LIEW CHIN TONG LAHIRKAN KEBIMBANGAN KEPUPUSAN PENYEMBAH LIM GUAN ENG DAN DAP DALAM PAS EKORAN CADANGAN DR. ZUHDI

Monday 2 March 2015

Kebergantungan DAP kepada PAS bagi menjayakan rancangan mereka menawan beberapa negeri Melayu-Bumiputera terutama sekali Johor, amat kuat. Tanpa PAS, DAP tidak akan dapat menjayakan rancangan mereka untuk merampas Johor dari tangan UMNO-BN. Tanpa PAS juga, DAP terpaksa bergantung kepada kerusi-kerusi tradisi di Perak dengan berkemungkinan besar kehilangan kerusi-kerusi seperti Bruas mahupun Taiping kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang.

Namun, DAP pula tidak mengharapkan PAS yang ada sekarang, sebaliknya PAS yang dibentuk selepas pembebasan Anwar Ibrahim, yang mana kebanyakan pemimpin PAS yang berada dalam saf kepimpinan sekarang merupakan trojan-horse Anwar Ibrahim yang sengaja dimasukkan ke dalam PAS untuk menguasai pimpinan parti tersebut bermula dari tahun 1996.

Ramai pemimpin PAS sudah mula menyedari betapa bahayanya kumpulan PASMA yang diterajui oleh Phahrolrazi Zawawi, pemimpin haloba dari Kedah dan didalangi oleh Husam Musa dan Hatta Ramli. Beberapa orang pemimpin PAS seperti Nik Abduh sudah pun melabelkan mereka ini sebagai BARUA kerana peranan yang dimainkan oleh kumpulan tersebut untuk merampas kuasa dan bersatu dengan DAP serta PKR.

PASMA sebagai tindakbalas sudah mula menggerakkan kempen untuk menjadikan Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga sekutu utama Nga-Ngeh menjadi Mursyidul Am dan Mat Sabu pula merampas jawatan Presiden daripada Abdul Hadi Awang.

Hatta Ramli yang merupakan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat telah menggunakan peruntukan sedia ada untuk membela ramai tentera parasit yang bertindak menyerang kepimpinan PAS. Kumpulan tersebut lebih dikenali sebagai kumpulan HAWAII-FIVE-O.

Liew Chin Tong, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan melahirkan kebimbangan apabila kenyataan terbaru Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Mohad Zuhdi Marzuki mendesak agar penyingkiran dan pembersihan PAS segera dijalankan.

Penyingkiran dan pembersihan PAS bermakna, PAS akan menendang keluar ramai pemimpin dan ahli-ahli yang kuat menyokong penyatuan PAS dengan DAP-PKR termasuklah Timbalan Presidennya, Mat Sabu.

Dr. Zuhdi ketika Wacana Ilmiah: PAS Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam, menyatakan PAS dijangka berpecah menjelang Muktamar Agung pada bulan Jun ini dengan kumpulan serpihan yang membentuk PASMA dan beberapa kumpulan fraksi lain akan bergabung untuk membentuk sebuah parti politik baru yang akan menjadi organisasi Melayu-Islam untuk DAP-PKR.

Menurutnya, PAS perlu bersama-sama PKR dan DAP yang 'lebih tulus' menguruskan isu-isu demokrasi buat rakyat Malaysia dan menentang UMNO. Maksud sebenar Liew Chin Tong ialah, PAS perlu terus berada di bawah telapak kaki dan menerima arahan daripada DAP bagi memastikan kelangsungan dan ketuanan Lim Guan Eng. PAS tidak boleh bersama-sama dengan UMNO dalam bentuk Kerajaan Perpaduan walaupun PAS tidak bergabung dengan UMNO atau sebaliknya, kerana tindakan PAS itu hanya akan menjadikan angan-angan Lim Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri Cina-Katolik pertama Malaysia, tidak kesampaian.

0 comments:

Post a Comment

LIEW CHIN TONG LAHIRKAN KEBIMBANGAN KEPUPUSAN PENYEMBAH LIM GUAN ENG DAN DAP DALAM PAS EKORAN CADANGAN DR. ZUHDI

Monday 2 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks