Kereta Kena Simbah Cat, Mamat Yang Kuat Demonstrasi, Buat Laporan Polis

Tuesday 8 July 2014

Sebuah kereta milik seorang pegawai Khidmat Ahli Parlimen telah disimbah cat di No.37, Jalan Baung, Taman Indah Jaya, Kelang pagi tadi. Pegawai Khidmat Ahli Parlimen tersebut bernama Sheikh Omar Bagharib bin Ali dan berusia 29 tahun.

Menurutnya, lebih kurang jam 7:30 pagi semasa dia berada di rumahnya yang beralamat sama, keretanya jenis Matrix Hyundai 1.6 berwarna ungu dan bernombor pendaftaran BHK 9332 yang diletakkan di luar rumah telah disimbah cat merah pada bahagian pintu kanan hadapan.

Sheikh Omar Bagharib merupakan AJK PAS Kelang dan merupakan bekas Sekretariat Pakatan Rakyat yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khidmat Ahli Parlimen Kelang.

Motif serangan tersebut tidak diketahui dan Omar Bagharib sememangnya terkenal dengan perangai samseng semenjak dari zaman pengajiannya di Universiti Malaya lagi.

Antara kejadian samseng yang melibatkan Sheikh Omar Bagharib yang pada itu merupakan Pengerusi SMM (Exco PMIUM) ialah tindakannya menampar seorang mahasiswi semasa kempen PRK. PMIUM di bawah Sheikh Omar Bagharib sememangnya melaksanakan kempen kekasaran seperti yang dilakukan oleh Zainulfaqar yang menumbuk seorang HEP Universiti Malaya.(RUJUK DI SINI)

Cat merah pula seringkali dikaitkan dengan modus operandi PMIUM. Semasa pilihanraya kampus, sememangnya akan ada rumah atau pejabat PMIUM, bilik gerakan mahupun kenderaan yang akan disimbah cat merah.

PMIUM ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

0 comments:

Post a Comment

Kereta Kena Simbah Cat, Mamat Yang Kuat Demonstrasi, Buat Laporan Polis

Tuesday 8 July 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks