SOSMA Nak Dakwa Dalang Tembak Jatuh MH17... Timbalan Menteri KDN Nyanyuk Atau Mabuk Ketupat Rendang?

Wednesday 30 July 2014

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mempunyai peruntukan untuk membicarakan dalang yang menembak jatuh MH17, benar-benar menggelikan hati.

Walau apa pun alasan yang diberikan, Timbalan Menteri KDN itu jelas seorang yang mamai, mengantuk dan bermimpi.

Kita ambil contoh yang paling mudah.

Sehingga kini, kes melibatkan lanun-lanun Sulu yang menyerang wilayah Malaysia, masih gagal dapat diselesaikan oleh SOSMA. Ramai militan Malaysia yang terlepas kerana SOSMA merupakan antara undang-undang paling longgar dan paling tidak boleh diharap. Malah ahli-ahli politik seperti RSN Rayer, Teresa Kok, Tony Pua, Tian Chua, P.Ramasamy dan sebagainya masih lagi lepas bebas tanpa sedikit pun gentar dengan SOSMA sebagaimana gentarnya mereka dengan ISA dahulu.

Seperti yang diketahui, SOSMA tidak seperti ISA. Berdasarkan niat sahaja tidak memadai untuk disabitkan dengan tuduhan dan pendakwaan. Apatah lagi, undang-undang seperti SOSMA yang bersifat kewilayahan hanya berfungsi di dalam wilayahnya atau negara sahaja. Peguam Negara sebaik mana pun, apatah lagi Peguam Negara lembik seperti Ghani Patail, tidak akan bertindak melebihi batasan.

Kecualilah jikalau penembak jatuh pesawat tersebut masuk ke Malaysia sebagai pelancong atau ditangkap di Malaysia.

Kononnya SOSMA adalah terbaik berbanding ISA, tetapi semenjak dilaksanakan, tidak banyak kes yang berjaya disabitkan, bahkan terlalu banyak kes yang dilepaskan begitu sahaja. Sehinggakan kesannya boleh dilihat menerusi penghinaan demi penghinaan bahkan usaha untuk mengeluarkan sebahagian wilayah Malaysia untuk 'dimerdekakan'.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri KDN itu hanyalah bersifat jenaka ria sepanjang Syawal demi menyedapkan hati perut sendiri. Kalau masalah dalam negara pun, SOSMA tidak boleh berbuat apa-apa, apatah lagi kes-kes di luar negara!

2 comments:

SOSMA Nak Dakwa Dalang Tembak Jatuh MH17... Timbalan Menteri KDN Nyanyuk Atau Mabuk Ketupat Rendang?

Wednesday 30 July 2014 ·

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...
30 July 2014 at 15:27  

Tanya langkah2 yang nak diambil dulu.

Anonymous said...
30 July 2014 at 19:02  

SOSMA bolih buat apa?

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks