Wanita New Zealand Yang Cuba Dirogol DIPLOMAT MALAYSIA, Dedahkan Diri Kepada Umum dan Kesal Dengan Pembohongan Kerajaannya

Thursday 10 July 2014

Wanita warga New Zealand yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan seorang diplomat Malaysia mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.


Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Tania Rose Billingsley, 21, berkata beliau marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, untuk pulang ke Malaysia.


Billingsley juga mendesak Menteri Luar Murray McCully untuk letak jawatan atas kegagalannya untuk mengendalikan kes tersebut dengan baik.


“Saya mahu dia memohon maaf kerana ketidak cekapannya dalam mengendalikan situasi ini.”


“Dia asyik cuba menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab ini ke atas pihak lain. Saya berpendapat dia tidak cuba untuk menangani isu ini. Dia patut letak jawatan.”


Pada 9 Mei, Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran II yang ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, didakwa mengekori Billingsley dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn.


Dia dituduh memecah masuk rumah Billingsley dan cuba menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan sebelum dibantu jirannya.


Rizalman, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan oleh polis New Zealand dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.


Bagaimanapun, Rizalman diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei setelah memohon kekebalan diplomatik.


Billingsley berkata dia kecewa kerana tidak diberitahu tertuduh diberi kebenaran untuk meninggalkan New Zealand.


“Saya cuma dapat tahu dia akan meninggalkan negara ini pada hari dia berlepas. Pihak polis amat membantu untuk memastikan saya dimaklumkan atas perkembangan kes tersebut, tetapi mereka juga tidak tahu apa yang boleh dikatakan dalam hal ini.”


“Saya amat kecewa dan marah kerana sejak mula lagi, saya menyatakan hasrat untuk mahu tertuduh dibicarakan di New Zealand.”


Billingsley berkata dia mengambil keputusan untuk tampil ke hadapan untuk bercakap tentang kes ini kerana mahu isu keganasan seksual di negaranya diberi perhatian dan ditangani dengan lebih baik.


“ Saya berhadap dengan penampilan umum ini, saya meletakkan satu wajah kepada mangsa dan saya akan dapat membantu menangani isu-isu berkaitan keganasan seksual di negara ini.”


" Kerana hakikatnya, keganasan seksual yang berleluasa dalam masyarakat kita menjadi bukti bahawa kerajaan masih belum menangani isu dengan usaha mencukupi,” katanya.


Rizalman, yang telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Mizan Tuanku di Kuala Lumpur, dijangka akan kembali ke New Zealand untuk menghadapi perbicaraan.


Menurut sumber The New Zealand Herald di hospital tersebut, situasi Rizalman kini kelihatan murung dan banyak menyisihkan diri.


Sumber itu turut menyatakan, sejak Rizalman dimasukkan ke wad sejak Selasa, individu itu dilihat tidak cukup sihat untuk diterbangkan semula ke Wellington dan mungkin memerlukan penilaian psikiatri lanjut, kata akhbar itu pada edisi Ahad, Herald on Sunday.


Akhbar itu berkata, keputusan sama ada Rizalman sihat atau tidak untuk dibicarakan bergantung kepada kerajaan Malaysia. - ASTRO AWANI

7 comments:

  1. umno kena ambil tindakan yang betul dan wajar....lagi lama rizalman kat malaysia, selama itu lah kita dipandang serong oleh dunia....dah la bung mokhtar buat hal dgn kenyataan bodoh....

    ReplyDelete
  2. antar sahaja balik ke NZ...ini takut bawa balik Malaysia...sekarang pura2 sakit...macam ini pun ade pegawai kerajaan

    ReplyDelete
  3. OI anon-ano 11.42 & 13.28, lu JGN. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq-ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

    PI BERAMBOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-RASIS-no-1!

    ReplyDelete
  4. Aku syak minah Barat ni ejen si Barat-ZIONIS - utk. MENGHINA ISLAM/umatnya kat NEGARA ISLAM kita ni! Lepas tu, Kem. Pertahanan kita akan dipaksa utk. bekerjasama lebih rapat dn. Kem. pertahanan si KAPIR NZ tu - inilah MO biasa Barat-ZIONIS/Israel - sebab itu pegawai tentera diplomatik ISLAM/Melayu kita, aku syak disasarkan!

    Harapnya Kem. Luar PERTAHANkan mana-mana pegawai kita selagi masih belum terbukti bersalah!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi, makcik samdol bodoh, kalau rizalman yg buktikan yg dia tak bersalah, dia kena mengadap mahkahmah NZ, bodoh.......takan ini pun nak kena terangkan......ko seorg dah cukup tuk memalukan melayu.....bodohnya.....

      Delete
  5. Nampak sangat cerita perempuan N Z ini macam rekaan saja. Adakah PW II tu bodoh sangat bertindak mengekori wanita itu dari station bas hingga kerumahnya kemudian memecah pintu rumah lalu menceroboh masuk. Selepas itu nak tanggal pakaian wanita itu pula. Ini bukan kerja orang normal tetapi kerja orang sakit mental mungkinlah.

    Apakah PWII bertugas di kedutaan yang dah pun ada bini dan anak pun termasuk golongan pesakit mental. Tentu ramai orang yang tak yakin dengan cerita ini. Wanita ini cuba memburukkan tingkahlaku pegawai2 di kedutaan luar negara ini dengan mengenakan jerat sex.

    ReplyDelete

  6. ANON 18: 14 PM

    BETUL. SETUJU.

    KITA TIDAK TAHU FAKTA SEBENAR. RIZALMAN PUN BALIK ATAS KEBENARAN KERAJAAN N.Z.
    BIARKAN DIA MENGHADAPI KEADILANNYA.

    ReplyDelete

Wanita New Zealand Yang Cuba Dirogol DIPLOMAT MALAYSIA, Dedahkan Diri Kepada Umum dan Kesal Dengan Pembohongan Kerajaannya

Thursday 10 July 2014 ·

Wanita warga New Zealand yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan seorang diplomat Malaysia mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.


Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Tania Rose Billingsley, 21, berkata beliau marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, untuk pulang ke Malaysia.


Billingsley juga mendesak Menteri Luar Murray McCully untuk letak jawatan atas kegagalannya untuk mengendalikan kes tersebut dengan baik.


“Saya mahu dia memohon maaf kerana ketidak cekapannya dalam mengendalikan situasi ini.”


“Dia asyik cuba menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab ini ke atas pihak lain. Saya berpendapat dia tidak cuba untuk menangani isu ini. Dia patut letak jawatan.”


Pada 9 Mei, Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran II yang ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, didakwa mengekori Billingsley dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn.


Dia dituduh memecah masuk rumah Billingsley dan cuba menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan sebelum dibantu jirannya.


Rizalman, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan oleh polis New Zealand dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.


Bagaimanapun, Rizalman diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei setelah memohon kekebalan diplomatik.


Billingsley berkata dia kecewa kerana tidak diberitahu tertuduh diberi kebenaran untuk meninggalkan New Zealand.


“Saya cuma dapat tahu dia akan meninggalkan negara ini pada hari dia berlepas. Pihak polis amat membantu untuk memastikan saya dimaklumkan atas perkembangan kes tersebut, tetapi mereka juga tidak tahu apa yang boleh dikatakan dalam hal ini.”


“Saya amat kecewa dan marah kerana sejak mula lagi, saya menyatakan hasrat untuk mahu tertuduh dibicarakan di New Zealand.”


Billingsley berkata dia mengambil keputusan untuk tampil ke hadapan untuk bercakap tentang kes ini kerana mahu isu keganasan seksual di negaranya diberi perhatian dan ditangani dengan lebih baik.


“ Saya berhadap dengan penampilan umum ini, saya meletakkan satu wajah kepada mangsa dan saya akan dapat membantu menangani isu-isu berkaitan keganasan seksual di negara ini.”


" Kerana hakikatnya, keganasan seksual yang berleluasa dalam masyarakat kita menjadi bukti bahawa kerajaan masih belum menangani isu dengan usaha mencukupi,” katanya.


Rizalman, yang telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Mizan Tuanku di Kuala Lumpur, dijangka akan kembali ke New Zealand untuk menghadapi perbicaraan.


Menurut sumber The New Zealand Herald di hospital tersebut, situasi Rizalman kini kelihatan murung dan banyak menyisihkan diri.


Sumber itu turut menyatakan, sejak Rizalman dimasukkan ke wad sejak Selasa, individu itu dilihat tidak cukup sihat untuk diterbangkan semula ke Wellington dan mungkin memerlukan penilaian psikiatri lanjut, kata akhbar itu pada edisi Ahad, Herald on Sunday.


Akhbar itu berkata, keputusan sama ada Rizalman sihat atau tidak untuk dibicarakan bergantung kepada kerajaan Malaysia. - ASTRO AWANI

7 comments:

Surrhead said...
10 July 2014 at 11:42  

umno kena ambil tindakan yang betul dan wajar....lagi lama rizalman kat malaysia, selama itu lah kita dipandang serong oleh dunia....dah la bung mokhtar buat hal dgn kenyataan bodoh....

Anonymous said...
10 July 2014 at 13:28  

antar sahaja balik ke NZ...ini takut bawa balik Malaysia...sekarang pura2 sakit...macam ini pun ade pegawai kerajaan

Anonymous said...
10 July 2014 at 17:15  

OI anon-ano 11.42 & 13.28, lu JGN. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq-ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

PI BERAMBOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-RASIS-no-1!

Anonymous said...
10 July 2014 at 17:15  

Aku syak minah Barat ni ejen si Barat-ZIONIS - utk. MENGHINA ISLAM/umatnya kat NEGARA ISLAM kita ni! Lepas tu, Kem. Pertahanan kita akan dipaksa utk. bekerjasama lebih rapat dn. Kem. pertahanan si KAPIR NZ tu - inilah MO biasa Barat-ZIONIS/Israel - sebab itu pegawai tentera diplomatik ISLAM/Melayu kita, aku syak disasarkan!

Harapnya Kem. Luar PERTAHANkan mana-mana pegawai kita selagi masih belum terbukti bersalah!

Makcik Sambal Belacan.

Surrhead said...
10 July 2014 at 18:03  

hoi, makcik samdol bodoh, kalau rizalman yg buktikan yg dia tak bersalah, dia kena mengadap mahkahmah NZ, bodoh.......takan ini pun nak kena terangkan......ko seorg dah cukup tuk memalukan melayu.....bodohnya.....

Anonymous said...
10 July 2014 at 18:14  

Nampak sangat cerita perempuan N Z ini macam rekaan saja. Adakah PW II tu bodoh sangat bertindak mengekori wanita itu dari station bas hingga kerumahnya kemudian memecah pintu rumah lalu menceroboh masuk. Selepas itu nak tanggal pakaian wanita itu pula. Ini bukan kerja orang normal tetapi kerja orang sakit mental mungkinlah.

Apakah PWII bertugas di kedutaan yang dah pun ada bini dan anak pun termasuk golongan pesakit mental. Tentu ramai orang yang tak yakin dengan cerita ini. Wanita ini cuba memburukkan tingkahlaku pegawai2 di kedutaan luar negara ini dengan mengenakan jerat sex.

Anonymous said...
10 July 2014 at 19:24  


ANON 18: 14 PM

BETUL. SETUJU.

KITA TIDAK TAHU FAKTA SEBENAR. RIZALMAN PUN BALIK ATAS KEBENARAN KERAJAAN N.Z.
BIARKAN DIA MENGHADAPI KEADILANNYA.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks