MCA-GERAKAN-DAP BERSATU TENTANG HUDUD... UMNO-PAS MASIH BERPUAK-PUAK!

Thursday 19 March 2015

Walaupun keputusan GERAKAN dan MCA mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional dilihat sebagai taktik untuk meraih sokongan daripada masyarakat Cina, bahkan sebahagian besar ahli-ahli MCA dan GERAKAN beranggapan itu hanyalah trick untuk memalukan DAP yang sebelum ini kuat menyatakan, PAS berada di bawah telunjuk mereka, hakikatnya pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua parti gabungan dalam komponen Barisan Nasional itu akan mendapat reaksi yang amat negatif daripada para pengundi Melayu mereka sendiri.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN MCA serta GERAKAN hanya menang menerusi undi Melayu-Islam di kawasan masing-masing pada PRU lepas. Manakala di kawasan bukan majoriti Melayu-Islam, MCA dan GERAKAN kalah teruk dan prestasi mereka amat memalukan.

Pun begitu, atas semangat Barisan Nasional, kedua-dua parti tersebut, termasuklah MIC yang merosot teruk di bawah kepimpinan G.Palanivel masih lagi dilayan dan masih lagi diberikan peruntukan mengikut kuota dalam Kerajaan Malaysia.


Semalam, PAS Kelantan telah membentangkan Kanun Jenayah II (Syariah) Kelantan bagi membolehkan perlaksanaan hudud di Kelantan. 12 orang ADUN UMNO-BN menyokong undang-undang tersebut.

Yang paling kuat melompat adalah DAP. Anthony Loke, Setiausaha Organisasi Kebangsaan telah pun menyatakan PAS perlu dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA ancam untuk keluarkan MCA dari Barisan Nasional. Pemuda GERAKAN ambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kelantan kerana bentangkan undang-undang hudud.

Sedangkan pembentangan di Parlimen bagi tujuan perlaksanaan di Kelantan belum pun dibuat lagi.

UMNO dan PAS masih lagi gagal bersatu dalam banyak perkara. Biarpun UMNO cuba menunjukkan kerjasama mereka di Kelantan, tetapi dalam kempen-kempen PRK DUN Chempaka, PAS menjadikan UMNO sebagai bahan sesahan meskipun pada masa yang sama, UMNO tidak bertanding pun di Chempaka.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan 64% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan politik. Biarpun Melayu-Bumiputera merupakan pemegang konsesi politik di negara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka pula hanyalah abdi kepada kapitalis bukan Melayu-Bumiputera yang berjaya mengubah mahupun menghapuskan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Gerakan terbaru daripada ketiga-tiga (atau keempat-empat) parti terbesar bukan Melayu-Bumiputera, terutama sekali menerusi penggabungan mereka sekiranya keempat-empatnya kekal dengan pendirian menentang hudud dan keluar dari Barisan Nasional, pasti akan menganjakkan kuasa Melayu-Bumiputera di Malaysia.

Dan berdasarkan kepada prestasi semasa DAP semasa, UMNO-BN bakal kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung, Sarawak dan Sabah melainkan para pemimpin UMNO-BN yang lebih banyak berkhayal dan menganggap mereka masih berada dalam zon selesa, keluar dari kepompong dan mula bekerja keras mulai sekarang bagi meyakinkan rakyat untuk memilih mereka pada masa akan datang.

Sokongan ke atas hudud di Kelantan, bukanlah jaminan kepada UMNO untuk melestarikan perjuangan mereka, bahkan jikalau DAP tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan menyokong hudud PAS bersama-sama PKR atas dasar semangat Pakatan Rakyat, yang ditinggalkan adalah Barisan Nasional yang berpecah belah!

4 comments:

  1. Takkan FAHAM FAHAM LAGI .. KAUM MATA SEPET AKAN BERSATU JIKA TIADA KEUNTUNGAN KEPADA BANGSANYA ..MELAYU .. BERSATU LAH MELAYU .. DEMI BANHSA FAN AGAMA..

    ReplyDelete
  2. kita melayu cuci kasut busuk itu sepet punya orang saja ler layaknya.. dari kerajaan Melaka sampai ler ke kerajaan sekarang kerajaan melayu asyik runtuh jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana melayu bodo la sebab tu runtuh je. Malang sungguh melayu.

      Delete
  3. Langkah pertama nak satukan umno dan pas...the so-called puak ulama dlm kedua-dua kem dijenamakan semula supaya menepati konsep ulama pewaris nabi. Tak rasional jika dlm negara kecik m'sia ada pengkelasan ulama.... ulama umno, ulama pas, u sunnah, ulama wahabi, u bebas dll. Man ada disebut dlm quran suruh pecah belah...suruh kafir mengkafir...dendam mendendam, fitnah memfitnah dan lain-lain penyakit PhD yg sewaktu dgnnya...

    ReplyDelete

MCA-GERAKAN-DAP BERSATU TENTANG HUDUD... UMNO-PAS MASIH BERPUAK-PUAK!

Thursday 19 March 2015 ·

Walaupun keputusan GERAKAN dan MCA mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional dilihat sebagai taktik untuk meraih sokongan daripada masyarakat Cina, bahkan sebahagian besar ahli-ahli MCA dan GERAKAN beranggapan itu hanyalah trick untuk memalukan DAP yang sebelum ini kuat menyatakan, PAS berada di bawah telunjuk mereka, hakikatnya pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua parti gabungan dalam komponen Barisan Nasional itu akan mendapat reaksi yang amat negatif daripada para pengundi Melayu mereka sendiri.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN MCA serta GERAKAN hanya menang menerusi undi Melayu-Islam di kawasan masing-masing pada PRU lepas. Manakala di kawasan bukan majoriti Melayu-Islam, MCA dan GERAKAN kalah teruk dan prestasi mereka amat memalukan.

Pun begitu, atas semangat Barisan Nasional, kedua-dua parti tersebut, termasuklah MIC yang merosot teruk di bawah kepimpinan G.Palanivel masih lagi dilayan dan masih lagi diberikan peruntukan mengikut kuota dalam Kerajaan Malaysia.


Semalam, PAS Kelantan telah membentangkan Kanun Jenayah II (Syariah) Kelantan bagi membolehkan perlaksanaan hudud di Kelantan. 12 orang ADUN UMNO-BN menyokong undang-undang tersebut.

Yang paling kuat melompat adalah DAP. Anthony Loke, Setiausaha Organisasi Kebangsaan telah pun menyatakan PAS perlu dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA ancam untuk keluarkan MCA dari Barisan Nasional. Pemuda GERAKAN ambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kelantan kerana bentangkan undang-undang hudud.

Sedangkan pembentangan di Parlimen bagi tujuan perlaksanaan di Kelantan belum pun dibuat lagi.

UMNO dan PAS masih lagi gagal bersatu dalam banyak perkara. Biarpun UMNO cuba menunjukkan kerjasama mereka di Kelantan, tetapi dalam kempen-kempen PRK DUN Chempaka, PAS menjadikan UMNO sebagai bahan sesahan meskipun pada masa yang sama, UMNO tidak bertanding pun di Chempaka.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan 64% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan politik. Biarpun Melayu-Bumiputera merupakan pemegang konsesi politik di negara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka pula hanyalah abdi kepada kapitalis bukan Melayu-Bumiputera yang berjaya mengubah mahupun menghapuskan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Gerakan terbaru daripada ketiga-tiga (atau keempat-empat) parti terbesar bukan Melayu-Bumiputera, terutama sekali menerusi penggabungan mereka sekiranya keempat-empatnya kekal dengan pendirian menentang hudud dan keluar dari Barisan Nasional, pasti akan menganjakkan kuasa Melayu-Bumiputera di Malaysia.

Dan berdasarkan kepada prestasi semasa DAP semasa, UMNO-BN bakal kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung, Sarawak dan Sabah melainkan para pemimpin UMNO-BN yang lebih banyak berkhayal dan menganggap mereka masih berada dalam zon selesa, keluar dari kepompong dan mula bekerja keras mulai sekarang bagi meyakinkan rakyat untuk memilih mereka pada masa akan datang.

Sokongan ke atas hudud di Kelantan, bukanlah jaminan kepada UMNO untuk melestarikan perjuangan mereka, bahkan jikalau DAP tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan menyokong hudud PAS bersama-sama PKR atas dasar semangat Pakatan Rakyat, yang ditinggalkan adalah Barisan Nasional yang berpecah belah!

4 comments:

Anonymous said...
19 March 2015 at 16:40  

Takkan FAHAM FAHAM LAGI .. KAUM MATA SEPET AKAN BERSATU JIKA TIADA KEUNTUNGAN KEPADA BANGSANYA ..MELAYU .. BERSATU LAH MELAYU .. DEMI BANHSA FAN AGAMA..

Anonymous said...
19 March 2015 at 17:26  

kita melayu cuci kasut busuk itu sepet punya orang saja ler layaknya.. dari kerajaan Melaka sampai ler ke kerajaan sekarang kerajaan melayu asyik runtuh jer..

Anonymous said...
19 March 2015 at 18:09  

Kerana melayu bodo la sebab tu runtuh je. Malang sungguh melayu.

Anonymous said...
20 March 2015 at 01:55  

Langkah pertama nak satukan umno dan pas...the so-called puak ulama dlm kedua-dua kem dijenamakan semula supaya menepati konsep ulama pewaris nabi. Tak rasional jika dlm negara kecik m'sia ada pengkelasan ulama.... ulama umno, ulama pas, u sunnah, ulama wahabi, u bebas dll. Man ada disebut dlm quran suruh pecah belah...suruh kafir mengkafir...dendam mendendam, fitnah memfitnah dan lain-lain penyakit PhD yg sewaktu dgnnya...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks