RAMAI TERKENA, Surat Pekeliling Setiausaha Agung PKR Adalah PALSU Dan Bertujuan Mengumpan!

Friday 17 October 2014


Dari pagi tadi lagi, sepucuk surat yang berkepalakan Ibu Pejabat PKR dan ditandatangani oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR yang mengeluarkan arahan agar setiap Cabang menghantar penyokong dengan lima buah bas sekurang-kurangnya ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober nanti, telah disiarkan secara meluas.

Ramai yang menyangkakan terutama sekali para penyokong UMNO yang mereka telah memperolehi senjata terbaik untuk menyerang dan memperlekehkan Rafizi Ramli.

Sebenarnya, surat tersebut sengaja dipalsukan, bagi tujuan untuk melakukan fitnah. Lihat pada bahagian tandatangan. Ia merupakan tempelan bukannya tandatangan terus kepada surat. Walaupun isi surat tersebut adalah benar, tetapi pada bahagian tandatangan, sengaja 'ditampalkan' bagi memudahkan Rafizi Ramli memberitahu, UMNO menfitnahnya dan PKR tidak perlu memaksa dan mewajibkan ahli-ahli serta penyokongnya mereka untuk datang sebaliknya mereka semua akan datang secara sukarela bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli telah mengambil pengajaran daripada Ringkasan Kajang Move yang didedahkan kepada pengetahuan umum. Walaupun ianya adalah salinan untuk dihebahkan tetapi sebenarnya itu adalah rancangan sebenar. Rafizi Ramli menyatakan salinan tersebut adalah palsu tetapi alasan yang diberikannya hanya ditertawakan kerana dia sendiri tidak dapat membezakan keperluan 'Private and Confidential' dengan 'For Eyes Only'. Pada masa yang sama, Rafizi Ramli bukan sahaja gagal mempamerkan dan menunjukkan buku rancangan Kajang Move sebenar dan kegagalannya membuat laporan polis memandangkan dia adalah orang yang sangat kuat buat laporan polis walau atas isu yang sangat remeh, menyebabkan kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, penafian Rafizi itu sendiri adalah satu penipuan.

Bertitik tolak daripada kesilapan itulah, Rafizi Ramli lebih berhati-hati apabila mengarahkan supaya pada bahagian tandatangan di dalam surat tersebut, diperlihatkan 'kesan tampalan' bagi membuktikan ia adalah palsu walaupun sebenarnya, pemalsu surat, tidak mungkin akan membuat kesilapan sebodoh yang disengajakan seperti itu.

Penggunaan perisian grafik seperti Photoshop membolehkan sesiapa pun membuang atau menghapuskan kesan-kesan tampalan tersebut selain menebalkan tandatangan untuk membuktikan ianya adalah tulen.

Sedangkan dalam surat berkenaan, ia jelas disengajakan kesan-kesan tampalan tersebut wujud dan memang menjadi bukti untuk mengumpan dan seterusnya dijadikan hujah bahawa UMNO adalah penipu!

1 comment:

  1. Tak kisah pun pasal surat ni palsu atau asli. Apa yang berlaku sudah berlaku dan sememangnya apa yang terjadi sama dengan kenyataan yang terjadi sewaktu krisis MB Selangor. So, apa yang nak kecoh-kecoh pasal surat palsu pulak. Tak kisah pun. Tapi puak lahanat ni memang tunjuk besar kepala dan apa yang terjadi sama seperti arahan dalam surat ni. Bapok ni nak cover up pun biarlah logik sikit.

    ReplyDelete

RAMAI TERKENA, Surat Pekeliling Setiausaha Agung PKR Adalah PALSU Dan Bertujuan Mengumpan!

Friday 17 October 2014 ·


Dari pagi tadi lagi, sepucuk surat yang berkepalakan Ibu Pejabat PKR dan ditandatangani oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR yang mengeluarkan arahan agar setiap Cabang menghantar penyokong dengan lima buah bas sekurang-kurangnya ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober nanti, telah disiarkan secara meluas.

Ramai yang menyangkakan terutama sekali para penyokong UMNO yang mereka telah memperolehi senjata terbaik untuk menyerang dan memperlekehkan Rafizi Ramli.

Sebenarnya, surat tersebut sengaja dipalsukan, bagi tujuan untuk melakukan fitnah. Lihat pada bahagian tandatangan. Ia merupakan tempelan bukannya tandatangan terus kepada surat. Walaupun isi surat tersebut adalah benar, tetapi pada bahagian tandatangan, sengaja 'ditampalkan' bagi memudahkan Rafizi Ramli memberitahu, UMNO menfitnahnya dan PKR tidak perlu memaksa dan mewajibkan ahli-ahli serta penyokongnya mereka untuk datang sebaliknya mereka semua akan datang secara sukarela bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar Ibrahim.

Rafizi Ramli telah mengambil pengajaran daripada Ringkasan Kajang Move yang didedahkan kepada pengetahuan umum. Walaupun ianya adalah salinan untuk dihebahkan tetapi sebenarnya itu adalah rancangan sebenar. Rafizi Ramli menyatakan salinan tersebut adalah palsu tetapi alasan yang diberikannya hanya ditertawakan kerana dia sendiri tidak dapat membezakan keperluan 'Private and Confidential' dengan 'For Eyes Only'. Pada masa yang sama, Rafizi Ramli bukan sahaja gagal mempamerkan dan menunjukkan buku rancangan Kajang Move sebenar dan kegagalannya membuat laporan polis memandangkan dia adalah orang yang sangat kuat buat laporan polis walau atas isu yang sangat remeh, menyebabkan kesimpulan mudah yang boleh dibuat ialah, penafian Rafizi itu sendiri adalah satu penipuan.

Bertitik tolak daripada kesilapan itulah, Rafizi Ramli lebih berhati-hati apabila mengarahkan supaya pada bahagian tandatangan di dalam surat tersebut, diperlihatkan 'kesan tampalan' bagi membuktikan ia adalah palsu walaupun sebenarnya, pemalsu surat, tidak mungkin akan membuat kesilapan sebodoh yang disengajakan seperti itu.

Penggunaan perisian grafik seperti Photoshop membolehkan sesiapa pun membuang atau menghapuskan kesan-kesan tampalan tersebut selain menebalkan tandatangan untuk membuktikan ianya adalah tulen.

Sedangkan dalam surat berkenaan, ia jelas disengajakan kesan-kesan tampalan tersebut wujud dan memang menjadi bukti untuk mengumpan dan seterusnya dijadikan hujah bahawa UMNO adalah penipu!

1 comments:

Anonymous said...
17 October 2014 at 16:25  

Tak kisah pun pasal surat ni palsu atau asli. Apa yang berlaku sudah berlaku dan sememangnya apa yang terjadi sama dengan kenyataan yang terjadi sewaktu krisis MB Selangor. So, apa yang nak kecoh-kecoh pasal surat palsu pulak. Tak kisah pun. Tapi puak lahanat ni memang tunjuk besar kepala dan apa yang terjadi sama seperti arahan dalam surat ni. Bapok ni nak cover up pun biarlah logik sikit.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks