Beranikah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor Mencontohi Menteri Besar Terengganu Turunkan Harga Rumah?

Sunday 13 July 2014


Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu dari RM73,000 kepada hanya RM68,000.

Dia berucap ketika majlis berbuka puasa dan penyerahan surat perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung di Daerah Dungun, malam tadi.

"Dengan ini, bayaran bulanan untuk setiap rumah telah dikurangkan kepada RM189 berbanding RM323 dengan harapan, ia akan dapat mengurangkan bebanan kewangan pembeli rumah. Selain itu, yuran perkhidmatan sebanyak 5.5% yang dikuatkuasakan sebelum ini, turut dimansuhkan."

Terengganu banyak memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyatnya pada zaman Ahmad Said yang sekarang ini diteruskan oleh Ahmad Razif. Di bawah pentadbiran Ahmad Said, pembangunan untuk rumah-rumah mampu milik diberikan keutamaan dan pada masa yang sama, pembangunan sahsiah dan rohani tidak dikecualikan.

Pentadbiran Ahmad Said penggal lepas telah berjaya membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu sebanyak RM16 bilion, jauh mengatasi pelaburan ke Pulau Pinang dan Selangor yang kerap didabikdadakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat bahawa pentabdiran Pakatan Rakyat lebih baik berbanding UMNO-BN. 

1 comment:

  1. Harga rumah ditetapkan oleh pemaju dan bank selalunya membuat untung berganda. Jika harga rumah RM100,000 bank akan jual RM300,000 selama 30 tahun tempoh pinjaman. 10 tahun pertama RM100,000 sudah lunas tetapi 20 tahun selebihnya bank buat untung melalui bayaran-bayaran faedah. Ternyata bank yang zalim. Sebab tu mereka tak kisah serah milik pada waris jika pembayar meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun ke atas sebab dah cover bayaran, Inilah taktik berniaga...kononnya.

    ReplyDelete

Beranikah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor Mencontohi Menteri Besar Terengganu Turunkan Harga Rumah?

Sunday 13 July 2014 ·


Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri untuk menurunkan harga rumah mampu milik di negeri itu dari RM73,000 kepada hanya RM68,000.

Dia berucap ketika majlis berbuka puasa dan penyerahan surat perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Kampung di Daerah Dungun, malam tadi.

"Dengan ini, bayaran bulanan untuk setiap rumah telah dikurangkan kepada RM189 berbanding RM323 dengan harapan, ia akan dapat mengurangkan bebanan kewangan pembeli rumah. Selain itu, yuran perkhidmatan sebanyak 5.5% yang dikuatkuasakan sebelum ini, turut dimansuhkan."

Terengganu banyak memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri dan menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyatnya pada zaman Ahmad Said yang sekarang ini diteruskan oleh Ahmad Razif. Di bawah pentadbiran Ahmad Said, pembangunan untuk rumah-rumah mampu milik diberikan keutamaan dan pada masa yang sama, pembangunan sahsiah dan rohani tidak dikecualikan.

Pentadbiran Ahmad Said penggal lepas telah berjaya membawa masuk pelaburan asing ke Terengganu sebanyak RM16 bilion, jauh mengatasi pelaburan ke Pulau Pinang dan Selangor yang kerap didabikdadakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat bahawa pentabdiran Pakatan Rakyat lebih baik berbanding UMNO-BN. 

1 comments:

Anonymous said...
14 July 2014 at 08:11  

Harga rumah ditetapkan oleh pemaju dan bank selalunya membuat untung berganda. Jika harga rumah RM100,000 bank akan jual RM300,000 selama 30 tahun tempoh pinjaman. 10 tahun pertama RM100,000 sudah lunas tetapi 20 tahun selebihnya bank buat untung melalui bayaran-bayaran faedah. Ternyata bank yang zalim. Sebab tu mereka tak kisah serah milik pada waris jika pembayar meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun ke atas sebab dah cover bayaran, Inilah taktik berniaga...kononnya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks