ADUN DAP Merangkap Setiausaha DAP Melaka Nak Saman Malu Sebab Dikatakan Terlibat Tipu Petani Dalam Jual Beli Tanah di Kelantan

Sunday 7 May 2017

Dituduh menipu seorang petani, ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, dia akan menfailkan saman fitnah untuk membersihkan namanya. 

Khoo mendakwa, petani tersebut telah membuat laporan polis palsu ke atasnya pada 14 Disember lalu. Dalam laporannya, petani tersebut berkata, dia telah ditipu dalam urusan membabitkan tanah seluas 202.3 hektar di Hutan Simpan Hulu Galas, Kuala Krai Kelantan yang bernilai RM976,300.

ADUN DAP itu marah kerana namanya telah disebut di dalam laporan polis berkenaan. Laporan polis itu juga katanya, telah mencemarkan reputasinya selaku ahli perniagaan dan ADUN.

Menurutnya, dia telah dituduh secara rambang tentang urusniaga tersebut di dalam laporan polis yang dibuat, sedangkan dia tidak terlibat langsung.

Khoo yang juga Setiausaha DAP Melaka menfailkan laporan balas terhadap petani yang tidak dinamakan di Banda Kaaba semalam. 

Pada 22 Mac lepas, Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu Adun DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012. (RUJUK SINI)

0 comments:

Post a Comment

ADUN DAP Merangkap Setiausaha DAP Melaka Nak Saman Malu Sebab Dikatakan Terlibat Tipu Petani Dalam Jual Beli Tanah di Kelantan

Sunday 7 May 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks