HANYA MT UMNO YANG BOLEH TENTUKAN NASIB MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ, KATA HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN

Wednesday 16 March 2016


Hanya Majlis Tertinggi UMNO mempunyai kuasa memutuskan pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang digantung daripada jawatan dalam parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun pelbagai desakan diterimanya untuk memecat kedua-dua pemimpin parti yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' itu namun hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh membuat keputusan itu.

Saya juga menerima desakan dan juga permintaan bukan sahaja anggota-anggota Majlis Tertinggi tetapi anggota-anggota akar umbi dan saya telah katakan bahawa apa yang penting berhubung perkara itu adalah disiplin parti.

"Saya berpendapat ia akan menjadi isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan."Selagi Majlis Tertinggi sebut dan berbincang, perkara itu masih tidak diputuskan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

2 comments:

  1. menteri amaran telah berkata2...

    ReplyDelete
  2. Aku heran la..kuasa kat MT tapi presiden, timbalan dan naib di pilih melalui undi..termasuk MT. Tapi MT yg paling busuk mulut nazri aziz yg di lantik..

    Kalau Mt boleh suka2 pecat..makna baik aku jadi MT je..hahahaha

    ReplyDelete

HANYA MT UMNO YANG BOLEH TENTUKAN NASIB MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ, KATA HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN

Wednesday 16 March 2016 ·


Hanya Majlis Tertinggi UMNO mempunyai kuasa memutuskan pemecatan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang digantung daripada jawatan dalam parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun pelbagai desakan diterimanya untuk memecat kedua-dua pemimpin parti yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' itu namun hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh membuat keputusan itu.

Saya juga menerima desakan dan juga permintaan bukan sahaja anggota-anggota Majlis Tertinggi tetapi anggota-anggota akar umbi dan saya telah katakan bahawa apa yang penting berhubung perkara itu adalah disiplin parti.

"Saya berpendapat ia akan menjadi isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan."Selagi Majlis Tertinggi sebut dan berbincang, perkara itu masih tidak diputuskan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

2 comments:

Anonymous said...
17 March 2016 at 01:46  

menteri amaran telah berkata2...

Anonymous said...
17 March 2016 at 11:59  

Aku heran la..kuasa kat MT tapi presiden, timbalan dan naib di pilih melalui undi..termasuk MT. Tapi MT yg paling busuk mulut nazri aziz yg di lantik..

Kalau Mt boleh suka2 pecat..makna baik aku jadi MT je..hahahaha

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks