PESTA SUKAN BOGEL 2014 Di Pulau Pinang, 15 Peserta Telah Dikenal Pasti Dengan Salah Seorang Bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah

Thursday 7 August 2014


Belum habis lagi cerita PESTA SUKAN BOGEL 2014 yang telah diadakan di Pulau Pinang melibatkan 18 orang individu.

Lim Guan Eng yang ternyata tidak dapat menjawab, terpaksa berpusing-pusing menyalahkan Kerajaan Persekutuan walaupun kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang. Dia menjadikan alasan, lokasi berkenaan adalah bangunan milik Kerajaan Persekutuan sebagai hujah terkuatnya menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Polis dilaporkan masih menyiasat perkara ini dan telah mengenalpasti 15 orang peserta acara tidak bermaruah tersebut dengan beberapa orang daripada mereka adalah warga tempatan. Sehingga artikel ini ditulis, 10 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan polis turut menyiasat sama ada ugutan dan ancaman telah dibuat oleh kumpulan terbabit ke atas petugas-petugas di lokasi tersebut.

GERAKAN Kedah hari ini mengakui salah seorang daripada peserta tersebut adalah bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah yang juga merupakan ahli Wanita GERAKAN Baling pada tahun 1980-an yang sudah lama dipecat dari parti bernama CHEW SOO HOE.

Pemecatan Chew Soo Hoe dibuat kerana kegagalannya menjelaskan yuran keahlian tahunan.

GERAKAN Kedah turut membuat sidang media hari ini antara jam 11:20 sehingga 11:45 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi PGRM Kedah, Wei Kok Wah, Pengerusi PGRM Bahagian Alor Star, Chua Chong Yong - Setiausaha Organisasi dan Lim Ewe Boon, Bendahari PGRM Kedah.


Sidang media tersebut telah diadakan di Pejabat PGRM Kedah, di No.15, Tingkat 2, Jalan Tengah off Putra, Jalan Putra, Alor Star.

Selain menjelaskan tentang Chew Soo Hoe yang telah dikenalpasti merupakan peserta acara SUKAN BOGEL di Pulau Pinang itu, sidang media tersebut turut menyarankan pihak polis agar mengambil tindakan tegas ke atas seorang remaja berbangsa India yang telah menghina YDP Agong.

Menurut Dr. Cheah Soon Hai, semenjak kebelakangan ini, terlalu banyak timbul isu konflik antara kaum dan ini telah menimbulkan perselisihan faham dan saling mencurigai antara kaum yang telah dicetuskan oleh sesetengah pihak, bertujuan untuk mencetuskan konflik dan kebencian perkauman.

Dr. Cheah Soon Hai turut menyatakan, polis perlu segera menyiasat isu-isu yang membabitkan kes perkauman manakala orang yang telah melakukan penghinaan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu yang lain perlu dikenakan hukuman sekeras-kerasnya.

PGRM menurutnya telah buat 3 laporan polis berhubung isu penghinaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Malah menurutnya lagi, PGRM tidak mahu ada mana-mana orang yang telah menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dibebaskan hanya dengan permohonan maaf.

Dalam kes Kiki Kamaruddin yang cukup popular itu, PGRM Kedah berpendapat, ia bukanlah isu perkauman sebaliknya ia merupakan kes ugutan keselamatan.

4 comments:

  1. dah tak boleh nak buat apa mengenai isu tak ada moral ini melainkan pihak berkuasa kena lah tegas dan berhasil dalam tindakan jangan hangatx2 taik ayam.

    ReplyDelete
  2. Kalau menghina Raja Thailand (tak kiralah yang menghina itu orang Thai atau orang asing) pasti masuk jel!

    ReplyDelete
  3. Pesta bogel. Berbogel macam haiwan. Tak ada rasa malu bila dilihat rakaman video kemaluan olih anak2 sendiri dan ibu bapak, nenek dan saudara mara kat rumah atau nanti jiran2 yang mungkin pula meminta "berbogel pula aku mau tengok ?" .

    Adakah datuk nenek mereka ini ada mengajar mereka berbogel? Mahukah mereka jika semasa berbogel itu dilihat olih guru sekolah mereka dahulu? Atau pun mereka ini memang kaki pelacur dan melacur menjual kemaluan sendiri?

    Apa komen kaum cina dan india dalam hal ini?

    ReplyDelete
  4. Tak kira Melayu China India dan sebagainya semuanya mempunyai pegangan agama masing masing yang mengajar kearah kebaikan, kehamornian dsbnya. Cuma yang berpesta ini jenis manusia yang menyerupai haiwan yang sememangnya tidak berpakain serta tiada pegangan agama(tidak percaya semua agama) hidup bebas tampa sekatan dan batasan kerana berfikiran terlalu advance dan mengalahkan Maha Pengcipta.

    ReplyDelete

PESTA SUKAN BOGEL 2014 Di Pulau Pinang, 15 Peserta Telah Dikenal Pasti Dengan Salah Seorang Bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah

Thursday 7 August 2014 ·


Belum habis lagi cerita PESTA SUKAN BOGEL 2014 yang telah diadakan di Pulau Pinang melibatkan 18 orang individu.

Lim Guan Eng yang ternyata tidak dapat menjawab, terpaksa berpusing-pusing menyalahkan Kerajaan Persekutuan walaupun kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang. Dia menjadikan alasan, lokasi berkenaan adalah bangunan milik Kerajaan Persekutuan sebagai hujah terkuatnya menyalahkan Kerajaan Persekutuan.

Polis dilaporkan masih menyiasat perkara ini dan telah mengenalpasti 15 orang peserta acara tidak bermaruah tersebut dengan beberapa orang daripada mereka adalah warga tempatan. Sehingga artikel ini ditulis, 10 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan polis turut menyiasat sama ada ugutan dan ancaman telah dibuat oleh kumpulan terbabit ke atas petugas-petugas di lokasi tersebut.

GERAKAN Kedah hari ini mengakui salah seorang daripada peserta tersebut adalah bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah yang juga merupakan ahli Wanita GERAKAN Baling pada tahun 1980-an yang sudah lama dipecat dari parti bernama CHEW SOO HOE.

Pemecatan Chew Soo Hoe dibuat kerana kegagalannya menjelaskan yuran keahlian tahunan.

GERAKAN Kedah turut membuat sidang media hari ini antara jam 11:20 sehingga 11:45 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi PGRM Kedah, Wei Kok Wah, Pengerusi PGRM Bahagian Alor Star, Chua Chong Yong - Setiausaha Organisasi dan Lim Ewe Boon, Bendahari PGRM Kedah.


Sidang media tersebut telah diadakan di Pejabat PGRM Kedah, di No.15, Tingkat 2, Jalan Tengah off Putra, Jalan Putra, Alor Star.

Selain menjelaskan tentang Chew Soo Hoe yang telah dikenalpasti merupakan peserta acara SUKAN BOGEL di Pulau Pinang itu, sidang media tersebut turut menyarankan pihak polis agar mengambil tindakan tegas ke atas seorang remaja berbangsa India yang telah menghina YDP Agong.

Menurut Dr. Cheah Soon Hai, semenjak kebelakangan ini, terlalu banyak timbul isu konflik antara kaum dan ini telah menimbulkan perselisihan faham dan saling mencurigai antara kaum yang telah dicetuskan oleh sesetengah pihak, bertujuan untuk mencetuskan konflik dan kebencian perkauman.

Dr. Cheah Soon Hai turut menyatakan, polis perlu segera menyiasat isu-isu yang membabitkan kes perkauman manakala orang yang telah melakukan penghinaan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu yang lain perlu dikenakan hukuman sekeras-kerasnya.

PGRM menurutnya telah buat 3 laporan polis berhubung isu penghinaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Malah menurutnya lagi, PGRM tidak mahu ada mana-mana orang yang telah menghina DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dibebaskan hanya dengan permohonan maaf.

Dalam kes Kiki Kamaruddin yang cukup popular itu, PGRM Kedah berpendapat, ia bukanlah isu perkauman sebaliknya ia merupakan kes ugutan keselamatan.

4 comments:

Anonymous said...
7 August 2014 at 17:39  

dah tak boleh nak buat apa mengenai isu tak ada moral ini melainkan pihak berkuasa kena lah tegas dan berhasil dalam tindakan jangan hangatx2 taik ayam.

Anonymous said...
7 August 2014 at 22:34  

Kalau menghina Raja Thailand (tak kiralah yang menghina itu orang Thai atau orang asing) pasti masuk jel!

Anonymous said...
7 August 2014 at 22:35  

Pesta bogel. Berbogel macam haiwan. Tak ada rasa malu bila dilihat rakaman video kemaluan olih anak2 sendiri dan ibu bapak, nenek dan saudara mara kat rumah atau nanti jiran2 yang mungkin pula meminta "berbogel pula aku mau tengok ?" .

Adakah datuk nenek mereka ini ada mengajar mereka berbogel? Mahukah mereka jika semasa berbogel itu dilihat olih guru sekolah mereka dahulu? Atau pun mereka ini memang kaki pelacur dan melacur menjual kemaluan sendiri?

Apa komen kaum cina dan india dalam hal ini?

Anonymous said...
8 August 2014 at 07:34  

Tak kira Melayu China India dan sebagainya semuanya mempunyai pegangan agama masing masing yang mengajar kearah kebaikan, kehamornian dsbnya. Cuma yang berpesta ini jenis manusia yang menyerupai haiwan yang sememangnya tidak berpakain serta tiada pegangan agama(tidak percaya semua agama) hidup bebas tampa sekatan dan batasan kerana berfikiran terlalu advance dan mengalahkan Maha Pengcipta.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks