MENANTU PRESIDEN PAS Sokong ISIL Serang Malaysia

Friday 4 July 2014

Menantu Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Syura PAS, Zaharuddin Muhammad mempertahankan sokongannya kepada kumpulan militan, ISIL dan ISIS.

Dalam kenyataannya (RUJUK DI SINI), Zaharuddin menyatakan perjuangan kumpulan tersebut adalah mulia, bahkan kerana mereka berjuang menentang kerajaan, sekiranya ianya berlaku di Malaysia, kumpulan tersebut perlu dianggap sebagai PATRIOTIK.

ISIL dan ISIS mula dipertikaikan ekoran serangan ganas mereka terhadap orang awam di Syria dan Iraq. Walaupun berselindung di sebalik nama SUNNAH, permusuhan mereka terhadap Islam begitu jelas apabila kumpulan tersebut menyatakan, sekiranya mereka dapat menyerang Makkah, perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah MERUNTUHKAN dan MEMUSNAHKAN KAABAH.

Zaharudin menulis di laman Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.

"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.

"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.

Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.

The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.

Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial. – 4 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

MENANTU PRESIDEN PAS Sokong ISIL Serang Malaysia

Friday 4 July 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks