POLIS Sahut Cabaran Guan Eng, 154 Anggota PPS Ditahan dan Ditangkap Hari Ini

Sunday, 31 August 2014



Selama dua hari berturut-turut, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan ke atas Pasukan Peronda Sukarela yang merupakan kumpulan samseng dan separuh militia yang diwujudkan oleh DAP Pulau Pinang untuk menjaga Lim Guan Eng selain melakukan kerja-kerja DAP.

Hari ini, polis mula bertindak. 154 orang anggota PPS yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57 Pulau Pinang, telah ditahan pada jam lebih kurang 10:00 pagi tadi di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama.


131 lelaki Cina, 7 wanita Cina, 10 lelaki Melayu dan 6 lelaki India yang memakai seragam ungu PPS telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara telah memberi amaran, PDRM akan menangkap anggota-anggota PPS sekiranya mereka menyertai sebarang aktiviti melibatkan PPS. Amaran Ketua Polis Negara itu bagaimanapun membuatkan Lim Guan Eng berang dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikrar akan menggunakan sepenuh kekuatan guaman serta wang Kerajaan Negeri untuk membela 10,000 orang anggota PPS. Malah Lim Guan Eng juga berikrar akan menentang polis dengan kuasa yang ada padanya.


Antara pemimpin DAP yang turut datang ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk mencabar pihak polis adalah:

(1) Phee Boon Poh
(2) RSN Rayer
(3) Wong Hon Wai
(4) Sim Tze Tzin
(5) Cheah Kah Peng
(6) Lee Khai Loon.



Semalam, Lim Guan Eng cuba menimbulkan kegemparan dengan lakonan tahap rendah menerusi peristiwa bom api di halaman rumah yang menurutnya, merupakan satu ancaman dan ugutan. Bagaimanapun, tempat jatuhan bom api (molotov cocktail) itu agak menarik perhatian kerana ia menyimpang jauh berbanding mengenai kereta mewah Lim Guan Eng.

2 comments:

  1. molotov cocktail tu semua lakunan smata-mata..Taktik murahan kepimpinan Dapig. .dulu masa si karpal Singh celaka Derhake pada sultan perak..ugutan peluru telah di hantar kerumahnya ...celaka dan haramjadah Lim Guan Eng. .

    ReplyDelete
  2. Kenapa polis tak tangkap LGE sekali?Dah terang-terang dia menghasut untuk menentang pihak berkuasa dan YDPA?

    ReplyDelete

POLIS Sahut Cabaran Guan Eng, 154 Anggota PPS Ditahan dan Ditangkap Hari Ini

Sunday, 31 August 2014 ·



Selama dua hari berturut-turut, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan ke atas Pasukan Peronda Sukarela yang merupakan kumpulan samseng dan separuh militia yang diwujudkan oleh DAP Pulau Pinang untuk menjaga Lim Guan Eng selain melakukan kerja-kerja DAP.

Hari ini, polis mula bertindak. 154 orang anggota PPS yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-57 Pulau Pinang, telah ditahan pada jam lebih kurang 10:00 pagi tadi di hadapan DUN Pulau Pinang setelah mereka selesai berarak melepasi pentas utama.


131 lelaki Cina, 7 wanita Cina, 10 lelaki Melayu dan 6 lelaki India yang memakai seragam ungu PPS telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara telah memberi amaran, PDRM akan menangkap anggota-anggota PPS sekiranya mereka menyertai sebarang aktiviti melibatkan PPS. Amaran Ketua Polis Negara itu bagaimanapun membuatkan Lim Guan Eng berang dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikrar akan menggunakan sepenuh kekuatan guaman serta wang Kerajaan Negeri untuk membela 10,000 orang anggota PPS. Malah Lim Guan Eng juga berikrar akan menentang polis dengan kuasa yang ada padanya.


Antara pemimpin DAP yang turut datang ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk mencabar pihak polis adalah:

(1) Phee Boon Poh
(2) RSN Rayer
(3) Wong Hon Wai
(4) Sim Tze Tzin
(5) Cheah Kah Peng
(6) Lee Khai Loon.



Semalam, Lim Guan Eng cuba menimbulkan kegemparan dengan lakonan tahap rendah menerusi peristiwa bom api di halaman rumah yang menurutnya, merupakan satu ancaman dan ugutan. Bagaimanapun, tempat jatuhan bom api (molotov cocktail) itu agak menarik perhatian kerana ia menyimpang jauh berbanding mengenai kereta mewah Lim Guan Eng.

2 comments:

Anonymous said...
31 August 2014 at 12:29  

molotov cocktail tu semua lakunan smata-mata..Taktik murahan kepimpinan Dapig. .dulu masa si karpal Singh celaka Derhake pada sultan perak..ugutan peluru telah di hantar kerumahnya ...celaka dan haramjadah Lim Guan Eng. .

Anonymous said...
31 August 2014 at 13:53  

Kenapa polis tak tangkap LGE sekali?Dah terang-terang dia menghasut untuk menentang pihak berkuasa dan YDPA?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks