-sumber tidak dikenali, bukannya dari sumber rasmi parti. (BACA DI SINI)
Menurutnya lagi, PKR tidak akan campur tangan dalam urusan AMK dan hanya akan memberikan komen tentang perkara tersebut selepas laporan rasmi daripada AMK diperolehi.
Sebelum ini dilaporkan bahawa AMK Kedah telah menghantar usul meminta agar Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK selepas kegagalannya mengotakan manifestonya dalam kempen parti sehingga membawa kepada kemenangannya.
AMK Kedah juga mendakwa kepimpinan Nik Nazmi sangat lemah walaupun pada tahun lepas, dia berjaya memperolehi jawatan Ketua AMK dengan mengalahkan Amiruddin Saari.
Sumber dalaman PKR menyebut, usul tersebut telah direstui oleh Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR. Kedudukan Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung PKR kini sangat terancam ekoran kemasukan Kamaruddin Jaafar dari PAS ke PKR beberapa bulan lepas.
Kamaruddin Jaafar adalah rakan sekongkol Anwar Ibrahim yang paling akrab semenjak Anwar belum menyertai UMNO, menyertai UMNO dan kemudian dilantik sebagai anggota kabinet, bahkan sangat akrab ketika Anwar Ibrahim bergelar Timbalan Perdana Menteri. Kamaruddin keluar dari UMNO sewaktu kemuncak permasalahan Anwar Ibrahim sehingga pemecatannya dengan menyertai PAS dan tidak lama selepas itu menjadi Setiausaha Agung PAS.
Peranannya sebagai Setiausaha Agung PAS telah menjadikan PAS lebih kuat dan memperolehi lebih banyak sokongan muda berbanding sebelumnya.
Kamaruddin Jaafar di dalam PKR selain Saifuddin Abdullah yang juga merupakan pengikut tegar Anwar Ibrahim yang lebih berpengalaman berbanding Rafizi Ramli, amat mengancam kedudukan Setiausaha Agung PKR itu. Justeru, Rafizi perlu mengukuhkan kedudukannya dengan memastikan kroni-kroninya memegang jawatan dan kedudukan penting di dalam parti bagi mengelakkan dia bukan sahaja kehilangan jawatan, bahkan kehilangan nama di dalam PKR.
Rafizi Ramli merupakan orang utama yang menggerakkan LANGKAH KAJANG yang terkangkang dalam usaha menjadikan Anwar Ibrahim dan selepas itu, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, sebelum berjaya 'dipintas' oleh Azmin Ali. LANGKAH KAJANG bagaimanapun, berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim bahkan menyingkirkan Khalid Ibrahim dari parti yang ditubuhkan untuk membela Anwar Ibrahim itu.
0 comments:
Post a Comment