Curi Elektrik Lagi... SESB Keningau BUTA KAYU, TIDAK PEKA dan Kurang Meronda

Tuesday 17 November 2015

Masalah curi elektrik bukannya perkara baru di Sabah. Bekalan tenaga elektrik terletak di bawah kuasa SESB. Begitu juga dengan penguatkuasaannya.

Bagaimanapun, pelbagai cerita tentang kes-kes melibatkan kecurian elektrik, tersangat jarang diambil berat oleh SESB walaupun perbuatan tersebut dilakukan secara terang-terangan. Walaupun wayar-wayar sambungan boleh dilihat dengan mata kasar, namun petugas-petugas SESB hanya mengambil tindakan apabila laporan dibuat atau diterima.

Malah sesetengah kes pula, kes-kes kecurian elektrik tersebut dipandang sebelah mata sehinggalah kebakaran besar akibat litar pintas berlaku, akan muncullah alasan bahawa kebakaran tersebut dicetuskan oleh litar pintas daripada perbuatan mencuri elektrik.

Sebelum ini kes kecurian elektrik telah didedahkan di sebuah kawasan setinggan di Sandakan oleh blog ini. Tindakan telah diambil oleh pihak suruhanjaya.

Satu lagi kes kecurian elektrik berjaya dikesan di kawasan Keningau pula. Kali ini melibatkan setinggan Taman Kota Keningau.

Difahamkan, setiap rumah yang menerima bekalan api curi itu akan membuat bayaran sebanyak RM30 sebulan kepada pencuri elektrik.

Kecurian tersebut telah berlangsung begitu lama, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh SESB walaupun setiap bulan, petugas-petugas SESB membaca meter untuk penghantaran bil elektrik.

Diharapkan Suruhanjaya Tenaga dan Sabah Electric (SESB) mengambil tindakan sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment

Curi Elektrik Lagi... SESB Keningau BUTA KAYU, TIDAK PEKA dan Kurang Meronda

Tuesday 17 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks