DARURAT Di Sabah... Ada Pihak Sama Ada Tak Faham Atau Memang Bodoh Semulajadi!

Sunday 20 July 2014

Pada 19 Julai jam 10:30 pagi, di bilik Auditorium Tingkat 5, IPK Sabah, Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengisytiharkan perintah berkurung bagi 6 daerah bermula serta merta dan berakhir pada 20 Julai 2014 jam 6:00 pagi.

Daerah-daerah tersebut adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Bagaimanapun, aktiviti nelayan pesisir pantai masih boleh dilakukan tidak melebihi 3 batu nautika dari pantai.

Kawasan-kawasan yang terlibat dan dimaksudkan dalam perintah berkurung ini adalah KAWASAN PERAIRAN LAUT iaitu selepas 3 batu nautika dari pesisiran pantai, bukannya DI KAWASAN DARAT.

Peta di atas menunjukkan kawasan-kawasan terlibat. Garisan Merah adalah sempadan negara. Garisan Hitam adalah kawasan yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti nelayan pesisiran pantai. 

Dengan kata lain, kawasan yang terlibat dengan perintah berkurung ini adalah kawasan perairan laut iaitu selepas jarak 3 batu nautika dari pantai. Untuk makluman, 1 batu nautika bersamaan dengan 1.852 kilometer. Bermakna 3 batu nautika x 1.852 kilometer bersamaan dengan 5.556 kilometer dari arah pantai!

Walau bagaimanapun, orang awam atau nelayan-nelayan kecil masih boleh bergerak bebas menjalankan aktiviti harian seperti biasa di perairan dalam lingkungan jarak 5.556 kilometer.

Semua agensi keselamatan yang bertugas di perairan perintah berkurung adalah dibenarkan untuk melepaskan tembakan kepada mana-mana kapal atau bot yang berada di kawasan larangan iaitu kawasan perintah berkurung kerana ingkar arahan.

Walau bagaimanapun, 6 Ketua Polis Daerah kawasan terbabit boleh menggunakan budi bicara jikalau ada mana-mana nelayan laut dalam yang ingin melalui kawasan perintah berkurung dilaksanakan. Namun, mereka hanya dibenarkan melalui kawasan itu sahaja dan bukannya menjalankan aktiviti menangkap ikan.

0 comments:

Post a Comment

DARURAT Di Sabah... Ada Pihak Sama Ada Tak Faham Atau Memang Bodoh Semulajadi!

Sunday 20 July 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks