Ke Mana Hilangnya Peruntukan MARRIS RM31.2 juta Untuk Pembaikian dan Penyelenggaraan Perparitan serta Saliran di Selangor?

Wednesday 18 November 2015



Tuduhan bebal oleh ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail kononnya KTMB bertanggungjawab untuk banjir kilat di Shah Alam merupakan sesuatu yang amat melucukan. Lebih membebalkan lagi ialah, Exco tersebut sekali lagi mendedahkan bahawa peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian perparitan serta saliran di Selangor hilang sehinggakan Kerajaan Negeri Selangor perlu mengeluarkan peruntukan baru untuk tujuan yang sama. (RUJUK SINI)

Persoalannya sekarang ialah, ke mana hilang wang peruntukan MARRIS RM31.2 juta untuk PBT bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikian perparitan serta saliran di Selangor?


MARRIS merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk PBT di seluruh Malaysia bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikian. Peruntukan tersebut disalurkan kepada setiap Kerajaan Negeri yang mentadbir PBT.

Pada ketika mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar, Azmin Ali berlakon turun longkang dan sungai. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa pentadbiran sebelumnya tidak menjalankan kerja dan peruntukan daripada Kerajaan Pusat tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

Malangnya, lakonan kekal sebagai lakonan.

Selepas itu, perparitan dan saliran di Selangor langsung tidak dipedulikan lagi.

Banjir kilat di Shah Alam mendedahkan pekung dan kurap pada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan/Rakyat Selangor. Peruntukan demi peruntukan dikeluarkan tetapi akhirnya hilang begitu sahaja. Tiada sebarang penambahbaikan dibuat walaupun diumumkan bahawa peruntukan telah diluluskan.


Maka tidak hairanlah mengapa Rodziah Ismail cepat-cepat menyalahkan KTMB walaupun hakikatnya kerja-kerja penyelenggaraan di luar stesen KTMB yang dimaksudkan itu adalah bidang kuasa PBT.

Kenapa PBT tak buat kerja?

Peruntukan tiada.

Kenapa peruntukan tiada walhal Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan dan Kerajaan Pusat pula telah menyalurkan peruntukan MARRIS kepada Kerajaan Negeri?

Itu kena tanya Rodziah... adakah sebenarnya Rodziah cuba pula menyalahkan Azmin Ali?

Tepuk dada tanya kepala!


1 comment:

  1. PERUNTOKAN DAH MASOK LONGKANG DAN DIHANYUT OLIH AIR BANJIR..TU PUN TAK TAHU KER

    ReplyDelete

Ke Mana Hilangnya Peruntukan MARRIS RM31.2 juta Untuk Pembaikian dan Penyelenggaraan Perparitan serta Saliran di Selangor?

Wednesday 18 November 2015 ·



Tuduhan bebal oleh ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail kononnya KTMB bertanggungjawab untuk banjir kilat di Shah Alam merupakan sesuatu yang amat melucukan. Lebih membebalkan lagi ialah, Exco tersebut sekali lagi mendedahkan bahawa peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian perparitan serta saliran di Selangor hilang sehinggakan Kerajaan Negeri Selangor perlu mengeluarkan peruntukan baru untuk tujuan yang sama. (RUJUK SINI)

Persoalannya sekarang ialah, ke mana hilang wang peruntukan MARRIS RM31.2 juta untuk PBT bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikian perparitan serta saliran di Selangor?


MARRIS merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk PBT di seluruh Malaysia bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikian. Peruntukan tersebut disalurkan kepada setiap Kerajaan Negeri yang mentadbir PBT.

Pada ketika mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar, Azmin Ali berlakon turun longkang dan sungai. Tujuannya untuk menunjukkan bahawa pentadbiran sebelumnya tidak menjalankan kerja dan peruntukan daripada Kerajaan Pusat tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

Malangnya, lakonan kekal sebagai lakonan.

Selepas itu, perparitan dan saliran di Selangor langsung tidak dipedulikan lagi.

Banjir kilat di Shah Alam mendedahkan pekung dan kurap pada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan/Rakyat Selangor. Peruntukan demi peruntukan dikeluarkan tetapi akhirnya hilang begitu sahaja. Tiada sebarang penambahbaikan dibuat walaupun diumumkan bahawa peruntukan telah diluluskan.


Maka tidak hairanlah mengapa Rodziah Ismail cepat-cepat menyalahkan KTMB walaupun hakikatnya kerja-kerja penyelenggaraan di luar stesen KTMB yang dimaksudkan itu adalah bidang kuasa PBT.

Kenapa PBT tak buat kerja?

Peruntukan tiada.

Kenapa peruntukan tiada walhal Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan dan Kerajaan Pusat pula telah menyalurkan peruntukan MARRIS kepada Kerajaan Negeri?

Itu kena tanya Rodziah... adakah sebenarnya Rodziah cuba pula menyalahkan Azmin Ali?

Tepuk dada tanya kepala!


1 comments:

Anonymous said...
18 November 2015 at 16:00  

PERUNTOKAN DAH MASOK LONGKANG DAN DIHANYUT OLIH AIR BANJIR..TU PUN TAK TAHU KER

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks