Nilai Anggota Polis Hanyalah RM100.. Itu Keputusan Hakim Mahkamah!

Saturday 11 October 2014


Walaupun kesalahan ketiga-tiga lelaki India yang menaiki Mercedez Benz berwarna emas dan bernombor pendaftaran WVQ 69 boleh dikategorikan di bawah Kanun Keseksaan iaitu melawan dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, selain menghina dan melakukan ugutan dan kerosakan harta awam, barangkali kerana salah seorang daripada mereka adalah 'kawan' Anwar Ibrahim yang turut mengaku namanya adalah Dato' Vikneswaran, maka hakim memutuskan bahawa mereka hanya melakukan kesalahan ringan. (BACA DI SINI)

Ketiga-tiga mereka hanya perlu membayar denda sebanyak RM100!

Itulah nilai dan harga anggota-anggota polis di negara ini.

Pada 9 Oktober pula, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membela anak-anak penjenayah dan menyalahkan pihak polis kerana telah menembak mati bapa mereka. Salah seorang hakim, Abdul Hamid Sultan Abu Backer menyatakan polis telah melakukan kesalahan kerana telah membunuh Abdul Jaafar Abdul Mutalib dalam satu kejadian berbalas tembakan setelah tembakan dilepaskan terlebih dahulu dari kereta Proton Waja yang dinaiki oleh Abdul Jaafar Abdul Mutalib, seorang penarik kereta.

Hakim memutuskan bahawa polis perlu mendapatkan arahan daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan dan menuduh kejadian berbalas-balas tembakan itu adalah 'pertembungan palsu'. (BACA DI SINI)

Wajarkah sebenarnya polis bertungkus lumus mempertahankan keselamatan orang awam apabila pihak perundangan memutuskan hak penjenayah lebih diutamakan berbanding anggota polis?

Sepertimanayang dikatakan oleh hakim Mahkamah Rayuan itu, anggota-anggota polis dibayar gaji mereka dengan dana awam, barangkali elok juga jikalau anggota-anggota polis bertindak seperti hakim-hakim berkenaan iaitu menyebelahi dan mengasihi penjenayah-penjenayah berkenaan dengan alasan mengikut PERLEMBAGAAN.

4 comments:

  1. Sikap kurang ajar yang di galakkan. Nampak sangat Polis itu tiada nilai nya...

    Undang2 untuk siapa ?

    ReplyDelete
  2. anggota polis letaklah jawatan... kepada yang belum kerja jangan jadi polis..biarlah samseng-samseng aka penjenayah berleluasa.. kalau perlukan perlindungan pergi jer rumah hakim hakim yang amat arif lagi bijaksana itu.. BRAVO!!!

    p/s: oh ya ,, sila serahkan pistol anda semasa bertugas.. kalau bertembong penjenayah atau perompak, sila ke mahkamah untuk ambil surat kuasa menembak, barulah pi balai semula then amik pistol untuk menembak penjenayah... oh ya, sebelum pi mahkamah, habaq kat penjenayah tu.. hampa tunggu sat na, nak pi mahkamah amik pistol...

    ReplyDelete
  3. in Malaysia Penjenayah, Samseng rules........kesian polis........siang malam bersengkang mata, patut buat demo ramai ramai depan rumah hakim hakim yang arif lagi bijaksana ni.......kesian polis........gaji tak banyak mana, agaknya nak beli 4 biji tayar kereta samseng tu mu

    ReplyDelete
  4. harap pihak polis banyak2 lah bersabar...tak payah la nak bersabung nyawa lagi...agak2 lah bila bertugas tu...ingat keluarga sendiri dulu...sebagaimana hakim2 tu ingat pada nasib keluarga2 para2 penjenayah hg budiman tu...adios amigos gracias...kata zulkifli nordin...

    ReplyDelete

Nilai Anggota Polis Hanyalah RM100.. Itu Keputusan Hakim Mahkamah!

Saturday 11 October 2014 ·


Walaupun kesalahan ketiga-tiga lelaki India yang menaiki Mercedez Benz berwarna emas dan bernombor pendaftaran WVQ 69 boleh dikategorikan di bawah Kanun Keseksaan iaitu melawan dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, selain menghina dan melakukan ugutan dan kerosakan harta awam, barangkali kerana salah seorang daripada mereka adalah 'kawan' Anwar Ibrahim yang turut mengaku namanya adalah Dato' Vikneswaran, maka hakim memutuskan bahawa mereka hanya melakukan kesalahan ringan. (BACA DI SINI)

Ketiga-tiga mereka hanya perlu membayar denda sebanyak RM100!

Itulah nilai dan harga anggota-anggota polis di negara ini.

Pada 9 Oktober pula, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membela anak-anak penjenayah dan menyalahkan pihak polis kerana telah menembak mati bapa mereka. Salah seorang hakim, Abdul Hamid Sultan Abu Backer menyatakan polis telah melakukan kesalahan kerana telah membunuh Abdul Jaafar Abdul Mutalib dalam satu kejadian berbalas tembakan setelah tembakan dilepaskan terlebih dahulu dari kereta Proton Waja yang dinaiki oleh Abdul Jaafar Abdul Mutalib, seorang penarik kereta.

Hakim memutuskan bahawa polis perlu mendapatkan arahan daripada mahkamah terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan dan menuduh kejadian berbalas-balas tembakan itu adalah 'pertembungan palsu'. (BACA DI SINI)

Wajarkah sebenarnya polis bertungkus lumus mempertahankan keselamatan orang awam apabila pihak perundangan memutuskan hak penjenayah lebih diutamakan berbanding anggota polis?

Sepertimanayang dikatakan oleh hakim Mahkamah Rayuan itu, anggota-anggota polis dibayar gaji mereka dengan dana awam, barangkali elok juga jikalau anggota-anggota polis bertindak seperti hakim-hakim berkenaan iaitu menyebelahi dan mengasihi penjenayah-penjenayah berkenaan dengan alasan mengikut PERLEMBAGAAN.

4 comments:

maae said...
11 October 2014 at 14:46  

Sikap kurang ajar yang di galakkan. Nampak sangat Polis itu tiada nilai nya...

Undang2 untuk siapa ?

Anonymous said...
11 October 2014 at 15:33  

anggota polis letaklah jawatan... kepada yang belum kerja jangan jadi polis..biarlah samseng-samseng aka penjenayah berleluasa.. kalau perlukan perlindungan pergi jer rumah hakim hakim yang amat arif lagi bijaksana itu.. BRAVO!!!

p/s: oh ya ,, sila serahkan pistol anda semasa bertugas.. kalau bertembong penjenayah atau perompak, sila ke mahkamah untuk ambil surat kuasa menembak, barulah pi balai semula then amik pistol untuk menembak penjenayah... oh ya, sebelum pi mahkamah, habaq kat penjenayah tu.. hampa tunggu sat na, nak pi mahkamah amik pistol...

Anonymous said...
11 October 2014 at 16:19  

in Malaysia Penjenayah, Samseng rules........kesian polis........siang malam bersengkang mata, patut buat demo ramai ramai depan rumah hakim hakim yang arif lagi bijaksana ni.......kesian polis........gaji tak banyak mana, agaknya nak beli 4 biji tayar kereta samseng tu mu

gome said...
12 October 2014 at 01:12  

harap pihak polis banyak2 lah bersabar...tak payah la nak bersabung nyawa lagi...agak2 lah bila bertugas tu...ingat keluarga sendiri dulu...sebagaimana hakim2 tu ingat pada nasib keluarga2 para2 penjenayah hg budiman tu...adios amigos gracias...kata zulkifli nordin...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks