Huan Cheng Guan Kotakan Janji, Ikat Jamin Bekas Pemandu Karpal Singh

Monday 4 August 2014

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan mengotakan janjinya untuk membayar ikat jamin bekas pemandu Karpal Singh, C.Selvam yang terlibat dalam kemalangan yang membunuh Pengerusi Kebangsaan DAP itu April, sebanyak RM5,000.

Selepas gagal membayar ikat jamin, Selvam telah ditahan di Penjara Taiping semenjak 9 Julai selepas dia didakwa atas tuduhan memandu secara cuai yang menyebabkan kematian Karpal Singh dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius pada 17 April lalu.

Huan membayar ikat jamin tersebut pada 9:30 pagi tadi di Mahkamah Majistret Kampar selepas menyediakan deraf bank dari sebuah bank berhampiran.

"Selvam dijangka akan dibebaskan atas jaminan dari penjara, esok (Selasa) sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini," kata Huan sewaktu dihubungi.

"Dia perlu hadir di mahkamah pada hari Rabu untuk sebutan dan sehingga itu, saya perlu tinggal di Kampar untuk menemaninya sehinggalah dia berjaya mendapatkan khidmat peguam."

Ditanya mengapa dia mengikat jamin bekas pemandu Karpal Singh yang juga merupakan warganegara asing itu, Huan menjawab, dia melakukannya atas dasar kemanusiaan.

Menariknya, di kalangan penyokong-penyokong DAP pula, mereka mengatakan Huan melakukannya atas dasar politik memandangkan tindakannya itu turut mendapat 'bantuan' daripada wartawan dan jurugambar media. Bagaimanapun, mereka masih tidak dapat menjawab mengapa Majlis Peguam dan DAP sendiri yang cukup kuat bercakap tentang kemanusiaan, gagal memberikan pertolongan kepada C.Selvam.

1 comment:

  1. Mana boleh, sudah terang, masih menguluh...ia ya jgn jadi bodoh, bnyk perkara yang salah, perlu dijawap.

    ReplyDelete

Huan Cheng Guan Kotakan Janji, Ikat Jamin Bekas Pemandu Karpal Singh

Monday 4 August 2014 ·

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan mengotakan janjinya untuk membayar ikat jamin bekas pemandu Karpal Singh, C.Selvam yang terlibat dalam kemalangan yang membunuh Pengerusi Kebangsaan DAP itu April, sebanyak RM5,000.

Selepas gagal membayar ikat jamin, Selvam telah ditahan di Penjara Taiping semenjak 9 Julai selepas dia didakwa atas tuduhan memandu secara cuai yang menyebabkan kematian Karpal Singh dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius pada 17 April lalu.

Huan membayar ikat jamin tersebut pada 9:30 pagi tadi di Mahkamah Majistret Kampar selepas menyediakan deraf bank dari sebuah bank berhampiran.

"Selvam dijangka akan dibebaskan atas jaminan dari penjara, esok (Selasa) sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini," kata Huan sewaktu dihubungi.

"Dia perlu hadir di mahkamah pada hari Rabu untuk sebutan dan sehingga itu, saya perlu tinggal di Kampar untuk menemaninya sehinggalah dia berjaya mendapatkan khidmat peguam."

Ditanya mengapa dia mengikat jamin bekas pemandu Karpal Singh yang juga merupakan warganegara asing itu, Huan menjawab, dia melakukannya atas dasar kemanusiaan.

Menariknya, di kalangan penyokong-penyokong DAP pula, mereka mengatakan Huan melakukannya atas dasar politik memandangkan tindakannya itu turut mendapat 'bantuan' daripada wartawan dan jurugambar media. Bagaimanapun, mereka masih tidak dapat menjawab mengapa Majlis Peguam dan DAP sendiri yang cukup kuat bercakap tentang kemanusiaan, gagal memberikan pertolongan kepada C.Selvam.

1 comments:

Anonymous said...
6 August 2014 at 00:12  

Mana boleh, sudah terang, masih menguluh...ia ya jgn jadi bodoh, bnyk perkara yang salah, perlu dijawap.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks