Tiada mana-mana Setiausaha Agung parti-parti politik di Malaysia yang menjadi Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Besar di mana-mana negeri sesuka hatinya seperti Lim Guan Eng. Hanya Lim Guan Eng seorang sahaja dan dia pula terus mendabik dada kononnya dia adalah seorang pengamal politik jujur yang tidak mencari kemewahan.
Hari ini, Shamser Singh Thind, perwakilan DAP dari Chai Peng Park, berterus-terang bahawa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya dikhususnya kepada Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow, bukannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di Pulau Pinang.
"Lebih baik seseorang yang berasal dari Pulau Pinang, memimpin rakyat Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang memutuskan siapakah antara mereka yang lebih layak," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan di dewan Hotel Equatorial semasa sesi perdebatan dalam Konvensen DAP Negeri Pulau Pinang hari ini. (RUJUK SINI)
"Sebagai contoh, majoriti telah memilih Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) di Selangor tetapi Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) yang mendapat tempat kelapan pula dipilih sebagai Pengerusi. Perkara yang sama juga berlaku di Perak."
Sekiranya hari ini, Teh berjaya memperolehi Top 5 atau Top 3 dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, ia merupakan satu tamparan besar ke muka Lim Guan Eng. Pada pemilihan lalu, Teh hanya memperolehi kedudukan ke-6. Bagaimanapun, di kalangan akar umbi, Teh amat terkenal sebagai pejuang alam sekitar dan kuat menyokongnya dalam kempen anti penggondolan puncak bukit melibatkan Bukit Relau atau nama barunya, Bukit Botak.
Akar umbi juga nampaknya sudah tidak menyembunyikan lagi kebencian mereka Lim Guan Eng yang disifatkan sebagai pemimpin angkuh dan sentiasa menyalahkan pihak lain apabila dia terkantoi. Yang terbaru ialah apabila melabelkan lima orang ADUN PKR sebagai rakan sekongkol UMNO, sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PKR Pulau Pinang sendiri.
Baru-baru ini, ADUN BN Pulau Betong, Muhammaf Faris Saad mengusulkan agar projek penambakan laut perlu diperdebatkan. Speaker DUN kemudiannya menolak usul tersebut selepas 23 orang ADUN menentang, 10 bersetuju dan 5 berkecuali.
Teh Yee Cheu (ADUN DAP Tanjung Bungah) meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Pulau Pinang berkuat kuasa Isnin selepas dia menyokong usul ADUN BN.
Keadaan tersebut ditempelak oleh Shamser yang mempersoalkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng kerana bersikap double-standard.
"Sekiranya tugas ADUN dari Pakatan Harapan untuk menolak semua usul Barisan Nasional, saya ingin bertanya, bagaimana tiada seorang pun Ahli Parlimen dari Pakatan yang menolak peningkatan elaun bulanan Ahli-Ahli Parlimen?"
0 comments:
Post a Comment