MALAYSIAKINI TERBUKTI TELAH MENFITNAH ROSMAH MANSOR BERHUBUNG 'DANDANAN RAMBUT RM1200' DAN CINCIN RM24 JUTA YANG MEREKA SENDIRI PERAKUI

Sunday 1 March 2015



Malaysiakini, portal yang sudah dikenalpasti menerima bantuan kewangan dan latihan daripada Zionis bertujuan untuk menjahanamkan negara ini menerusi pemberitaan yang lebih halus dan teratur bagi mengelakkan mereka diharamkan di bawah Akta Penyiaran dan Penerbitan, terus berusaha untuk membantu DAP dan Lim Guan Eng yang sedang terdesak untuk keluar daripada pelbagai serangan di atas kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan di Pulau Pinang.

Sasaran mudah mereka adalah Rosmah Mansor.

Ketiadaan tindakan undang-undang daripada Rosmah Mansor ke atas portal Zionis pro-DAP dan Anwar Ibrahim, menjadikan mereka begitu bebas melakukan fitnah selain memutarbelitkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Rosmah. Objektif utama untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap Rosmah Mansor, telah hampir berjaya apabila boleh dikatakan setiap orang melihat Rosmah Mansor sebagai satu liabiliti dan simbol kemewahan dan pembaziran sekalipun pada masa yang sama, Rosmah Mansor tidak pernah berada dalam kedudukan politik di mana negara perlu menghabiskan ratusan juta ringgit semata-mata untuk mewujudkan Pilihanraya Kecil sebagaimana yang dinikmati oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim.


Kenyataan Rosmah tentang 'dandanan rambut bernilai RM1,200' telah diputarbelitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Malaysiakini telah berjaya menjadikan rungutan Rosmah Mansor itu sebagai satu rungutan kemewahan kerana terpaksa mengeluarkan RM1,200 semata-mata untuk mendandan rambutnya.

Berdasarkan kepada rakaman audio tersebut, Rosmah menceritakan tentang perlunya usaha memantau para peniaga yang membuat perniagaan dari rumah ke rumah. Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan harga tidak munasabah bahkan setinggi lebih lima kali ganda. Rosmah memberikan contoh bagaimana dia telah bertanya tentang kos mewarnakan rambut, peniaga terbabit mahu mengenakan bayaran sebanyak RM1,200!

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1,200... amoi mahalnya. Kalau dekat kedai, difference charge, ini home service."

"Kalau saya nak cat" bermakna Rosmah baru sahaja bertanyakan harga. Dan harga itu baginya sendiri adalah terlalu mahal. Dalam keadaan apa sekalipun, apabila sudah mahal, maka sudah tentulah servis itu tidak akan diambil. Dan seandainya benar dia telah menggunakan khidmat tersebut, tentulah dia menyatakan, 'Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service.'


Kalau dia seorang yang boros dan mempunyai RM30 bilion sebagaimana yang didakwa oleh para pecacai Pakatan, sudah tentu RM1200 bukanlah mahal baginya.  Sekaligus maksud sebenar daripada ucapannya yang cuba dikotorkan oleh Malaysiakini dengan putar belit itu adalah, 'Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.'

Barangkali menyedari bahawa mereka telah tersilap lapor dan putarbelit mereka  telah terdedah, Malaysiakini cuba melarikan isu tentang Rosmah Mansor membabitkan CINCIN RM24 JUTA pula. Namun sekali lagi, mereka melakukan kesilapan apabila di sebalik cubaan melakukan fitnah, mereka secara tidak sengaja telah membersihkan nama Rosmah Mansor.

Mereka sendiri yang menyiarkan berita bahawa cincin tersebut telah dihantar oleh Jacob & Co ke Putrajaya atas nama Rosmah Mansor untuk rujukan Maria Nazarbayez, besan Rosmah Mansor.

Tindakan undang-undang seharusnya diambil ke atas portal Zionis pro-DAP-PKR ini dengan seberapa segera. Mereka sudah terlalu berleluasa dan bermaharajalela melakukan kerja-kerja fitnah. Sebarang tindakan membiarkan sahaja, tidak akan mengurangkan sikap suka menfitnah mereka, bahkan akan menjadikan mereka lebih seronok membuli dan menfitnah kerana tahu, mereka tidak akan diambil tindakan.


4 comments:

  1. Isteri org politik sepatutnya jgn terlalu menonjol. Buatlah berpada2. Jgn over action melebihi suami. Sikap over walaupun utk kebaikan akan menjadi liabiliti kpd sang suami. Musuh suami akan sentiasa mencari peluang. Dgn sikap over dan degil rosmah, sebenarnya menyebabkan reputasi suami makin merudum. Rosmah sedar atau tidak ni?

    ReplyDelete
  2. Memang tak perlu panggil orang cat rambut, sebab dah ada tukang cat yang digaji kat rumah dan ikut ke mana sahaja dengan private jet. Boleh rakyat tahu berapa gaji tukang cat tu, dan adakah dibayar dengan duit rakyat?

    ReplyDelete
  3. betul lah, ada isteri2 PM sebelum ini rakyat bercakap siang mlm?, kenapa bila najib jadi PM, isteri nya byk dpt liputan?,hok tu pun tak boleh fikir ke.. org tak akan bercakap kalau kita biasa2

    ReplyDelete
  4. Bro rosmah tak sepatutnya begitu menonjol itu je....

    ReplyDelete

MALAYSIAKINI TERBUKTI TELAH MENFITNAH ROSMAH MANSOR BERHUBUNG 'DANDANAN RAMBUT RM1200' DAN CINCIN RM24 JUTA YANG MEREKA SENDIRI PERAKUI

Sunday 1 March 2015 ·



Malaysiakini, portal yang sudah dikenalpasti menerima bantuan kewangan dan latihan daripada Zionis bertujuan untuk menjahanamkan negara ini menerusi pemberitaan yang lebih halus dan teratur bagi mengelakkan mereka diharamkan di bawah Akta Penyiaran dan Penerbitan, terus berusaha untuk membantu DAP dan Lim Guan Eng yang sedang terdesak untuk keluar daripada pelbagai serangan di atas kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan di Pulau Pinang.

Sasaran mudah mereka adalah Rosmah Mansor.

Ketiadaan tindakan undang-undang daripada Rosmah Mansor ke atas portal Zionis pro-DAP dan Anwar Ibrahim, menjadikan mereka begitu bebas melakukan fitnah selain memutarbelitkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Rosmah. Objektif utama untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap Rosmah Mansor, telah hampir berjaya apabila boleh dikatakan setiap orang melihat Rosmah Mansor sebagai satu liabiliti dan simbol kemewahan dan pembaziran sekalipun pada masa yang sama, Rosmah Mansor tidak pernah berada dalam kedudukan politik di mana negara perlu menghabiskan ratusan juta ringgit semata-mata untuk mewujudkan Pilihanraya Kecil sebagaimana yang dinikmati oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim.


Kenyataan Rosmah tentang 'dandanan rambut bernilai RM1,200' telah diputarbelitkan dan diselewengkan dari maksud asal. Malaysiakini telah berjaya menjadikan rungutan Rosmah Mansor itu sebagai satu rungutan kemewahan kerana terpaksa mengeluarkan RM1,200 semata-mata untuk mendandan rambutnya.

Berdasarkan kepada rakaman audio tersebut, Rosmah menceritakan tentang perlunya usaha memantau para peniaga yang membuat perniagaan dari rumah ke rumah. Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan harga tidak munasabah bahkan setinggi lebih lima kali ganda. Rosmah memberikan contoh bagaimana dia telah bertanya tentang kos mewarnakan rambut, peniaga terbabit mahu mengenakan bayaran sebanyak RM1,200!

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1,200... amoi mahalnya. Kalau dekat kedai, difference charge, ini home service."

"Kalau saya nak cat" bermakna Rosmah baru sahaja bertanyakan harga. Dan harga itu baginya sendiri adalah terlalu mahal. Dalam keadaan apa sekalipun, apabila sudah mahal, maka sudah tentulah servis itu tidak akan diambil. Dan seandainya benar dia telah menggunakan khidmat tersebut, tentulah dia menyatakan, 'Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service.'


Kalau dia seorang yang boros dan mempunyai RM30 bilion sebagaimana yang didakwa oleh para pecacai Pakatan, sudah tentu RM1200 bukanlah mahal baginya.  Sekaligus maksud sebenar daripada ucapannya yang cuba dikotorkan oleh Malaysiakini dengan putar belit itu adalah, 'Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.'

Barangkali menyedari bahawa mereka telah tersilap lapor dan putarbelit mereka  telah terdedah, Malaysiakini cuba melarikan isu tentang Rosmah Mansor membabitkan CINCIN RM24 JUTA pula. Namun sekali lagi, mereka melakukan kesilapan apabila di sebalik cubaan melakukan fitnah, mereka secara tidak sengaja telah membersihkan nama Rosmah Mansor.

Mereka sendiri yang menyiarkan berita bahawa cincin tersebut telah dihantar oleh Jacob & Co ke Putrajaya atas nama Rosmah Mansor untuk rujukan Maria Nazarbayez, besan Rosmah Mansor.

Tindakan undang-undang seharusnya diambil ke atas portal Zionis pro-DAP-PKR ini dengan seberapa segera. Mereka sudah terlalu berleluasa dan bermaharajalela melakukan kerja-kerja fitnah. Sebarang tindakan membiarkan sahaja, tidak akan mengurangkan sikap suka menfitnah mereka, bahkan akan menjadikan mereka lebih seronok membuli dan menfitnah kerana tahu, mereka tidak akan diambil tindakan.


4 comments:

Anonymous said...
1 March 2015 at 17:49  

Isteri org politik sepatutnya jgn terlalu menonjol. Buatlah berpada2. Jgn over action melebihi suami. Sikap over walaupun utk kebaikan akan menjadi liabiliti kpd sang suami. Musuh suami akan sentiasa mencari peluang. Dgn sikap over dan degil rosmah, sebenarnya menyebabkan reputasi suami makin merudum. Rosmah sedar atau tidak ni?

Anonymous said...
1 March 2015 at 18:34  

Memang tak perlu panggil orang cat rambut, sebab dah ada tukang cat yang digaji kat rumah dan ikut ke mana sahaja dengan private jet. Boleh rakyat tahu berapa gaji tukang cat tu, dan adakah dibayar dengan duit rakyat?

zull lello said...
2 March 2015 at 11:26  

betul lah, ada isteri2 PM sebelum ini rakyat bercakap siang mlm?, kenapa bila najib jadi PM, isteri nya byk dpt liputan?,hok tu pun tak boleh fikir ke.. org tak akan bercakap kalau kita biasa2

Anonymous said...
4 March 2015 at 15:54  

Bro rosmah tak sepatutnya begitu menonjol itu je....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks