SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN Cabar PKR Pecat Atau Gantung Keahliannya Dalam Parti

Monday 7 July 2014

Ahli Parlimen Bukit Katil merangkap Ketua AMK PKR yang kini sedang dalam persaingan untuk mengisi jawatan Naib Presiden parti tersebut, Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mencabar jawatankuasa tatatertib parti tersebut untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Ini adalah ekoran tindakan Shamsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot enggan mematuhi arahan agar jawatan Menteri Besar Selangor tidak lagi disentuh dan kedudukan Khalid Ibrahim untuk jawatan tersebut tidak lagi diperkatakan.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sam Ketot dari Pejabat PKR Melaka di Bukit Katil, sudah cukup untuk menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Bukit Katil itu tidak gentar langsung dengan tindakan parti memecat dan menggantung keahlian mana-mana ahli yang engkar atau melawan cakap dan menimbulkan masalah.

Kemelut dalaman yang melanda PKR, nampaknya semakin menjadi-jadi. Sam Ketot telah menyertai Rafizi Ramli, Amiruddin Shaari, Abdullah Sani dan Suhaimi Shafie untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi memberi laluan kepada Azmin Ali atau Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Beberapa hari lepas, PKR Pusat mengeluarkan kenyataan tentang penggantungan dan pemecatan keahlian. Turut dikenakan tindakan adalah dua orang kanan Khalid Ibrahim iaitu bekas SETPOLnya, Faekah Hussin dan Mustapha Mohd Talib.

Mustapha Mohd Talib telah digantung keahlian parti selama setahun, manakala Faekah Hussin pula diberikan surat tunjuk sebab setelah kedua-dua orang pegawai Khalid Ibrahim itu menyelar Sam Ketot dan kawan-kawannya berhubung desakan agar Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Sam Ketot juga telah diberikan surat tunjuk sebab tetapi dia sedikit pun tidak takut atau gentar kerana berasakan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah akan membelanya, sekaligus menyelamatkan dia daripada dikenakan sebarang tindakan disiplin. Ini adalah kerana Sam Ketot kuat mengampu dan membodek pasangan suami isteri itu selama ini dan bodekan serta pengampuan tersebut, diyakini akan menyelamatkannya.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sam Ketot semalam.

RAKYAT SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU13, BUKAN KHALID IBRAHIM SEMATA-MATA

Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa “kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.

Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat. Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.

Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jika Tan Sri Khalid merasakan Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah berpunca daripada pencapaian dirinya seorang, maka ternyata beliau silap. Mungkin beliau lupa "terpaksa lari" dari mempertahankan kerusi DUN Ijok kerana dilaporkan mungkin tewas sekiranya kekal di sana. Malah beliau gagal mempertahankan jumlah majoriti yang diperolehi di DUN Pelabuhan Klang dan kini terpaksa melantik penyelaras DUN yang memegang pelbagai jawatan lain termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan gaji mewah untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat kawasan.

Saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Khalid tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun Barisan Nasional (BN). Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin  dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid.

Saya menuntut Tan Sri Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan menghina kebijaksanaan rakyat serta akur dengan desakan agar beliau berundur segera. KEADILAN telah sepakat mendesak pengunduran Tan Sri Khalid dan ini telah pun diputuskan lebih awal iaitu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15 Januari 2014. KEADILAN juga menghormati pandangan DAP dan PAS sebagai parti rakan di samping mahu mengingatkan konsensus Pakatan Rakyat tidak tertakluk kepada majoriti kerusi semata-mata sebagaimana kes di Perak dan pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, apatah lagi hanya individu.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda Keadilan
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil

2 comments:

  1. Hi...saya Sam Ketot....pilih saya taww !!!!... kahkahkah...serius kelakar.....dia buat jawatan MB tu mcm jawatan kerani plak...sesuka hati dia je....

    ReplyDelete
  2. Bergaduh jgk.. Kah kah.. Bila masanya nk ambik tahu masalh rakyat..asyik berebut dan kata mengata memanjang
    Akhirnya nanti puak puak bangang nih akan salahkan umno pulak

    ReplyDelete

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN Cabar PKR Pecat Atau Gantung Keahliannya Dalam Parti

Monday 7 July 2014 ·

Anonymous said...
7 July 2014 at 15:22  

Hi...saya Sam Ketot....pilih saya taww !!!!... kahkahkah...serius kelakar.....dia buat jawatan MB tu mcm jawatan kerani plak...sesuka hati dia je....

azlanaini said...
7 July 2014 at 17:50  

Bergaduh jgk.. Kah kah.. Bila masanya nk ambik tahu masalh rakyat..asyik berebut dan kata mengata memanjang
Akhirnya nanti puak puak bangang nih akan salahkan umno pulak

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks