MAMPUKAH Khalid Ibrahim Bertahan Sehingga 23 Ogos dan Mampukah Lim Guan Eng Manipulasikan Isu Untuk Selamatkan Diri?

Monday 11 August 2014

Khalid Ibrahim sudah pun menghadap Majlis Dewan Diraja Selangor dan DYMM Sultan Selangor bagi memaklumkan tentang apa yang berlaku kepada dirinya dan di Selangor secara keseluruhannya. Jangkaan PKR dan Anwar Ibrahim bahawa Khalid Ibrahim akan segera melepaskan jawatan, ternyata meleset apabila Khalid mengekalkan pendiriannya untuk terus memegang jawatan tersebut sehingga ke suatu tempoh.

Dalam pada itu, kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor masih selamat sehingga 23 Ogos memandangkan DYMM Sultan Selangor akan berlepas ke luar negara Rabu ini, untuk lawatan sambil kerja sehingga 23 Ogos. Sebarang keputusan melibatkan kedudukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor hanya boleh dibuat oleh DYMM Sultan Selangor meskipun Anwar Ibrahim dan konco-konconya sekarang ini sedang menggerakkan gerakan menfitnah Khalid secara besar-besaran di seluruh Selangor.

Ramai menjangkakan, sepanjang ketiadaan DMM Sultan Selangor, Anwar Ibrahim dan konco-konconya akan melakukan huru-hara di seluruh Selangor sepertimana yang mereka pernah lakukan pada tahun 1998. Malah kemuncak daripada huru-hara tersebut adalah desakan agar Institusi Raja Melayu Selangor dimansuhkan menerusi beberapa siri tindakan subversif yang melibatkan kumpulan-kumpulan anarki dengan restu Anwar Ibrahim sendiri.

Huru-hara akan menjadi lebih serius jikalau DYMM Sultan Selangor dengan kuasa baginda, menyebelahi Khalid Ibrahim.

Itu di Selangor...

Di Pulau Pinang, dan DAP khususnya, lain pula cerita. Walaupun Lim Guan Eng sedikit lega kerana isu di Selangor berjaya menyembunyikan keresahannya ekoran skandal terowong bawah tanah mula dibangkitkan dan desakan agar Guan Eng membuktikan urusniaga tersebut dilakukan secara telus dan terbuka, sebagaimana dakwaannya, namun perkembangan terkini, termasuklah tekanan dari dalam DAP sendiri, amat merimaskan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng berkeras menyatakan bahawa urusniaga terowong dasar laut yang menelan perbelanjaan lebih RM3 bilion itu dilakukan secara tender terbuka dan telus. Bagaimanapun, ramai mempertikaikan kenyataan Guan Eng apabila syarikat yang memperolehi tender tersebut, terlebih dahulu menandatangani MOU yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, sebelum disahkan sebagai pemenang bidaan. Malah ramai yang mempertikaikan ketiadaan pengumuman oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang projek mega yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri itu sebagai cubaan menyeleweng wang rakyat.

Turut dipertikaikan juga ialah tabiat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng yang gemar menjual tanah bagi mengatasi masalah defisit serta kos pengurusan negeri. Sekalipun Lim Guan Eng menuding jari kepada Kerajaan Negeri sebelumnya tentang masalah penjualan tanah, Lim Guan Eng tidak dapat menjawab langsung tentang tanah tebus guna dan pemindahan hak milik tanah berstrategik kepada syarikat-syarikat kroni seperti Tropicana dan Eco World pada keluasan yang tidak munasabah.

Apa yang mampu dilakukan oleh Guan Eng cumalah mengancam untuk menyaman mana-mana pihak yang membangkitkan isu tersebut dan salah seorang yang sudah disamanya adalah Nasruddin Tantawi yang menggunakan data-data awam mendedahkan kepincangan dan pembohongan pentadbiran Lim Guan Eng.

0 comments:

Post a Comment

MAMPUKAH Khalid Ibrahim Bertahan Sehingga 23 Ogos dan Mampukah Lim Guan Eng Manipulasikan Isu Untuk Selamatkan Diri?

Monday 11 August 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks