Apa Masalah MIC Kedah? Kerja Kurang, Duit Nak Lebih!

Sunday 3 August 2014

MIC Kedah di bawah Ganeson sememangnya sangat lemah. Ganeson yang sangat mementingkan diri sendiri, baru-baru ini dilaporkan mengkritik Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai khasnya, T.H. Subra kerana tidak berpuas hati apabila wang peruntukan untuk MIC dibahagi terus kepada Ketua-Ketua Bahagian dan bukan melaluinya.

Menariknya, Ketua-Ketua Bahagian MIC Kedah berpuas hati dan gembira dengan tindakan Menteri Besar Kedah memberi terus peruntukan kepada mereka, berbanding menyerahkan kepada Ganeson untuk dibahagi-bahagikan.

Ganeson sebelum ini tidak dapat menjawab ke mana perginya wang RM20,000 yang hilang setelah dia hanya menyerahkan RM5,000 untuk dibahagi-bahagikan antara Bahagian MIC di seluruh Kedah untuk kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan sempena Thaipusam lepas.

RM1 juta... itu jumlah yang dituntut oleh Ganeson. Dan keseluruhan wang tersebut diberikan kepadanya. Namun, Mukhriz yang mengetahui masalah sebenar MIC Kedah di bawah Ganeson hanya memperuntukkan RM200,000 dan sebanyak RM180,000 telah dibahagi-bahagikan kepada setiap Bahagian MIC di Kedah. Baki RM20,000 diserahkan kepada Ganeson.

Bagaimanapun, Ganeson menolak dan enggan menerima wang tersebut kerana egonya menyatakan, kuasanya selaku Pengerusi MIC Negeri telah dirampas dan dihina oleh Mukhriz Mahathir!

MIC Kedah merupakan komponen yang paling lemah. Walaupun pada PRU-13 lalu, masyarakat India banyak menyokong Barisan Nasional berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan sokongan masyarakat India kepada PKR meningkat mendadak, bagaimanapun, sokongan masyarakat India kepada BN bukanlah disebabkan MIC. Malahan majoriti masyarakat India menolak calon-calon MIC.

Antara yang menjadi punca kelemahan MIC adalah pemimpin-pemimpin seperti Ganeson yang masih lagi beranggapan dia sangat hebat walaupun sebenarnya, dia tidak mempunyai sokongan akar umbi. Malah di kalangan akar umbi MIC sendiri, kepimpinan Ganeson tidak diterima.

Mukhriz perlu lebih berhati-hati kerana Ganeson tidak mustahil akan berpaling kepada PKR atau DAP seandainya dia berterusan gagal dalam menuntut peruntukan untuk MIC dan masyarakat India disalurkan terus ke akaun peribadinya.

Ini adalah kerana, masalah seperti Ganeson itulah yang menyebabkan ramai masyarakat India membenci MIC kerana walaupun Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih RM22 juta setiap tahun untuk masyarakat India menerusi MIC, namun jumlah yang dibelanjakan untuk tujuan pembangunan masyarakat tersebut, sangat minima. Sedangkan pada masa yang sama, wang peruntukan hilang entah ke mana dan kebanyakan pemimpin atasan MIC tiba-tiba sahaja menjadi kaya-raya!

2 comments:

  1. Ganesan biawak ini mesti geram sbb tak dapat duit untuk di songlap. Apa masalahnya jik aperuntukan itu disalur terus atau dia mmg sudah ada niat jahat untuk mengambil wang tu untuk diri dia??
    celaka lu ganesan!! ego bodoh sombong. MB Kedah jgn layan biawak ni.

    Xmau RM20 ribu kasi org lain yg perlu!

    ReplyDelete
  2. ayoyo....ini biawak banyak tamak wo.... sendiri mau songlap ar....sebab orang serupa lu rakyat marah. sendiri mau kenyang. perangai serupa samy velo. haram jadah.
    ini macam punya orang tendang masuk longkang jer....

    ReplyDelete

Apa Masalah MIC Kedah? Kerja Kurang, Duit Nak Lebih!

Sunday 3 August 2014 ·

MIC Kedah di bawah Ganeson sememangnya sangat lemah. Ganeson yang sangat mementingkan diri sendiri, baru-baru ini dilaporkan mengkritik Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai khasnya, T.H. Subra kerana tidak berpuas hati apabila wang peruntukan untuk MIC dibahagi terus kepada Ketua-Ketua Bahagian dan bukan melaluinya.

Menariknya, Ketua-Ketua Bahagian MIC Kedah berpuas hati dan gembira dengan tindakan Menteri Besar Kedah memberi terus peruntukan kepada mereka, berbanding menyerahkan kepada Ganeson untuk dibahagi-bahagikan.

Ganeson sebelum ini tidak dapat menjawab ke mana perginya wang RM20,000 yang hilang setelah dia hanya menyerahkan RM5,000 untuk dibahagi-bahagikan antara Bahagian MIC di seluruh Kedah untuk kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan sempena Thaipusam lepas.

RM1 juta... itu jumlah yang dituntut oleh Ganeson. Dan keseluruhan wang tersebut diberikan kepadanya. Namun, Mukhriz yang mengetahui masalah sebenar MIC Kedah di bawah Ganeson hanya memperuntukkan RM200,000 dan sebanyak RM180,000 telah dibahagi-bahagikan kepada setiap Bahagian MIC di Kedah. Baki RM20,000 diserahkan kepada Ganeson.

Bagaimanapun, Ganeson menolak dan enggan menerima wang tersebut kerana egonya menyatakan, kuasanya selaku Pengerusi MIC Negeri telah dirampas dan dihina oleh Mukhriz Mahathir!

MIC Kedah merupakan komponen yang paling lemah. Walaupun pada PRU-13 lalu, masyarakat India banyak menyokong Barisan Nasional berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan sokongan masyarakat India kepada PKR meningkat mendadak, bagaimanapun, sokongan masyarakat India kepada BN bukanlah disebabkan MIC. Malahan majoriti masyarakat India menolak calon-calon MIC.

Antara yang menjadi punca kelemahan MIC adalah pemimpin-pemimpin seperti Ganeson yang masih lagi beranggapan dia sangat hebat walaupun sebenarnya, dia tidak mempunyai sokongan akar umbi. Malah di kalangan akar umbi MIC sendiri, kepimpinan Ganeson tidak diterima.

Mukhriz perlu lebih berhati-hati kerana Ganeson tidak mustahil akan berpaling kepada PKR atau DAP seandainya dia berterusan gagal dalam menuntut peruntukan untuk MIC dan masyarakat India disalurkan terus ke akaun peribadinya.

Ini adalah kerana, masalah seperti Ganeson itulah yang menyebabkan ramai masyarakat India membenci MIC kerana walaupun Kerajaan Pusat telah memperuntukkan lebih RM22 juta setiap tahun untuk masyarakat India menerusi MIC, namun jumlah yang dibelanjakan untuk tujuan pembangunan masyarakat tersebut, sangat minima. Sedangkan pada masa yang sama, wang peruntukan hilang entah ke mana dan kebanyakan pemimpin atasan MIC tiba-tiba sahaja menjadi kaya-raya!

2 comments:

Anonymous said...
3 August 2014 at 16:24  

Ganesan biawak ini mesti geram sbb tak dapat duit untuk di songlap. Apa masalahnya jik aperuntukan itu disalur terus atau dia mmg sudah ada niat jahat untuk mengambil wang tu untuk diri dia??
celaka lu ganesan!! ego bodoh sombong. MB Kedah jgn layan biawak ni.

Xmau RM20 ribu kasi org lain yg perlu!

Anonymous said...
3 August 2014 at 19:43  

ayoyo....ini biawak banyak tamak wo.... sendiri mau songlap ar....sebab orang serupa lu rakyat marah. sendiri mau kenyang. perangai serupa samy velo. haram jadah.
ini macam punya orang tendang masuk longkang jer....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks