HUAN CHENG GUAN Akan Bantu Bekas Pemandu Karpal Singh Kalau DAP Enggan

Sunday 3 August 2014

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan berkata, dia sanggup membayar ikat jamin dan mendapatkan khidmat guaman kepada bekas pemandu Karpal Singh, C. Selvam pada hari Isnin ini sekiranya ahli-ahli keluarga Karpal Singh atau DAP gagal berbuat begitu.

C. Selvam, warganegara India yang telah lama bekerja dengan Karpal Singh, gagal menyediakan wang jaminan menyebabkan dia terpaksa berada dalam penjara di Perak. Lelaki tersebut telah didakwa atas tuduhan memandu secara merbahaya dan cuai pada 9 Julai di Mahkamah Sesyen Kampar.

Menurut Huan Cheng Guan, dia secara peribadi akan membantu Selvam memandangkan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan ahli-ahli keluarga Karpal Singh enggan peduli dengan nasib yang menimpa bekas pemandu yang turut 'berjasa' kepada Malaysia itu.

Selvam merupakan orang yang memandu kenderaan membawa Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP yang terlibat dalam satu kemalangan maut pada 17 April lalu di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan. Turut terbunuh dalam kemalangan tersebut adalah Michael Cornelius, 39, pembantu peribadi Karpal Singh.

Pembantu rumah warga Indonesia, Selfiana Rengga, 26, mengalami kecederaan parah tetapi terselamat.

Selvam, 27 dan anak lelaki Karpal, Ramkarpal, 38, terselamat dalam nahas tersebut. Ramkarpal kemudiannya telah dipilih sebagai calon DAP menggantikan Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei lalu dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti merosot.

Setelah gagal membayar RM5000 wang ikat jamin, Selvam telah direman di penjara.

"Saya akan pergi dan ikat jamin dia pada hari Isnin ini kalau keluarga Karpal dan DAP gagal berbuat begitu. Ini bukannya tindakan politik tetapi saya melakukannya atas dasar kemanusiaan," kata Huan ketika dihubungi.

Huan melahirkan rasa terkejut apabila ahli-ahli keluarga Karpal, 'TIDAK MAMPU' menyediakan RM5,000 untuk menjamin Selvam apatah lagi keluarga tersebut terdiri daripada empat orang peguam yang sangat ternama. Begitu juga dengan sikap tidak peduli DAP yang dibarisi oleh ramai peguam-peguam hebat yang enggan mengikat jamin atau menjadi peguam mewakili Selvam.

Menurut Huan lagi, keluarga Karpal sepatutnya membantu Selvam memandangkan dia telah bekerja dengan Karpal dengan penuh setia. Anehnya, DAP dengan pantas menawarkan bantuan guaman kepada Kiki atau nama penuhnya Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, individu yang terlibat dalam sebuah rakaman kabur yang kemudian menjadi viral di Internet.

"Jangan kata ahli keluarga Karpal atau DAP tidak boleh mencari seseorang untuk membantu Selvam. Atau barangkali mereka hanya akan menawarkan bantuan khidmat guaman jikalau ada political mileage?" sindir Huan.

Semalam, Ramkarpal memberitahu, keluarganya tidak dapat membantu Selvam kerana dia adalah saksi pendakwa.

Kes membabitkan Selvam akan disebut pada 8 Ogos nanti.

Jikalau disabitkan dengan kesalahan, Selvam boleh dipenjara sehingga 5 tahun atau didenda sebanyak RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

2 comments:

  1. ....ular dari kumpulan elit pun emosi.....last2 babi pulak yg nak jamin...

    ReplyDelete
  2. Dulu waktu karpal naik airport taxi penang lalu insinden pun dia anak beranak mungkir janji. Macam tu ke pemimpin, tiada harga diri.

    ReplyDelete

HUAN CHENG GUAN Akan Bantu Bekas Pemandu Karpal Singh Kalau DAP Enggan

Sunday 3 August 2014 ·

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan berkata, dia sanggup membayar ikat jamin dan mendapatkan khidmat guaman kepada bekas pemandu Karpal Singh, C. Selvam pada hari Isnin ini sekiranya ahli-ahli keluarga Karpal Singh atau DAP gagal berbuat begitu.

C. Selvam, warganegara India yang telah lama bekerja dengan Karpal Singh, gagal menyediakan wang jaminan menyebabkan dia terpaksa berada dalam penjara di Perak. Lelaki tersebut telah didakwa atas tuduhan memandu secara merbahaya dan cuai pada 9 Julai di Mahkamah Sesyen Kampar.

Menurut Huan Cheng Guan, dia secara peribadi akan membantu Selvam memandangkan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan ahli-ahli keluarga Karpal Singh enggan peduli dengan nasib yang menimpa bekas pemandu yang turut 'berjasa' kepada Malaysia itu.

Selvam merupakan orang yang memandu kenderaan membawa Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP yang terlibat dalam satu kemalangan maut pada 17 April lalu di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan. Turut terbunuh dalam kemalangan tersebut adalah Michael Cornelius, 39, pembantu peribadi Karpal Singh.

Pembantu rumah warga Indonesia, Selfiana Rengga, 26, mengalami kecederaan parah tetapi terselamat.

Selvam, 27 dan anak lelaki Karpal, Ramkarpal, 38, terselamat dalam nahas tersebut. Ramkarpal kemudiannya telah dipilih sebagai calon DAP menggantikan Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei lalu dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti merosot.

Setelah gagal membayar RM5000 wang ikat jamin, Selvam telah direman di penjara.

"Saya akan pergi dan ikat jamin dia pada hari Isnin ini kalau keluarga Karpal dan DAP gagal berbuat begitu. Ini bukannya tindakan politik tetapi saya melakukannya atas dasar kemanusiaan," kata Huan ketika dihubungi.

Huan melahirkan rasa terkejut apabila ahli-ahli keluarga Karpal, 'TIDAK MAMPU' menyediakan RM5,000 untuk menjamin Selvam apatah lagi keluarga tersebut terdiri daripada empat orang peguam yang sangat ternama. Begitu juga dengan sikap tidak peduli DAP yang dibarisi oleh ramai peguam-peguam hebat yang enggan mengikat jamin atau menjadi peguam mewakili Selvam.

Menurut Huan lagi, keluarga Karpal sepatutnya membantu Selvam memandangkan dia telah bekerja dengan Karpal dengan penuh setia. Anehnya, DAP dengan pantas menawarkan bantuan guaman kepada Kiki atau nama penuhnya Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, individu yang terlibat dalam sebuah rakaman kabur yang kemudian menjadi viral di Internet.

"Jangan kata ahli keluarga Karpal atau DAP tidak boleh mencari seseorang untuk membantu Selvam. Atau barangkali mereka hanya akan menawarkan bantuan khidmat guaman jikalau ada political mileage?" sindir Huan.

Semalam, Ramkarpal memberitahu, keluarganya tidak dapat membantu Selvam kerana dia adalah saksi pendakwa.

Kes membabitkan Selvam akan disebut pada 8 Ogos nanti.

Jikalau disabitkan dengan kesalahan, Selvam boleh dipenjara sehingga 5 tahun atau didenda sebanyak RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

2 comments:

Anonymous said...
3 August 2014 at 08:59  

....ular dari kumpulan elit pun emosi.....last2 babi pulak yg nak jamin...

Anonymous said...
3 August 2014 at 10:47  

Dulu waktu karpal naik airport taxi penang lalu insinden pun dia anak beranak mungkir janji. Macam tu ke pemimpin, tiada harga diri.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks