Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday 3 May 2017

Yayasan Al-Abrar yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Berselawat” pada 2013 menafikan dakwaan Rafizi Ramli mereka pernah menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah menyifatkan tuduhan naib presiden PKR itu fitnah besar dan beliau wajib bertaubat.

“Tidak ada, tidak ada terima duit dari Najib. Itu (tuduhannya) suatu pembohongan. Dia (Rafizi) sepatutnya kena siasat betul-betul mana-mana maklumat yang dia dapat.

“Kalau kata ada terima wang RM5 juta, mesti ada akaun transaksi semuanya. Dia boleh semak.

“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah fitnah. Dia menjawablah di depan Allah, saya malas hendak panjangkan isu,” katanya kepada FMT hari ini.

Tengah hari tadi, Rafizi dalam sebuah sidang media menamakan 3 pihak menerima wang berkaitan 1MDB daripada akaun peribadi Najib.

Selain Yayasan Al-Abrar, Rafizi turut menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin – penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri menerima RM2 juta dan tidak ketinggalan Najib sendiri.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 2 transaksi berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali, dengan menggunakan kad kredit di bawah akaun peribadi Najib.

Dalam pada itu, Mehdar berkata, beliau mendapat sokongan kewangan daripada beberapa rakan karibnya untuk menjayakan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” pada 7 Disember 2013.

“Duit itu hasil daripada sumbangan rakan-rakan saya seperti Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Itu juga wang yang saya kumpul. Kita kumpul dan tidak ambil 1 sen dari Najib.”

Ini adalah dakwaan ke-2 dibuat Rafizi, hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji akan meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa daripada dana 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata, wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk kempen pilihan raya umum tahun itu.

0 comments:

Post a Comment

Pengerusi Yayasan Al-Abrar Sifatkan Tuduhan Rafizi Ramli Sebagai Fitnah Besar dan Rafizi Wajib Bertaubat

Wednesday 3 May 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks