ADNAN SATEM Zahirkan Perasaan Dukacita Berhubung Pembunuhan Bernard Then Berbanding LIM KIT SIANG Yang Menyalahkan Najib Abdul Razak

Wednesday 18 November 2015

Pembunuhan seorang tebusan oleh kumpulan Abu Sayyaf telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk menyerang Najib Abdul Razak.

Lim Kit Siang berkata, pembunuhan Bernard Then, 39, merupakan satu tamparan kepada Najib Abdul Razak yang tiba di ibu kota Filipina untuk persidangan APEC selama dua hari. Lim Kit Siang turut mengaitkan pembunuhan di Paris oleh IS dengan kegiatan lanun di wilayah Sulu yang menjadikan Sabah sebagai sasaran mudah mereka.

Ada niat tersembunyi di dalam kenyataan Lim Kit Siang yang cuba memberikan gambaran buruk kepada Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Pembunuhan beberapa orang bukan Islam oleh golongan yang mengaku pejuang Islam tetapi hakikatnya mereka adalah gerila tajaan Mossad dan CIA menerusi kewangan dan persenjataan, telah digunakan untuk memberikan gambaran buruk.

Sedangkan isu sebenar pembunuhan beberapa ratus orang dengan bandingannya pembunuhan jutaan umat Islam di beberapa buah negara yang dicampurtangan oleh Israel, Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Eropah terutama sekali Palestin dan Gaza, langsung tidak disebut.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak mengumumkan, keluarga Bernard Then telah dimaklumkan tentang pembunuhant ersebut. Malah menurut Ketua Menteri Sarawak turut mengumumkan, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Fatimah Abdullah akan menziarahi keluarga itu dalam tempoh terdekat.

Menurut Ketua Menteri, pembunuhan itu adalah satu tragedi. Ketua Menteri turut memberikan nasihat kepada rakyat Sarawak agar mengambil langkah berjaga-jaga ketika melawat beberapa kawasan di Sabah yang diancam bahaya lanun-lanun Sulu.

Straits Times Singapura dalam berita atas taliannya melaporkan, "Brigadier Jeneral Alan Arrojado, Komander Joint Task Group Sulu berkata, BernardThen telah dipancung sekitar jam 4:00 petang di sebuah kawasan pedalaman di kubu kuat Abu Sayyaf di Pulau Jolo di Wilayah Sulu yang terletak lebih kurang 1,400 kiometer ke selatan dari Bandaraya Manila.

Bernard Then telah diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei tahun lepas bersama-sama seorang lagi mangsa, Then Nyuk Fu, 50.

Then Nyuk Fu telah dibebaskan baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

ADNAN SATEM Zahirkan Perasaan Dukacita Berhubung Pembunuhan Bernard Then Berbanding LIM KIT SIANG Yang Menyalahkan Najib Abdul Razak

Wednesday 18 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks