Insiden Di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Polis Johor Terima 3 Laporan Berkaitan Komen Biadap di Facebook

Sunday 7 May 2017

Polis Johor telah menerima tiga laporan polis berkaitan dengan kekecohan yang berlaku di luar pekarangan sebuah surau Jumaat di Taman Austin Perdana. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, laporan-laporan tersebut adalah berkaitan dengan komen-komen negatif membabitkan Netizen di media sosial, yang menyentuh isu-isu perkauman dan keagamaan. 

"Kami telah memanjangkan laporan-laporan berkenaan ke Bukit Aman bagi siasatan lanjut dan tindakan" katanya.

Wan Ahmad juga berkata, Unit Siasatan Khas Bukit Aman sedang memantau komen-komen negatif di media-media sosial berhubung insiden berkenaan. 

Klip video kekecohan tersebut telah dirakamkan dan kemudian ditularkan di media sosial seawal jam 2:45 petang di laman-laman Facebook berbahasa Cina. 

Kekecohan tersebut dipercayai bermula apabila seorang pemandu berbangsa Cina yang bekerja sebagai seorang jurutera dilihat sengaja mencetuskan provokasi dengan memasuki laluan yang digunakan untuk meletak kenderaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat di hadapan surau berkenaan. 

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuatnya, lelaki berkenaan mengatakan, keretanya telah dihalang dan dia telah menekan hon panjang agar pemandu di hadapannya mengalihkan kenderaan yang menghalang keretanya walaupun pada ketika itu, jemaah sedang bersolat. Di dalam laporannya juga, lelaki berkenaan mengatakan, secara tiba-tiba dia telah diserang dan merosakkan keretanya.

Dalam kes ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan berkata, polis boleh mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menghasut dan menyemarakkan api perkauman memandangkan ia boleh mencetuskan perasaan tidak harmoni di negara ini. 

Nur Jazlan turut memuji tindakan polis Johor menangani masalah berkenaan termasuklah penangkapan empat orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kekecohan tersebut. Keempat-empat suspek tersebut bagaimanapun, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu termasuklah ahli-ahli politik mengambil kesempatan daripada insiden ini dan meniupkan lagi kebencian antara kaum dan agama," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Insiden Di Taman Austin Perdana, Johor Bahru, Polis Johor Terima 3 Laporan Berkaitan Komen Biadap di Facebook

Sunday 7 May 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks