CUBAAN Kali Kedua DAP Buat Demonstrasi Desak Khalid Ibrahim, TETAP JUGA GAGAL!!!

Saturday 16 August 2014

Pagi tadi, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Riben Hitam telah membuat satu demonstrasi bermula dari jam 11:15 pagi sehingga 12:20 tengah hari di hadapan Pusat Khidmat ADUN Cempaka, beralamat di No.03-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Ampang untuk mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kumpulan Riben Hitam merupakan kumpulan NGO tidak berdaftar yang pro-DAP dan PKR.



Demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya apabila ia hanya dihadiri seramai 17 orang dengan 16 orang daripada mereka adalah Cina dan seorang lelaki Melayu. Mereka yang dikenali berdemonstrasi adalah:

(1) Faizal Mustafar - Koordinator Riben Hitam
(2) Chen Kui Lin - Koordinator Riben Hitam.

Walaupun demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya, namun kumpulan kecil itu tetap juga mengadakan sidang media. Dalam sidang media yang diadakan yang mendapat liputan dari China Press serta Guan Ming, Chen Kui Lin yang menjadi jurucakap memberitahu, Khalid Ibrahim perlu duduk bersama-sama kepimpinan PKR untuk menyelesaikan krisis jawatan Menteri Besar.


Menurutnya lagi, kempen Riben Hitam merupakan kempen rakyat walaupun tidak mendapat sambutan. Kempen itu dibuat untuk mendesak Khalid letak jawatan untuk menghormati hak rakyat. Dan menurut Chen Kui Lin lagi, calon yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah Wan Azizah.

Chen Kui Lin juga menyatakan, Khalid tidak sewajarnya memecat keenam-enam Exco dari PKR dan DAP.

Faizal Mustafar pula menyatakan, mereka akan mengadakan aktiviti yang sama, di Ibu Pejabat PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 jam 9:00 pagi untuk mendesak agar PAS kembali tunduk dan patuh kepada arahan DAP dan PKR.

Menurutnya lagi, sebagai pengundi dan pembayar cukai yang menyokong Pakatan Rakyat, dia mahukan Khalid yagn sekarang ini merupakan ADUN Bebas, meletak jawatan Menteri Besar dan mengembalikan jawatan tersebut kepada Pakatan Rakyat.



Bagaimanapun, tindakan Riben Hitam pada masa akan datang, bergantung kepada hasil mesyuarat PAS Pusat sama ada parti tersebut mahu kembali diperintah oleh PKR dan DAP atau terus menyokong Khalid Ibrahim dan menyuarakan pendirian mereka secara bebas. Jikalau PAS berdegil untuk terus menyuarakan pendirian mereka dan berpegang kepada prinsip mereka, Riben Hitam akan mempergiatkan kempen demonstrasi.

Aktiviti ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada ahli, penyokong Pakatan Rakyat mahupun masyarakat tempatan biarpun sebarang SMS promosi program telah dibuat secara besar-besaran di kawasan ini. Pengguna jalanraya dan masyarakat tempata yang melintasi mereka pula sekadar melihat aktiviti kempen tersebut dengan perasaan dingin walaupun ahli-ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut terjerit-jerit penuh berseangat.

Masyarakat tempatan langsung tidak tertarik memandangakn sebahagian besar ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut adalah berketurunan Cina yang sebahagian besarnya adalah kawasan luar. Tiada penyokong PAS tempatan yang hadir di kawasan tersebut memandangkan ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad lebih awal telah mengeluarkan nasihat agar para penyokong PAS tidak terlibat bagi mengelakkan berlakunya ketegangan.

6 comments:

  1. Jom kita kempen DSAI atau DSWA-kipas jadi K.M P. pinang.
    Penang Move!!!

    ReplyDelete
  2. DAP memang suka WA jadi MB,mereka boleh control habis,nenek kipas tu.Anwar pula akan masuk penjara,apa bolih dia buat lagi,makan nasi kawah je lah.Selama ni merka tak boleh buap pandai secara berlebihan,TS Khalid cerdik dan tegas,itu pun denga citer,kalau projek MBSA utk kawasan Melayu puak DAP bukan main detail soalnya,kalau boleh projek tu tak mahu lulus,tapi kalau kawasan dia orang,mudah je.

    ReplyDelete
  3. Kembalikan Selangorku kepada Tuanku Sultan Selangor ...

    Bersama Kita Teguh Bercerai Kita Kahwin Lagi ...

    Stay With Us PAS So That We Can Make You Our Donkeys ...

    Bodoh la Cina2 Selangor ni. Lain kali jgn kurang ajar sama gua punya Sultan. Lu memang bodoh.

    ReplyDelete
  4. Aiikkkkk Selepas kutuk, fitnah, cerca PAS dan EXCO PAS, merayu PAS pulak. Baharu sedar PAS korang perlu untuk dapat kuasa. EXCO DAP suruh korang demo? Iyo lah, gaji EXCO sudah miss.....terKEJANG lah kena buang dan hilang kuasa pentadbiran. Wahai kapiaq, sedar diri dan berlajar hormati orang melayu dan islam.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pulak Pas boleh bersama DAP lagi, sedangkan puak DAP lah yang lantang menghina Islam dan cuba merebut Hak Melayu?

    ReplyDelete
  6. Ramai dikalangan rakyat mencari cari parti berwibawa menggantikan BN yang telah diikat dan dibelit kuasa untuk kekayaan diri dan kroni semata. Tampa wang BN tak dapat bergerak. Catur politik BN penuh dengan wang ringgit. Cara untuk mengajar BN hanya dengan dipatahkan sayap-sayapnya sewaktu PRU. Masa itulah lintah2 BN akan jatuh berguguran kerana kekeringan darah untuk dihirup.

    Tetapi apa yang nyata sekarang PR juga bukan tandingan bagi BN. DAP yang kita kenal akar dan teras pewrjuangannya jelas mendominasi PR. PKR hanyalah menjadi burung denak memanggil2 orang Melayu menyertai mereka . Sedangkan kuasa sebenar berada ditangan DAP. Dan pas yang tidak konsisten perjuangannya nyata rakan perjuangan yang memanaskan kerusi sahaja atau lebih tepat dikatakan sebagai keldai tunggangan dap sahaja.Dimana ada kewibawaan PR untuk menggantikan BN yang didominasi olih UMNO. Tarlalu bodoh menyerahkan kuasa kepada mereka yang kita tidak bolih percaya dan hanya dengan satu kesilapan itu mebuat kan diri kita dijajah.

    Apa perlu sekarang BN kembali semula kepada asas perjuangan terdahulu yang mana kepentingan rakyat diletakan dihadapan. Kami rakyat tidak hairan seandainya gaji dan alaun adun dan mp dinaikkan untuk menselesakan hidup mereka sekeluarga ....tetapi jangan buat duit dengan berselindung disebalik peratuan2 diadakan demi kepentingan diri , saudara mara dan kroni2.

    Rakyat ada mata untuk melihat , ada telinga untuk mendengar dan ada otak untuk berfikir. Dan rakyat juga bolih menentukan HALATUJU yang diinginkan.

    ReplyDelete

CUBAAN Kali Kedua DAP Buat Demonstrasi Desak Khalid Ibrahim, TETAP JUGA GAGAL!!!

Saturday 16 August 2014 ·

Pagi tadi, kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Riben Hitam telah membuat satu demonstrasi bermula dari jam 11:15 pagi sehingga 12:20 tengah hari di hadapan Pusat Khidmat ADUN Cempaka, beralamat di No.03-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir, Ampang untuk mendesak Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Kumpulan Riben Hitam merupakan kumpulan NGO tidak berdaftar yang pro-DAP dan PKR.



Demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya apabila ia hanya dihadiri seramai 17 orang dengan 16 orang daripada mereka adalah Cina dan seorang lelaki Melayu. Mereka yang dikenali berdemonstrasi adalah:

(1) Faizal Mustafar - Koordinator Riben Hitam
(2) Chen Kui Lin - Koordinator Riben Hitam.

Walaupun demonstrasi tersebut gagal sepenuhnya, namun kumpulan kecil itu tetap juga mengadakan sidang media. Dalam sidang media yang diadakan yang mendapat liputan dari China Press serta Guan Ming, Chen Kui Lin yang menjadi jurucakap memberitahu, Khalid Ibrahim perlu duduk bersama-sama kepimpinan PKR untuk menyelesaikan krisis jawatan Menteri Besar.


Menurutnya lagi, kempen Riben Hitam merupakan kempen rakyat walaupun tidak mendapat sambutan. Kempen itu dibuat untuk mendesak Khalid letak jawatan untuk menghormati hak rakyat. Dan menurut Chen Kui Lin lagi, calon yang paling sesuai untuk jawatan Menteri Besar yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah Wan Azizah.

Chen Kui Lin juga menyatakan, Khalid tidak sewajarnya memecat keenam-enam Exco dari PKR dan DAP.

Faizal Mustafar pula menyatakan, mereka akan mengadakan aktiviti yang sama, di Ibu Pejabat PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 jam 9:00 pagi untuk mendesak agar PAS kembali tunduk dan patuh kepada arahan DAP dan PKR.

Menurutnya lagi, sebagai pengundi dan pembayar cukai yang menyokong Pakatan Rakyat, dia mahukan Khalid yagn sekarang ini merupakan ADUN Bebas, meletak jawatan Menteri Besar dan mengembalikan jawatan tersebut kepada Pakatan Rakyat.



Bagaimanapun, tindakan Riben Hitam pada masa akan datang, bergantung kepada hasil mesyuarat PAS Pusat sama ada parti tersebut mahu kembali diperintah oleh PKR dan DAP atau terus menyokong Khalid Ibrahim dan menyuarakan pendirian mereka secara bebas. Jikalau PAS berdegil untuk terus menyuarakan pendirian mereka dan berpegang kepada prinsip mereka, Riben Hitam akan mempergiatkan kempen demonstrasi.

Aktiviti ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada ahli, penyokong Pakatan Rakyat mahupun masyarakat tempatan biarpun sebarang SMS promosi program telah dibuat secara besar-besaran di kawasan ini. Pengguna jalanraya dan masyarakat tempata yang melintasi mereka pula sekadar melihat aktiviti kempen tersebut dengan perasaan dingin walaupun ahli-ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut terjerit-jerit penuh berseangat.

Masyarakat tempatan langsung tidak tertarik memandangakn sebahagian besar ahli kumpulan pendemonstrasi tersebut adalah berketurunan Cina yang sebahagian besarnya adalah kawasan luar. Tiada penyokong PAS tempatan yang hadir di kawasan tersebut memandangkan ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad lebih awal telah mengeluarkan nasihat agar para penyokong PAS tidak terlibat bagi mengelakkan berlakunya ketegangan.

6 comments:

Anonymous said...
16 August 2014 at 23:41  

Jom kita kempen DSAI atau DSWA-kipas jadi K.M P. pinang.
Penang Move!!!

Anonymous said...
17 August 2014 at 00:05  

DAP memang suka WA jadi MB,mereka boleh control habis,nenek kipas tu.Anwar pula akan masuk penjara,apa bolih dia buat lagi,makan nasi kawah je lah.Selama ni merka tak boleh buap pandai secara berlebihan,TS Khalid cerdik dan tegas,itu pun denga citer,kalau projek MBSA utk kawasan Melayu puak DAP bukan main detail soalnya,kalau boleh projek tu tak mahu lulus,tapi kalau kawasan dia orang,mudah je.

Anonymous said...
17 August 2014 at 00:46  

Kembalikan Selangorku kepada Tuanku Sultan Selangor ...

Bersama Kita Teguh Bercerai Kita Kahwin Lagi ...

Stay With Us PAS So That We Can Make You Our Donkeys ...

Bodoh la Cina2 Selangor ni. Lain kali jgn kurang ajar sama gua punya Sultan. Lu memang bodoh.

Anonymous said...
17 August 2014 at 01:14  

Aiikkkkk Selepas kutuk, fitnah, cerca PAS dan EXCO PAS, merayu PAS pulak. Baharu sedar PAS korang perlu untuk dapat kuasa. EXCO DAP suruh korang demo? Iyo lah, gaji EXCO sudah miss.....terKEJANG lah kena buang dan hilang kuasa pentadbiran. Wahai kapiaq, sedar diri dan berlajar hormati orang melayu dan islam.

Anonymous said...
17 August 2014 at 07:28  

bagaimana pulak Pas boleh bersama DAP lagi, sedangkan puak DAP lah yang lantang menghina Islam dan cuba merebut Hak Melayu?

Anonymous said...
17 August 2014 at 10:57  

Ramai dikalangan rakyat mencari cari parti berwibawa menggantikan BN yang telah diikat dan dibelit kuasa untuk kekayaan diri dan kroni semata. Tampa wang BN tak dapat bergerak. Catur politik BN penuh dengan wang ringgit. Cara untuk mengajar BN hanya dengan dipatahkan sayap-sayapnya sewaktu PRU. Masa itulah lintah2 BN akan jatuh berguguran kerana kekeringan darah untuk dihirup.

Tetapi apa yang nyata sekarang PR juga bukan tandingan bagi BN. DAP yang kita kenal akar dan teras pewrjuangannya jelas mendominasi PR. PKR hanyalah menjadi burung denak memanggil2 orang Melayu menyertai mereka . Sedangkan kuasa sebenar berada ditangan DAP. Dan pas yang tidak konsisten perjuangannya nyata rakan perjuangan yang memanaskan kerusi sahaja atau lebih tepat dikatakan sebagai keldai tunggangan dap sahaja.Dimana ada kewibawaan PR untuk menggantikan BN yang didominasi olih UMNO. Tarlalu bodoh menyerahkan kuasa kepada mereka yang kita tidak bolih percaya dan hanya dengan satu kesilapan itu mebuat kan diri kita dijajah.

Apa perlu sekarang BN kembali semula kepada asas perjuangan terdahulu yang mana kepentingan rakyat diletakan dihadapan. Kami rakyat tidak hairan seandainya gaji dan alaun adun dan mp dinaikkan untuk menselesakan hidup mereka sekeluarga ....tetapi jangan buat duit dengan berselindung disebalik peratuan2 diadakan demi kepentingan diri , saudara mara dan kroni2.

Rakyat ada mata untuk melihat , ada telinga untuk mendengar dan ada otak untuk berfikir. Dan rakyat juga bolih menentukan HALATUJU yang diinginkan.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks